NUFFNANG ADS

Saturday, December 31, 2011

Ramlah Ram tahu penyebar fitnahmya di internet


Ramlah Ram berdepan banyak transformasi. Terkenal dengan gimik lampu berbentuk hati, Ramlah kini berhijrah kepada fesyen muslimah.

Biarpun berimej Islamik tatkala usianya menjengah separuh abad, Ramlah kini didakwa bercinta dengan lelaki muda berusia 20-an.

Tidak mahu diam, Ramlah tampil memberikan penjelasan dan menafikan mengenai cerita yang menghebahkan dirinya membela 'anak ikan' seperti mana tersebar di internet.

"Cerita ini tidak benar. Kalau ikutkan saya malas nak ulas pasal gosip ini kerana ia memalukan diri saya dan keluarga.

"Jatuh air muka saya apabila gosip mengarut seperti ini tersebar. Di usia begini saya tidak memikirkan soal cinta," kata Ramlah sedikit beremosi ketika sidang akhbar Mentor 6 di Sri Pentas, Kuala Lumpur.

Jelas Ramlah, lelaki yang dikenali sebagai Hafiz itu merupakan pengurus peribadinya yang sudah dua tahun berkhidmat secara profesional bersamanya.

Hafiz juga seperti didakwa Ramlah mempunyai hubungan persaudaraan dengannya dan mengambil lelaki itu berkerja selepas dia tamat belajar di sebuah kolej.

Ramlah tidak mahu tunduk dengan kontroversi murahan seperti itu. Justeru anak kelahiran Muar, Johor itu tidak berhasrat untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terbabit menyebarkannya.

"Saya tahu siapakah dalang yang menyebarkan cerita ini. Bagaimanapun saya tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap orang tersebut kerana tidak mahu membesar-besarkan cerita ini.

"Penulis itu pun sudah meminta maaf. Cuma sebagai manusia yang tidak sempurna tetap ada perasaan geram dalam hati saya," kata juara Bintang RTM 1985 itu.

Menafikan gosip bercinta dengan orang muda tidak bermakna Ramlah mahu kelihatan tua dalam industri hiburan.

Zain perjelaskan hubungan dengan Rozita

Zain akui bersama Rozita membawa anak musim cuti persekolahan



Menerusi sebuah portal hiburan, beberapa peminat melaporkan melihatkan kelibat Zain dan Rozita di kota keriangan itu pada Isnin lalu.

Zain yang dihubungi tidak menafikan menemani Rozita, namun tetap menegaskan bahawa mereka berdua hanya berkawan rapat.

"Rozita mahu membawa anak-anaknya berjalan sempena musim cuti persekolahan. Rozita mengakui dia tidak berapa cekap memandu di kawasan berbukit dan mengajak saya untuk turut serta.

"Kebetulan saya tiada penggambaran dan jadual kosong, jadi saya bersetuju untuk menemaninya memandangkan kami berkawan rapat," jelasnya.

Zain berkata, hubungannya di antara dia pelakon drama Kiah Pekasam itu hanya berlandaskan seorang kawan. Malah Zain juga enggan mengambil pusing tanggapan orang lain mengenai hubungan mereka.

“Selagi gosip-gosip ini tidak mengganggu hidup dan kerjaya, saya tidak kisah. Tetapi sekiranya cerita ini melebihi daripada apa yang sepatutnya sehingga boleh memburukkan reputasi kami, saya tidak akan berdiam diri,” katanya.

Friday, December 30, 2011

Rozita bercuti di Genting Highlands bersama 2 anaknya dan Zain



Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, tidak kisah dengan tanggapan dia gemar memilih ‘pucuk muda’ sebagai teman selepas dikaitkan dengan dua artis muda, Ahmad Shahir Zawawi, 23 (Shahir AF8) dan Zain Saidin, 27.

Menurutnya, dia tidak bimbang dengan tanggapan itu kerana ia lebih baik daripada ‘dilabel’ sebagai perampas suami orang.

“Daripada orang pandang saya cari laki orang,” kata Rozita yang ketawa sebaik ditanya mengenai dirinya yang sering dikaitkan dengan artis muda.

Rozita berkata demikian ketika ditemui pada program siri jelajah ketiga sempena Kempen Kata-Kata Emas Safi Rania Gold di pasar raya besar Mydin, Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Ketika ini hubungan Rozita dengan Shahir tidak lagi hangat diperkatakan, namun yang terbaru, Rozita dilaporkan bercuti di Genting Highlands bersama dua anaknya dan turut disertai Zain.

Rozita ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Zain bagaimanapun enggan mengulas.

Dalam perkembangan lain, Rozita mengakui belum menukar imejnya walaupun dilihat bertudung pada program berkenaan.

“Insya-Allah, (akan bertudung), saya rasa semua orang nak ke arah itu (bertudung),” katanya.

Thursday, December 29, 2011

Elly Suriati masuk hospital Kuala Kangsar kerana keguguran


Pengarah filem dan pelakon, Elly Suriati dilaporkan keguguran ketika mengarahkan filem terbarunya, Penanggal di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak, jam 12 tengah hari, kelmarin.

Suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar berkata, kejadian itu berlaku selepas isterinya yang baru menamatkan pengarahan beberapa babak lakonan berehat seketika kerana ke bilik air.

Katanya, ketika berada di bilik air, Elly mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor memaklumkan Elly keguguran menyebabkan dia tertekan dan bersedih. Elly seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan kehilangan bayi ini ketika usia kandungan mencecah empat bulan,” katanya.

Menurut Azri, dia bimbang Elly tertekan dan sering menasihatkan isterinya semua itu ketentuan Allah s.w.t.

“Saya merasakan keguguran ini berlaku disebabkan Elly terlalu aktif dan lasak di lokasi, tambahan pula penggambaran filem biasanya tamat sehingga lewat malam, kadangkala sehingga jam 6 pagi,” katanya yang reda menerima ujian itu.

Elly sebelum ini memaklumkan media, dia bakal menerima kehadiran cahaya mata keempat selain memberitahu dapat melakukan kerja pengarahan biarpun berbadan dua. Menurut Azri, dia dan isterinya bukan saja diuji keguguran anak tetapi juga kehilangan anak kedua berusia lapan bulan, baru-baru ini.

“Elly akan berehat sehari dua sebelum meneruskan penggambaran,” katanya yang turut berlakon filem Penanggal.

Cristina Suzanne bintang utama drama ' Bicara Hati '



Cristina Suzanne Stockstill, gadis berusia 26 tahun ini tidak gentar untuk mengharungi pahit maung dalam industri seni dan percaya dia juga bakal mendapat kepercayaan penerbit serta pengarah.

Malah semangat dan kata-katanya itu terbukti apabila gadis berdarah kacukan Melayu-Jerman ini ‘dilamar’ pengarah popular, Osman Ali sebagai bintang utama drama terbaru, Bicara Hati yang akan disiarkan bermula 3 Januari ini, jam 9 malam, di Astro Prima.

Mengakui dirinya masih mentah dalam dunia lakonan, Cristina atau mesra disapa Cris berkata, dia mendapat tunjuk ajar serta bantuan daripada pengarah serta pelakon yang terbabit produksi itu seperti Shanaaz Ahmad, Marsha Milan Londoh, Abby Nadzri, Balkish dan Lash Mokhtar.

“Menerusi Bicara Hati, saya membawa watak sebagai Zahlia, seorang gadis yang lemah lembut selain suka melakukan kerja kebajikan. Dia tidak mudah marah, sebaliknya suka memendam perasaan.

“Memang pada awalnya agak mencabar juga untuk membawa watak yang banyak bermain emosi ini. Mujur saya mendapat dorongan daripada Abang Man (Osman Ali). Malah dia banyak membantu dari segi penghayatan watak.

“Ini pertama kali saya membawakan watak utama, sudah tentu cabarannya cukup kuat. Saya berharap penonton juga dapat menerima penampilan saya menerusi drama ini,” kata Cris yang tampil bertudung sepanjang membawakan watak Zahlia.

Menyentuh tentang penglibatan awalnya dalam bidang seni, Cris berkata, dia pernah bergelar pramugari selama tujuh tahun sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerana mahu mencari arah tuju dalam kehidupannya.

“Sebelum in saya pernah berkhidmat sebagai pramugari bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Namun, tujuh tahun menjadi pramugari saya mula terfikir tentang arah tujuan hidup saya.

“Kebetulan ibu mencadangkan saya memasuki Pilih Kasih musim kedua. Tidak sangka jodoh saya lebih kuat dalam industri seni,” katanya ramah.

Tuesday, December 27, 2011

Pertarungan Masterchef Malaysia semakin sengit

Para peserta yang berjaya dalam pemilihan peringkat pertama Masterchef.



Tinggal 8 orang peserta bagi merebut gelaran juara Masterchef sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta menerbitkan buku masakan sendiri.

Sehingga hari ini, program Masterchef sudah memasuki episod yang yang ke-59. Cabaran yang diberikan semakin hari semakin sukar. Hanya mereka yang berbakat, kreatif dan tabah sahaja akan kekal sehingga ke peringkat akhir kelak.

Mengulas mengenai prestasi peserta sepanjang program ini berlangsung, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz, 29, yang merupakan salah seorang juri tetap program ini berkata, prestasi peserta semakin bagus meskipun kadangkala dia kecewa dengan hasil masakan peserta.

“Dalam program ini prestasi peserta saya lihat semakin bagus tetapi ada naik turunnya. Mereka yang sudah sampai tahap top 10 ada masanya mengecewakan saya walaupun masakan mereka okey tetapi ada yang belum cukup baik.

“Tetapi dalam ramai-ramai peserta ada tiga dan empat orang yang saya lihat layak berada sehingga ke peringkat final kerana konsisten serta kualiti masakan yang diberikan,” ujarnya yang merahsiakan nama-nama peserta yang dianggap terbaik itu.

Chef Riz yang merupakan suami kepada aktres Ana Dahlia itu turut menambah program Masterchef bukanlah sebuah program realiti berlandaskan emosi dan membidas penonton yang mempertikaikan keputusan juri ketika proses penyingkiran berlaku.

“Penonton harus ingat bahawa ini sebuah program realiti masakan, kita nilai daripada segi rasa, persembahan dan skil masakan seseorang peserta.

“Sebaliknya pula yang berlaku terhadap penonton yang cepat berasa kasihan serta emosi contohnya ketika penyingkiran Mohamad Saiful Alip, seorang penoreh getah.

“Akhirnya, juara Masterchef mewakili tukang masak amatur di Malaysia. Mungkin pada masa depan mereka akan diundang untuk menyertai program Masterchef negara lain, jadi kita harus bersiap sedia memilih yang terbaik daripada yang terbaik,” balasnya.

Hamid Gurkh 78, masih aktif



Abdul Hamid Ab Rahman atau nama populernya Hamid Gurkha, Mula dikenali melalui filem Panglima Badul pada 1978, Pak Hamid masih aktif dalam bidang seni, biarpun usianya kini menjangkau 78 tahun.

Dilahirkan pada 22 Ogos 1933, ketika negara masih lagi di bawah penjajah, Pak Hamid memilih untuk menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun, bermula pada 1950.

“Masa itu, terlalu banyak dugaan dan cabaran.

“Semasa peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan apabila mendengar berita balai polis diserang oleh 180 pengganas komunis, hati saya melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis.

“Peristiwa itu masih bermain di fikiran. Sebab itu apabila ada isu dicetuskan baru-baru ini mengenai Mat Indera sebagai pejuang, saya rasa terkilan kerana kami lebih mengetahui siapa pejuang,” katanya yang kini baru selesai penggambaran filem Jiwa Kacau dan Halimunan.

Bercerita mengenai penglibatan awal di dalam industri seni, Pak Hamid berkata, perjalanannya dalam bidang seni bermula ketika menyertai pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965.

Katanya, setelah merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian terus melamarnya untuk membuat persembahan pentas.

“Selepas itu, saya bergerak di bawah kementerian dan tidak lama kemudian, (pelawak) Datuk Jamali Shadat mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

“Sehingga sekarang saya masih bersama Jamali untuk mengadakan persembahan. Semasa bersamanya, kami berjaya menampilkan album sketsa lawak jenaka pada 80-an, terbitan Life Records.

“Pada awal 90-an, filem Main-Main Hantu memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat,” kata bapa kepada lapan orang anak itu.

Filem itu turut dibintangi oleh Nancie Foo, Melissa Saila, Alice Voon, Lili Patra, Azman Hassan, Nor Albaniah dan Bibi Yem.

Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila pada 1979, Sikit Punya Gila (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Ragam Pemandu (1989), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006) Zombie Kampung Pisang dan terbaru, Alamak Toyol.

Di atas kesungguhan beliau dalam bidang seni, Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada 1982.

Profil

Nama Penuh: Abdul Hamid Ab Rahman
Tarikh Lahir: 22 Ogos 1933
Tempat lahir: Segambut
Nama Isteri: Timah Abdul Hamid
Idola: Tan Sri P Ramlee dan Seniwati Saadiah
Menetap: Klang

Monday, December 26, 2011

Jamal Abdillah pecah rekod penghuni paling lama



Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 52, mula meluahkan kata-kata bahawa dia kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap dirinya, itu bermakna dia benar-benar terkilan dengan apa yang terjadi.

Rajuk Jamal bukan sebarang apabila dia dikatakan melangkah keluar dan tidak menoleh lagi ke rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) tempat di mana hampir lima tahun dia menumpang hidup, membina keyakinan dan semangat hidup akibat tidak yakin hidup bersendirian dengan cabaran dan ujian dunia luar.

Tali persahabatan yang dibina bersama penghuni-penghuni Pengasih dan juga pengerusi Pengasih, Datuk Yunus Pathi selama hampir lima tahun rupa-rupanya bukan menjadi simpulan kemas sebaliknya menzahirkan rasa kurang senang di kalangan mereka terhadap penyanyi berasal dari Ipoh, Perak itu.

Dia didakwa tidak memberi sebarang sumbangan ketika menghuni secara istimewa di rumah itu sebaliknya hanya memberi perbelanjaan makan minum untuk dirinya sahaja.

Malah, Jamal juga boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.

Dakwa Yunus lagi, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga bulan, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baharu.

Kini jiwanya tenang, setenang air laut yang tidak dipukul ombak kerana tidak lagi dihujani kata-kata cercaan yang mengatakan dia tidak menyumbang apa-apa pun biarpun mempunyai duit yang banyak setelah keluar daripada rumah Pengasih sejak awal November lalu.

"Saya akui lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam rumah itu. Peranan Pengasih sepatutnya menyokong penghuninya dengan memberi semangat untuk menjadi lebih positif dan bukannya memberi tekanan kepada mereka dengan menyebarkan dakwaan-dakwaan yang tidak betul sekali gus merosakkan nama saya," luahnya kecewa ketika ditemui selepas sidang media penganjuran Karnival Sehari Bersama Jamal dan pelancaran album baharu Raja Pop 2 di pejabat Warner Music, Kuala Lumpur.

Jamal kini terpaksa menyewa di ibu kota sementara menunggu rumahnya siap sepenuhnya pada bulan Februari 2012.

Kehidupan tenang Jamal itu juga diserikan dengan dua orang anaknya iaitu Osama Yamani, 9, dan Ahmad Zaki Yamani, 5, yang dikatakan bakal menetap bersama dengannya apabila rumah tersebut.

Heboh adegan ranjang 'Ombak Rindu'



Setelah terpalit dengan isu pembayaran oleh penulis novel, Fauziah Ashari, pengucapan Alhamdulillah oleh Maya Karin dan kini, pengarahnya, Osman Ali dikecam oleh sesetengah pihak berkaitan kenyataannya mengenai apa yang disebut sebagai adegan ranjang di dalam filem yang disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Osman yang dihubungi, kesal apabila kenyataannya itu dimanipulasikan sehingga dia mendapat pelbagai respons berkaitan kenyataannya itu.
"Saya rasa sangat sedih, kecewa bila kenyataan saya dimanipulasikan. Lain yang saya jawab, lain makna yang ditafsirkan. Wartawan terbabit tanya adakah penting adegan ranjang?

"Tapi saya tak maksud adegan ranjang itu penting, cuma saya ikut apa yang ada dalam skrip. Tetap kalau ikutkan babak itu bukan hubungan ranjang tetapi ia adalah hubungan intim antara suami isteri.

"Lagipun Maya tidak beraksi ghairah yang boleh dikategorikan hubungan ranjang kerana jika dalam urutan cerita, mereka adalah suami isteri," jelasnya.

Osman berkata, lebih membuatkan dia kecewa apabila ada sesetengah pihak tidak menonton filem berkenaan, namun membuat penilaian mengenai adegan berkenaan hanya melalui beberapa keping gambar yang tersebar.

"Ada yang marah-marah saya hanya kerana mereka melihat gambar Maya dan Aaron di atas katil dan mendengar cakap-cakap orang mengenai filem itu. Padahal mereka tidak menonton pun filem Ombak Rindu.

"Sebagai penggiat seni, adegan ranjang itu sebenarnya tidak penting. Malah adegan yang diwujudkan dalam filem atau drama arahan saya adalah mengikut skrip atau pun kesesuaian jalan cerita.

"Bukan kerana saya gemarkan adegan-adegan sebegitu untuk melariskan filem atau drama arahan saya," katanya kesal.

Pengarah yang membawa pulang trofi Pengarah Terbaik Filem pada Anugerah Skrin baru-baru ini, turut merasakan imejnya sebagai pengkarya tercalar, setelah artikel itu disiarkan.

Tidak cukup dikecam orang dalam industri, Osman juga turut dimarahi beberapa peminat yang merasakan dia seorang pengarah yang tidak bermoral.
"Tidak cukup saya dihentam melalui akhbar, ada juga beberapa blog hiburan yang turut 'memerli' saya disebabkan kenyataan itu.

Sunday, December 25, 2011

Orkestra RTM ke pedalaman Sabah, Sarawak

Dr. Rais Yatim memetik gitar tanda gimik pelancaran buku Gemilang 50 Tahun di Auditorium Perdana, Angkasapuri, semalam, malam kelmarin diperhatikan oleh Masnah Rais, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail (kiri), Dr. Rothiah Omar (dua kanan) dan Norhayati Ismail.




Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke kawasan kampung termasuk di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Orkestra RTM merupakan penyumbang kepada bidang penyiaran negara sebelum kemunculan orkestra lain.

Menurut beliau, Orkestra RTM juga akan dikembangkan ke institusi pengajian tinggi (IPT) dalam mengolah program-program yang boleh meningkatkan rasa cintakan seni menerusi muzik.

''Sumbangan orkestra tersebut dalam bidang penyiaran negara telah terbukti sejak 50 tahun dahulu.

''Orkestra ini juga telah menyerikan segala macam jenis muzik dan nyanyian kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku Gemilang 50 Tahun dan Konsert Budi Setahun Segunung Intan di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Masnah Rais, Ketua Setiausaha (Penerangan) kementerian, Datuk Dr. Rothiah Omar dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian juga berhasrat mengadakan konsert bagi memperingati sumbangan Tan Sri P. Ramlee yang akan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum.

Sehubungan itu, Rais menjelaskan, beliau sedang berbincang dengan pihak tertentu bagi melaksanakan program berbentuk konsert serta pertandingan dan ia akan menjadi pencapaian kementerian yang utama pada tahun hadapan.

''Kita harap, program itu akan lebih hebat lagi seperti konsert malam ini dan kita akan melaksanakannya sebaik mungkin,'' katanya.

Saturday, December 24, 2011

Yusry menikahi Lisa 23 Februari 2012

Pengumuman penuh bermakna itu dihadiri kedua ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner serta turut disertai abang Yusry, Norman Abd Halim. Turut hadir ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.



Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani tampil mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam satu sidang media di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya, semalam.

Malah wajah ceria Lisa yang tidak lekang dengan senyuman memberi gambaran betapa berbunga hatinya apabila keluarga Yusry menghantar rombongan bertandang ke rumah Lisa malam kelmarin bagi menyerahkan cincin tanda.

Pada sidang media itu, Yusry mengumumkan akan menikahi Lisa pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan majlis penuh bermakna itu dijangka berlangsung selepas Asar. Manakala majlis resepsi diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majlis yang serba sederhana.

Lisa turut menjelaskan bahawa majlis yang berlangsung, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau menggembar-gemburkan kisah mereka, sebaliknya hanya mahu berlaku adil pada semua pihak media memandangkan sebelum ini sudah berjanji akan memberitahu kepada semua pihak bila sampai masanya kelak.

"Saya dan Lisa memilih tarikh 23 Februari kerana kebetulan angka 23 sangat bermakna buat Lisa kerana Lisa lahir pada 23 Mac. Tetapi saya dan Lisa tidaklah terlalu memilih tarikh.

"Kami juga tidak merancang untuk melakukan semua momen pada tarikh 23 hari bulan. Kebetulan saya selesai menjalani penggambaran Vikingdom pada 22 hari bulan dan keluarga saya bertandang pada keesokannya.

"Secara teknikalnya, majlis bertandang itu hanyalah sebahagian adat dan budaya kita sebagai orang Melayu. Tiada majlis pertunangan akan berlangsung kerana kami mengambil keputusan untuk terus bernikah. Tetapi secara simboliknya, ia adalah tanda saya sudah 'cop' Lisa," katanya disambut deraian ketawa.

Majlis pengumuman penuh bermakna itu dihadiri kedua ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner serta turut disertai abang Yusry, Norman Abd Halim. Turut hadir ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.

Friday, December 23, 2011

Siti meriahkan kakitangan produk kecantikan

Pasukan Siti dan Datuk K saling mengacukan pistol sebagai amaran berjaga-jaga sebelum permaianan dimulakan.



Lebih menggembirakan ialah penghibur yang mesra disapa sebagai Siti itu turut ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bersama dua anak bujangnya, Muhammad Adib, 21 dan Muhammad Asyraf, 20.

Bahkan bukan mereka berempat sahaja yang seronok bermain permainan ala paintball itu, tetapi keseronokan itu turut dikongsi bersama kakitangan produk kecantikan Simply Siti seramai lebih 30 orang.

Rata-rata di kalangan mereka, ia merupakan kali pertama mencuba bermain permainan tersebut dan semuanya ternyata teruja.

Menurut Datuk Siti Nurhaliza, syarikat kosmetiknya itu akan sentiasa melakukan aktiviti riadah bersama bagi memastikan tekanan di tempat kerja dapat diseimbangkan.

“Sebelum ini kami pernah bermain boling, futsal dan berkaraoke untuk menghilangkan tekanan kerja di pejabat.

“Ini adalah salah satu inisiatif atau pendekatan yang saya gunakan untuk menghargai kakitangan kami.

“Dengan cara ini, setiap kali selepas berseronok, minda mereka akan berasa lega dan segar untuk memikirkan idea baru dalam tugasan masing-masing,” katanya.

Thursday, December 22, 2011

Ramlah Ram akhiri zaman 'Janda' ?

Gandingan dengan dua anak muda kelahiran singapura, Sleeq, Ramlah mengharap terus diterima peminat.



Benarkah cinta yang sedang bertakhta kadangkala mampu membuat seseorang manusia kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Itulah yang kelihatan pada raut wajah artis popular ini. Setelah lebih kurang dua tahun hidup bersendirian sementelah bercerai dengan bekas suami, Kamal Roslim, Ramlah Ram ketika ini dikatakan sedang hangat bercinta.

Siapa orangnya? Banyak ahli media yang tahu siapa gerangan lelaki yang dimaksudkan. bagaimanapun bila persoalan itu diaju pada Ramlah, penyanyi kecil molek itu tidak menjawab secara langsung. Ramlah sebaliknya lebih senang memberi jawapan selamat dengan mengunci kemas mulutnya daripada berbicara.

Katanya, jodoh serta ajal maut adalah ketentuan Allah dan dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu pengganti pada masa terdekat.

Menurut Ramlah,46, sepanjang hidup bersendirian, dia tidak merasa sunyi kerana kehidupannya sering dikelilingi dengan anak saudara dan kaum keluarga.

"Nak kata serik berkahwin, tidaklah. Namun setakat ini, saya lebih senang memikirkan soal kerjaya. Tapi kalau sudah ditakdirkan saya bertemu jodoh dalam waktu terdekat ini, saya terima sahaja.

"Apa-apa pun sekarang ini nak tumpu pada kerjaya sebab single ketiga, Sesaat Kau Datang, kolaborasi dengan duo Sleeq sedang hangat sekarang ini," katanya yang cuba mengelak daripada ditanya lanjut soal peribadi.

Bagaimanapun Ramlah tidak menafi bahawa ada lelaki yang cuba menghampiri dirinya, namun semua itu ditolak secara baik memandangkan sikap berhati-hati untuk mencari pasangan baru.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu berkata, dia tidak kisah jika bakal suaminya itu muda atau lebih berusia daripadanya.

Bagi Ramlah, apa yang penting lelaki itu boleh menjaga, menyayangi dan memahami kerjayanya.

"Usia bukan penghalang, apa yang penting dia memahami diri saya," katanya, sedikit tegas.

Wednesday, December 21, 2011

Fasha Sandha-Jejai memeterai cinta di Jakarta??



Di alam maya sudah heboh membicarakan isu perkahwinan Fasha Sandha. Lebih-lebih lagi apabila beberapa keping gambar dirinya yang sedang mencuba gaun pengantin sudah tersebar.

Tidak cukup dengan itu, angin sepoi-sepoi bahasa juga mula bertiup apabila Fasha dan kekasihnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai dikatakan memilih Jakarta, Indonesia sebagai lokasi untuk memeterai cinta mereka pada bulan Februari depan.

Lalu, apabila bertemu dengan si cantik manis ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan kebenaran di sebalik khabar angin yang sedang bertiup kencang tatkala ini.

Hanya melemparkan senyuman manis, Fasha nampaknya lebih selesa mengunci rapat mulutnya sebagai tanda untuk tidak mahu bercerita lanjut tentang perkahwinannya.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak mahu menjaja cerita tentang perkahwinan saya berlebih-lebihan selagi masanya belum tiba.

“Ini adalah tentang soal jodoh. Kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi di kemudian hari. Seandainya saya terus mencanang tentang cerita kahwin saya tetapi jika ada sesuatu yang terjadi, saya juga yang akan menanggung akibatnya.

“Jadi, adalah lebih baik untuk saya menunggu masa yang sesuai untuk menghebahkan kepada umum. Saya sama sekali tidak akan menyorokkan hal perkahwinan saya kepada umum. Itu janji saya,” kata Fasha dalam nada sedikit tegas namun penuh diplomasi sewaktu ditemui pada majlis pelancaran filem Penanggal di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tuesday, December 20, 2011

Raisuddin mengaku tinggal bersama isteri keduanya


Penyanyi era 1980-an, Raisuddin Hamzah mengaku masih tinggal bersama isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi walaupun Mahkamah Tinggi Syariah di sini dua tahun lalu memerintahkan pasangan itu tinggal berasingan sehingga perkahwinan mereka disah dan didaftarkan.

Raisuddin hanya menjawab setuju apabila peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie mencadangkan dia masih tinggal bersama Siti Fatimah, semasa memberi keterangan dalam prosiding permohonan bapa mertuanya, Suberi Abdullah, 51, untuk membubarkan perkahwinan mereka secara faraq.

"Saya ada dengar tentang perintah faraq tetapi tidak ditunjukkan surat. Setuju saya masih tinggal bersama dengan defendan pertama (Siti Fatimah)," kata Raisuddin di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Bagaimanapun tiada sebarang reaksi daripada pihak mahkamah berhubung pengakuan pelanggaran perintah tersebut.

Pada 21 Disember 2009, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad memerintahkan Raisuddin, 54, dan Siti Fatimah, 23, tinggal berasingan sehingga perkahwinan mereka disah dan didaftarkan.

Perintah sementara yang berkuat kuasa pada tarikh tersebut dikeluarkan selepas beliau membenarkan permohonan Suberi untuk menghalang pasangan itu daripada tinggal serumah memandangkan kes pengesahan pernikahan pasangan itu masih belum selesai.

Sementara itu, Raisuddin dalam keterangannya hari ini turut menafikan bahawa terdapat sebarang perancangan untuk menjodohkan Siti Fatimah dengan anak lelakinya sebagaimana yang didakwa oleh Suberi dalam keterangannya sebelum ini.

Menurut bapa kepada penyanyi Sarah Raisuddin itu, beliau juga langsung tidak tahu bahawa Siti Fatimah akan dijodohkan dengan seorang doktor sebelum mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007.

Monday, December 19, 2011

Mak Mah tidak menggalakkan anaknya mengikut jejaknya

Mak Mah sedang beraksi membawa watak dalam lakonannya.


Bersyukur dengan kesihatan baik sehingga hari ini, Mak Mah, masih gagah beraksi di kaca TV dan di layar perak.

Malah jauh di sudut hatinya tidak pernah terlintas untuk bersara. Selagi khidmatnya diperlukan selagi itulah Mak Mah akan terus berlakon.
Pun begitu, menurut Mak Mah, dia sebenarnya tidak pernah menggalakkan anaknya mengikut jejaknya dalam dunia seni. Kata Mak Mah, dunia seni bukanlah seindah yang disangka, terlalu banyak dugaan yang harus ditempuhi.

“Kalau tak kuat, jangan cuba untuk dekat-dekat kerana banyak yang buruk akan menanti kita. Jika kita silap memilih jalan yang betul, kita akan gagal untuk menjadi manusia di dunia dan juga akhirat. Sebagai manusia, jangan terlalu kejar keduniaan kerana yang hakiki adalah akhirat kelak.

“Walaupun saya tidak galakkan, tapi ada juga anak saya yang ikut jejak (Adlin Aman Ramlie). Sebelum itu, Adlin terlebih dahulu meminta restu dari saya. Saya tidak melarang asalkan pandai bawa diri dan tahu asal-usul kita.

"Setakat ini, hanya Adlin seorang sahaja yang terlibat, yang lain ada kerjaya masing-masing,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telemovie Parit Jawa, Tanah Kubur dan drama bersiri, Terowong.

Menurut Mak Mah, dia bagaimanapun bangga melihat pencapaian Adlin dalam industri seni. Kata Mak Mah, Adlin berjaya meletakkan dirinya di satu tahap yang baik dan punya kewibawaan tersendiri. Sebagai ibu dia sentiasa mendoakan terbaik buat Adlin.

Saturday, December 17, 2011

Program masakan 'Wan Malaysia' perkenalkan masakan warisan kampung



Kehadiran duta Makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Datuk Chef Wan ke dua buah kampung iaitu kampung Johor Lama dan Felda Air Tawar 4 di sini ternyata menggemparkan penduduk di kedua-dua kampung ber­­­­kenaan.

Penduduk, Khirrudin Mohamad, 40, berkata, pengalaman bertemu dengan selebriti tersebut ternyata bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan di dalam hidupnya.

“Walaupun sebelum ini saya pernah berjumpa dengan Datuk Chef Wan, namun pengalaman kali ini lebih terkesan apabila beliau sendiri datang ke kampung kami.

“Malah kami juga begitu teruja dan amat berbesar hati dengan kehadirannya ke sini,” katanya yang tinggal di Felda Air Tawar 4.

Terdahulu, kehadiran selebriti tersebut adalah untuk menjalani penggambaran sebuah program masakan yang bertajuk 'Wan Malaysia' yang kini sedang ditayangkan di sebuah televisyen swasta (Astro Prima).

Sementara itu, pengurus produksi, Muhammad Shah Saron, berkata, penggambaran yang berlangsung selama dua hari di negeri ini bukan sahaja dapat memperkenalkan masakan warisan kampung, sebaliknya turut dapat memperkenalkan tempat-tempat pelancongan di kawasan ini.

“Di samping itu, kita juga turut mempamerkan persembahan seperti tarian zapin, ghazal serta kuda kepang yang juga adalah salah satu seni yang paling popular bagi negeri Johor.

“Dengan itu, secara tidak langsung kita dapat menunjukkan kepada masyarakat luar tentang cara kehidupan masyarakat kampung di sini termasuk kawasan pelancongan yang menarik di kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, antara lokasi lain yang turut dipilih untuk penggambaran program masakan tersebut ialah Daerah Kota Tinggi, Bujang Firefly, Bandar Penawar, The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru serta beberapa kawasan lain.

Thursday, December 15, 2011

Zombi Kg. Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah lonjakkan Usop Wilcha

Usop Wilcha bersama isterinya Noorafiza Abdul Aziz, dan Syed Caliph Umar (anak)


Pemilik nama Syed Mohamad Asri, 46, tidak pernah menyangka watak yang dibawa dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah membantu melonjakkan nama dan popularitinya dalam bidang seni.

Lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha atau Shy8, dia mengakui pembabitan menerusi filem berkenaan sekali gus mengubah kehidupannya yang pernah mencuba nasib sebagai penyanyi sebelum ini.

Bahkan, kejayaannya menuntut pengorbanan yang lebih besar apabila dia mendapat pelbagai tawaran selepas itu.

Pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat sebuah syarikat, Usop akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya tetapnya itu dan beralih untuk bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio Hot FM dan fokus pada kariernya sebagai penyampai serta pelakon.

Suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dan bapa kepada Syed Caliph Umar, 1, mengakui kesibukan dalam bidang seni membuatkan kehidupan bersama keluarga agak terhad sejak kebelakangan ini.

“Kesibukan bekerja ada kalanya membuatkan saya kekurangan masa untuk bersama mereka. Tetapi, saya akan cuba mencari jalan meluangkan masa bersama supaya mereka tidak berasa terabai.

“Sekiranya terlibat dengan sebarang penggambaran di tempat lain yang memakan masa panjang, biasanya saya akan membawa mereka sekali. Jadi walaupun penat bekerja, saya masih mempunyai masa dengan keluarga," kata anak bongsu daripada 13 beradik ini.

Jelas Usop, dia bertuah kerana dikurniakan seorang isteri yang begitu memahami. Malah biarpun memiliki perbezaan umur yang jauh, iaitu 18 tahun, ia tidak pernah menjadi alasan untuk mereka bertengkar atau sukar mencari keserasian.

“Kami sering mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Biasanya apabila berlaku salah faham, salah seorang daripada kami akan mengalah. Kita lihatlah siapa yang lebih kuat marahnya ketika itu.

“Lagi pun, kami senang mengurangkan ego dalam diri supaya dapat mencari jalan penyelesaian. Rasanya, kalau nak berlawan antara satu sama lain, pasti pertengkaran menjadi lebih panjang," kata anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini.

Tambahnya, apa yang penting, dalam usia yang semakin meningkat, mereka perlu bersikap lebih matang.

“Lebih-lebih lagi apabila sudah bergelar bapa dan ibu, kami tidak mahu bergaduh di hadapan anak. Anak adalah amanah Tuhan yang sangat berharga. Janganlah pula disebabkan kita, anak-anak tertekan dan menjadi mangsa keadaan,” katanya yang tidak suka perbalahan antara mereka berpanjangan.

Wednesday, December 14, 2011

500 Saksi Konsert Ning Baizura

NING teruja konsert solonya meraih sambutan hangat daripada para peminat fanatiknya.



Konsert yang berlangsung di KL Live, Life Center, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu dibanjiri kira-kira 500 peminat setia Ning.

Melihat kepada sorakan dan teriakan peminat, ternyata penampilan Ning pada malam itu tidak mengecewakan mereka yang hadir melepaskan rindu terhadap idola mereka itu.

Walaupun tidak mendapat tajaan dan bantuan kewangan, namun Ning meluahkan rasa keterujaannya apabila keluar dari belakang pentas melihat peminat yang hadir menyokong karier seninya selama ini.

Ternyata dia merupakan seorang artis yang mampu berdiri di kaki sendiri tanpa bergantung pada mana-mana pihak dengan kejayaan konsert solo itu.

Menurut Ning ketika ditemuramah sebelum ini, konsert tersebut merupakan langkah permulaan supaya pihak di luar dapat membuka mata dan melihat bahawa artis senior sepertinya juga mampu memberi impak kepada industri hiburan tempatan.

Wanita yang memiliki vokal soprano itu memilih konsep flora sebagai tema konsert pada malam itu yang mana busana yang dipakainya semua dipadankan dengan tema bunga-bungaan seperti matahari, teratai, melur, mawar serta orkid dan setiap kali muncul dengan salinan baharu, pastinya dia menceritakan kisah atau kenangan indah yang dikaitkan dengan pengalaman diri bersama bunga tersebut.

Konsert yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri, Happenings Sdn. Bhd. itu sangat berwarna-warni yang mana diserikan lagi dengan vokal mantap Ning yang sememangnya tampil penuh semangat.

Konsert Ning @ KL Live yang mementaskan perjalanan seni Ning dengan lagu-lagu yang disampaikan adalah dari album pertama hingga terkini yang berjudul Dewa.

Tuesday, December 13, 2011

Luahan kekecewaan hati Jeffrydin


Datuk Jeffrydin, 64, meluahkan kekecewaannya apabila artis lama sering diberi bayaran tidak setimpal setiap kali dijemput penganjur mengadakan persembahan.

Menurut Jeffrydin atau nama sebenarnya Jefrydeen Imbrom Soekaman, wujud perbezaan ketara bayaran yang diterima antara artis lama dan baru, sedangkan kedua-duanya mempunyai peminat dan kekuatan sendiri.

Baginya, situasi itu jauh berbeza dengan zamannya dahulu apabila artis lama menerima bayaran tinggi berbanding artis baru kerana pengalaman dimiliki mereka.

“Saya agak kesal melihat artis-artis baru diberi layanan kelas pertama dan terima bayaran jauh lebih tinggi untuk setiap persembahan mereka berbanding dengan bayaran sepatutnya diterima artis lama seperti saya.

“Jika lihat pada era 60-an dulu, setiap artis baru akan menerima bayaran paling rendah berbanding dengan artis lama memandangkan mereka tiada pengalaman dan masih baru dalam bidang hiburan yang disertai terutamanya nyanyian.

“Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya apabila artis baru diberikan layanan istimewa di usung ke sana sini, disanjung begitu gah dan menerima bayaran hingga cecah RM7,000 setiap undangan pentas,” katanya ketika ditemui sewaktu mengadakan persembahan di Alor Gajah, Melaka.

Jeffrydin berkata, apabila perkara itu diusulkan kepada penganjur, mereka takut untuk mengambil artis lama kerana bimbang populariti seperti artis-artis 60-an tidak mampu meraih keuntungan sekiranya dibayar dengan satu jumlah tinggi.

Selain itu, katanya, tindakan artis baru bergerak menerusi pegawai perhubungan awam (PR) atau pengurus juga menyebabkan penganjur terpaksa membayar lebih," katanya yang popular dengan lagu Siti Aida, Kenanganku dan Seruling Anak gembala.

Chef Riz jatuh cinta pertama kali bertentang mata dengan Ana



Majlis resepsi Juri Master Chef Malaysia, Chef Mohd Nadzri Redzuawan Ismail, 30, atau Chef Riz dengan pasangannya yang juga pelakon drama, Diyana Mastura Jaafar atau Ana Dahlia, 28, berlangsung secara sederhana dengan dihadiri lebih 500 tetamu.

Chef Riz ketika ditemui, melahirkan rasa bahagia dan gembira kerana semua yang dirancang berjalan lancar walaupun kehadirannya ke majlis persandingan di Dewan Banquet Menara Kamalbina Taman Tasik, Taiping, Perak, yang sepatutnya bermula jam 8 malam, lewat 1 jam 30 minit.

“Saya memohon maaf kerana kelewatan yang berlaku tidak disengajakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Bagaimanapun, saya rasa gembira menanti majlis resepsi malam tadi (malam kelmarin). Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami berdua diijab kabulkan di rumah pengantin perempuan di Taiping, pagi kelmarin.

“Harapan saya untuk perkahwinan ini agar dapat membahagiakan Ana dan membina keluarga harmoni bersamanya, katanya yang juga anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan.

Mengenai persiapan perkahwinan pula, isterinya, Ana bersyukur kerana persediaan yang dibuat berjalan lancar, walaupun baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Metro Skuad empat hari lalu.

“Saya sendiri tidak sempat melihat set pelamin dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Fendi dari butik Sharani untuk menjalankan tugas mereka.
"Kami sempat menjenguk ke dalam dewan, namun mendapati persiapan masih belum dilakukan. Keadaan itu amat mencemaskan,” kata Ana.

Namun, dia terpegun melihat pentas yang dihias cukup indah ketika mula berjalan memasuki dewan untuk majlis persandingan itu.

Selain pelamin, pasangan itu juga mengenakan rekaan Fendi pada majlis pernikahan.

Bercerita mengenai pasangannya, Riz berkata, dia dan Ana berkenalan apabila dikenalkan oleh adiknya, Serena, yang juga pelakon popular.

Katanya, dia jatuh cinta buat pertama kali ketika bertentang mata dengan Ana yang pernah berlakon bersama Serena.

Namun, kata Riz, dia terpaksa memendam perasaannya buat seketika dan mencari peluang yang lebih baik.

“Saya akui Ana merupakan seorang wanita yang ayu dan tegas selain mempunyai jiwa keibuan.

"Selepas diperkenalkan adik buat pertama kali kami berdua agak malu-malu kerana tidak tahu apa yang hendak dibualkan.

"Bagaimanapun kami agak serasi pada temu janji kedua apabila saya membawakan Ana hidangan ayam yang sebenarnya tidak disukainya," cerita Riz.

Disebabkan rasa malu, katanya, mereka berdua membuka pelbagai topik termasuk mengenai makanan dan buku resipi untuk dibualkan.
“Saya tidak tunggu lama melamarnya kerana merasakan Ana gadis impian ditunggu selama ini," cerita Riz.

Monday, December 12, 2011

Chef Riz sah jadi suami Ana Dahlia

KELUARGA pengantin lelaki bergambar kenangan bersama Chef Riz dan Ana Dahlia di Dewan Banquet Menara Kamalbina,Taiping,Perak.



Dengan hanya sekali lafaz, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 30, kini sah bergelar suami kepada pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 28, tepat jam 12.20 tengahari tadi.

Memilih 11 Disember 2011 sebagai tarikh pernikahan, pasangan selebriti ini dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Tuan Haji Nawi Osman dengan mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta sebentuk cincin.

Juri program Master Chef Malaysia menerima 15 dulang hantaran daripada pihak perempuan berbalas 10 dulang daripada pihak lelaki.

Sementara itu, Ana Dahlia turut menerima wang hantaran berjumlah RM20,000.

Pasangan mempelai ini mengikat tali pertunangan pada 5 Oktober lalu dan akan diraikan dalam dua majlis resepsi berasingan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Manakala, majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang pada 18 Disember ini.

Pihak lelaki menerima hantaran berupa dompet, Blackberry, minyak wangi, tali pinggang, set kelengkapan diri, pen, jam tangan, sireh junjung, sepasang baju dan seluar, pemanis dan dua pasang kasut.

Sementara pihak perempuan menerima coklat, kek, minyak wangi, cermin mata, jam tangan, tas tangan, kain lace, sireh junjung, tepak sireh dan buah-buahan.

Sunday, December 11, 2011

KL Gangster raih kutipan RM11.7



KL Gangster bukan sahaja filem terbitan Skop Production yang paling berjaya daripada segi kutipan tiketnya yang mencecah RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 pawagam di seluruh negara, baru-baru ini.

Malah, ia mencatat rekod sebagai filem Melayu yang paling banyak meraih anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM), 20 November lalu termasuklah Anugerah Box-Office.

Ekoran kejayaan itu, penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata, beliau tidak teragak-agak untuk meneruskan kesinambungannya dengan menerbitkan KL Gangster 2 selain menambah kos dalam penerbitan filem tersebut.

"Kos KL Gangster 2 dijangka mencecah RM3 juta di mana ia adalah filem termahal Skop setakat ini. Kalau dulu KL Gangster pun kosnya sekitar RM2 juta sahaja. Saya berani menambah kos untuk filem ini kerana sambutan terhadap KL Gangster," katanya.

Yusof melahirkan keyakinannya itu pada majlis pelancaran KL Gangster 2 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini, selain mengumumkan barisan pelakon yang akan membintangi filem tersebut.

Jelasnya, beliau membuat keputusan itu selepas Syamsul yang juga merupakan anaknya membuktikan bukan sahaja mampu mengarah dengan baik tetapi juga mengutip kutipan yang boleh dikatakan cemerlang setakat ini.

"Pernah suatu ketika seorang orang kenamaan (VIP) yang berkata kepada saya bahawa Syamsul tidak layak menang anugerah Pengarah Terbaik untuk filem Evolusi KL Drift 2 pada FFM23, tahun lalu tetapi ia berlaku sebaliknya.

"Malah, tahun ini Syamsul sekali lagi memenangi kategori Pengarah Terbaik melalui KL Gangster. Dia (Syamsul) telah membuktikan kejayaannya bukan sekali tetapi dua kali berturut-turut. Saya sendiri kagum dengan kejayaannya itu.

"Saya telah mengarah filem lebih 20 tahun tetapi sampai sekarang saya masih kempunan untuk meraih anugerah yang dimenangi oleh anak saya itu. Sebab itu, saya yakin Syamsul boleh berjaya dalam bidang ini," ungkapnya.

Sementara itu, Syamsul Yusof ketika ditemui berkata, dia tetap akan bertindak sebagai pengarah untuk filem KL Gangster 2.

Katanya, KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon KL Gangster, antaranya Aaron Aziz, Soffi Jikan, Adiputra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar.

Jelas Syamsul yang menulis sendiri skrip filem tersebut dengan bantuan Rizal Ashreff, KL Gangster 2 dijangka memberi cabaran lebih besar daripada segi jalan cerita dan watak-watak yang ditampilkan selain adegan-adegan lasak yang bakal ditampilkan nanti.

"Antara mesej daripada jalan cerita yang ingin saya ketengahkan ialah bagaimana mahu membuka hati para penonton muda supaya tidak terjerumus dalam gejala sosial. Saya cuba tekankan nilai persahabatan dalam filem ini.

Saturday, December 10, 2011

Izreen Azminda Akui Belum Ada Kekasih

IZREEN menafikan bakal bertunang dalam masa terdekat


Pelakon berusia 26 tahun bernama Izreen Azminda dikatakan bakal bertunang dengan seorang jejaka di belakang tabir. Bukan sebuah cerita negatif tetapi nampaknya hidup Izreen sekarang sudah masuk dalam baris pelakon yang semakin ingin dikenali lebih daripada sekadar cerita di layar.

Sedang enak melayari hari-hari penggambaran di bawah arahan Michael Ang, Izreen bakal muncul dengan sebuah telefilem yang bertajuk Pelesit dan Penjara.

Dengarnya akan bertunang tidak lama lagi?

(Gelak) Mana dengar cerita? Tidak ada perancangan apa pun lagi. Saya sedang sibuk dengan penggambaran. Kalau ada dan sampai masa, saya akan umumkan.

Maksudnya benarlah ada hubungan cinta dengan orang di belakang tabir?

Saya berkawan-kawan sahaja dan sejauh ini belum ada hubungan istimewa dengan siapa-siapa pun. Orang mungkin salah tafsir kerana saya berkawan dengan semua orang terutamanya orang produksi. Saya memang boleh ngam.

Tiada hubungan istimewa dengan siapa-siapa?

Tidak ada. Baru-baru ini saya sudah terkena, jadi kena relaks dulu. Saya tak nafikan kalau jodoh sampai, saya terima seadanya. Saya ni sebenarnya suka lelaki yang berwajah Melayu. Perangainya kena kontra dengan saya maksudnya dia perlu jadi air kerana saya bersifat api.

Memang tidak dinafikan tahun ini paling banyak saya dilanda kontroversi. Itu lumrah dan saya sudah bersedia. Awalnya mungkin saya kekok diterjah soalan sebegitu dan saya emosi menjawab. Itu pengajaran dan pada masa depan saya lebih berhati-hati menjawab. Kadang kala penyampaian itu tidak sama dengan tafsiran.

Friday, December 9, 2011

Konsert Yuna 14 Disember Percuma

Yuna meraih kepercayaan dan begitu dihargai banyak pihak.



Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 25, dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP2010) dan tersenarai dalam anugerah-anugerah dalam industri seni. Dia juga kini dalam usaha mengembangkan bakatnya keluar negara iaitu Amerika Syarikat.

Impak popularit, bakat dan kreativiti mencipta lagu, Yuna mencipta sejarah dengan menjadi artis pertama diberi peluang mengadakan konsert maya pertama di Asia oleh Hotlink.

Konsert yang akan berlangsung pada 14 Disember ini akan berlangsung secara percuma buat 10,000 pelanggan Hotlink yang bertuah. Pelanggan Hotlink hanya perlu membuat tempahan tiket di laman web www.nowyoucan.my/yuna dan mereka boleh melihat konsert Yuna secara maya itu menerusi kamera online seperti telefon bimbit mahupun komputer riba.

Menurut Ketua Bahagian Produk, Peralatan, Inovasi dan Perantauan Maxis, T. Kugan, pihaknya begitu teruja untuk menjayakan konsert pertama maya itu yang nyata sesuai dengan tagline mereka Kini Anda Boleh (Now You Can).

“Kami memilih Yuna kerana dia seorang artis yang diminati ramai dan dia juga pandai mencipta lagu sendiri. Yuna juga sukacita memberitahu dia ingin bekerjasama untuk menjayakan konsert yang boleh ditonton eksklusif secara online ini. Konsert ini adalah khas buat peminat-peminatnya yang terdiri daripada pelanggan Hotlink,” katanya pada sidang media konsert secara maya Yuna di The Bee, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Thursday, December 8, 2011

Saiful Apek dipanggil lagi ke Mahkamah

PELAWAK berpengalaman ini nyata mempunyai persepsi tersendiri tentang kontroversi yang sering melanda dirinya.



Saiful Apek dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis sekiranya disabit kesalahan. Sebutan semula kes Saiful Apek ditetapkan pihak mahkamah pada 23 Disember ini.

Turut didakwa atas tuduhan yang sama, tiga rakannya, Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan seorang wanita Noremy Mohamad, 28.

Saiful Apek bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan tekad memperjuangkan haknya selagi belum sahih.

"Kes ini masih dalam perbicaraan dan saya masih tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah atas tuduhan yang telah dibacakan," katanya ringkas ketika ditemui di majlis tayangan filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur sempena Malam Promosi Filem 2011 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Selasa lalu.

Tambah Apek, isu dia diheret ke mahkamah adalah perkara lapuk yang cuba dijelmakan semula.

"Saya ingatkan perkara ini sudah habis sehingga dipanggil semula masuk mahkamah awal bulan lepas. Saya sendiri tak tahu atas dasar apa perkara ini dibangkitkan semula dan digambarkan seolah-olah ini isu baharu walhal benda itu sudah lama.

"Saya tidak kisah berapa lama pun masa yang diambil, selagi muka saya tidak diharamkan keluar televisyen maka selagi itu saya belum dibuktikan bersalah," ujarnya tertawa kecil.

Wednesday, December 7, 2011

Danial Firdaus Peserta Termuda 'Masterchef Malaysia'

MOHAMMAD Danial Firdaus menganggap dirinya bertuah kerana masih bertahan dalam Masterchef Malaysia.



Dia tahu pengalamannya begitu cetek berbanding peserta lain namun semangat dan sikap ingin sentiasa belajar menyebabkan peserta kelahiran Gelugor, Pulau Pinang Mohammad Danial Firdaus Shaharuddin, 18, masih bertahan dalam pertandingan masakan realiti pertama di Malaysia itu.

“Memang saya tak sangka dapat bertahan lama dalam Masterchef Malaysia. Kadang-kadang saya fikir sukar untuk bertanding bersama-sama dengan peserta yang lebih tua daripada umur saya. Malah, memiliki pengalaman yang lebih banyak.

“Untuk itu, saya sentiasa bersemangat dan memberikan yang terbaik. Memang saya ingin menang dalam pertandingan ini. Jadi, kritikan-kritikan yang juri-juri berikan menjadi platform kepada saya untuk terus belajar dan memperbaiki masakan saya,” katanya yang merupakan peserta paling muda dalam program Masterchef Malaysia.

Berkongsi pengalaman manis dan pahit sepanjang dalam program ini, luah Danial, dia pernah dikritik hebat oleh juri-juri ketika menyediakan hidangan burger. Ketika itu, dia bersama dua peserta lain terpaksa menyediakan hidangan yang enak dan menarik dalam cabaran penyingkiran.

“Bayangkan kami adalah peserta yang tersenarai dalam cabaran penyingkiran. Jadi, kami perlu bersaing untuk menyediakan hidangan enak dan menarik supaya tidak disingkirkan.

“Ketika mempersembahkan hidangan saya, juri-juri mengkritik hidangan burger saya dan mengatakan esen vanila yang saya letak tidak sesuai dimasukkan dalam hidangan itu. Memang saya rasa akan tersingkir pada masa itu tetapi alhamdulillah saya terselamat,” ungkapnya yang turut menceritakan pengalaman bertanding bersama chef selebriti merupakan pengalaman manis buat dirinya.

Tuesday, December 6, 2011

KONSERT Fenomena Search 30 Tahun

DARI KIRI, Yazid, Kid, Amy, Nasir dan Nordin bakal memberikan tenaga maksimum untuk Search menggegarkan Tawau dan Kuching menerusi Konsert Fenomena Search 30 Tahun - Jelajah Borneo.



KONSERT Fenomena Search 30 Tahun yang berlangsung di Pulang Pinang (19 November) dan Johor Bahru (3 Disember) ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada peminat legenda rock tanah air tersebut.

Malah, konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 Disember ini sempena sambutan ulang tahun Search yang ke-30 itu turut akan dibanjiri dengan peminat-peminat mereka.

Bagaimanapun, ia bukanlah kemuncak buat ahli kumpulan tersebut iaitu Amy (Vokalis), Nasir (Gitar bass), Nordin (Gitar kedua), Kid (Gitar utama) dan Yazid (Dram) untuk mengadakan konsert pada tahun ini.

Sebaliknya, hanya selepas seminggu berakhirnya konsert di Kuala Lumpur nanti, mereka akan diterbangkan pula ke dua buah negeri iaitu di Sabah dan Sarawak untuk menghiburkan peminat mereka di sana.

Dianjurkan bersama oleh Universal Credential Sdn. Bhd. dan Nova Music (M) Sdn. Bhd., Konsert Fenomena Search 30 Tahun - Jelajah Borneo itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, Sabah (24 Disember) dan Stadium Negeri Kuching, Sarawak (31 Disember).

Pada sidang akhbar baru-baru ini, Datin Nirvana Jalil Ghani selaku wakil Universal Credential Sdn. Bhd. memberitahu penganjuran konsert di kedua-dua, buah negeri tersebut adalah mahu memberi peluang kepada peminat untuk meraikan bersama ulang tahun Search yang sudah bertapak dalam industri muzik selama 30 tahun.

“Ini adalah merupakan kesinambungan kepada siri jelajah konsert yang diadakan di tiga buah negeri Semenanjung Malaysia, walaupun ia dianjurkan oleh pihak yang berlainan.

“Lagipun usaha kami untuk menganjurkan konsert di Sabah dan Sarawak adalah bagi memenuhi permintaan peminat di sana yang sudah lama menantikan persembahan secara langsung oleh Search,” jelasnya.

Menurut Nirvana, para peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut tidak perlu risau kerana harga tiket yang telah ditetapkan sangat murah dan berbaloi iaitu RM25 sahaja.

Ujarnya, dengan harga tiket tersebut pihaknya sangat berharap agar peminat legenda rock tanah air itu dapat hadir beramai-ramai memandangkan ia mampu menampung sehingga 30,000 orang.

Monday, December 5, 2011

Jasa MACP dihargai

FARHAN dan Hazama berkolaborasi menghibur tetamu dan rakan seperjuangan.



Salah satu organisasi bukan kerajaan yang aktif menjaga royalti para pengkarya ini merupakan Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) yang bertujuan untuk mengutip royalti lagu-lagu yang disiarkan di tempat-tempat terbuka di mana hasil kutipan itu akan diberi kepada para komposer dan penulis lirik lagu tersebut.

Demi menghargai dan mengiktiraf pencapaian para pengkarya seni ini, MACP telah mengadakan sebuah majlis sederhana iaitu Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) yang bertempat di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor yang juga dihadiri oleh ramai penggiat muzik tempatan.

Pada malam tersebut, 11 anugerah telah dipertandingkan melalui kategori seperti, Kategori Persembahan Terbanyak - Lagu Bahasa Inggeris, Lagu Bahasa Cina, Lagu Bahasa Melayu dan Luar Negara.

Manakala kategori lain pula merupakan kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi, Komposer Muda Berpotensi, Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak, Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak, Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak dan akhir sekali Anugerah Nadi Cipta.

Sejak mula diadakan pada tahun 1995, penulis lirik, komposer, dan penyanyi tersohor di dalam industri muzik tempatan, Datuk M. Nasir masih lagi mengungguli Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ke-12 berturut-turut.

Menurutnya, dia merupakan antara ahli pertama mendaftar diri serta karyanya di bawah MACP ketika mula-mula diwujudkan dahulu.

Keunggulan irama Malaysia dan etnik wajar dimartabatkan

Primadona Noraniza Idris banyak dibantu idea oleh suaminya, Jeffri Hudi yang memilih lagu sesuai untuk dimuatkan di dalam produk terkini penyanyi itu.



Usaha untuk mengangkat kembali keunggulan irama Malaysia dan etnik kreatif yang pada ketikanya masyhur sekitar era 90-an bertambah payah apabila kurang mendapat sokongan daripada stesen radio.

Tapi nak hasilkan album berentak etnik kena fikir sepuluh kali," itu luahan pemilik nama Noraniza Idris atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ani, 43, saat ditanya kerinduan genre yang menjadi makanannya.

Menurutnya, lebih banyak pancaroba berbanding prospek jika berkehendakkan irama tradisional atau etnik kreatif diangkat semula ke dalam industri muzik semasa.

"Sekarang kebanyakan stesen radio sudah ada syarat tertentu untuk sesebuah lagu dikeudarakan, ada boleh dan ada tidak boleh.

"Jadi, langkah terbaik adalah mencari satu inisiatif untuk mengadakan program yang boleh berikan keuntungan kepada semua, maka dengan itu program jelajah adalah solusi terbaik," hujahnya yang sentiasa optimis dengan pembangunan seni dan budaya bangsa.

Biarpun sudah meletakkan satu taraf buat diri sendiri untuk tidak lagi terlibat dalam sebarang pertandingan, butir bicaranya jelas menampakkan industri irama Malaysia atau etnik kreatif perlukan bantuan.

"Genre ini kena ada satu platform untuk naik semula, baru boleh hidup," lembut tapi ada kobaran semangat di sebalik patah kata pelantun lagu Awallah Dondang itu.

Saturday, December 3, 2011

Pelawak Enot masuk hospital

Enot sekarang dirawat di hospital.



Sebelum ini ramai yang terkejut dengan kemalangan yang menimpa Bob (Kuman) yang didakwa terjatuh semasa bersiap-siap untuk mengadakan persembahan untuk minggu keempat program MLM.

Seakan silih berganti, tiba-tiba muncul pula satu lagi kemalangan dalam program yang sama pada minggu kelima dan kali ini ia melibatkan pelawak wanita, Alliza Abdullah atau Enot.

Rasanya tak molek kalau ada yang cuba mengandaikan kejadian ibarat satu badi.

Iyalah, semua yang terjadi mungkin satu kebetulan. Bersangka baiklah kita, betul tak?

Kisahnya, Enot pada malam persembahan telah tergelincir dan terjatuh selepas dia yang sepatutnya beraksi mendukung Didie Alias di atas pentas, gagal mengimbangkan tubuh.

Disebabkan itu, Pancaindera difahamkan, Enot telah mengalami keretakan di lututnya.

Dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras Sabtu lalu, Enot kini menjalani rawatan sepenuhnya termasuk fisioterapi.

Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang, bukan soal sakit sahaja yang perlu ditanggung oleh Enot.

Dia juga turut diduga dengan mulut-mulut jahat yang sengaja mencetuskan amarah wanita berusia 33 tahun ini dengan dakwaan dia sengaja meraih simpati orang ramai.

Lebih menyedihkan, dia turut dikecam kerana dianggap sengaja menyakiti diri untuk meraih undi simpati penonton MLM.

Begitu sekalikah Enot sanggup lakukan semata-mata untuk undian program itu?

“Tak masuk akal untuk saya sengaja jatuh pada persembahan malam itu. Ia satu kemalangan. Bukan dibuat-buat.

“Hairan juga saya kenapa ada yang kata saya nak raih simpati dengan cara macam tu. Kalau saya buat macam tu, tentu saya akan dikecam sebab menggunakan cara jijik untuk menang bukan? jadi fikirlah sendiri, ” katanya.

Seminggu berkahwin Hattan-Farah bercerai ?

DETIK manis majlis pernikahan Hattan dengan Farah pada 11 November lalu.




Penyanyi terkenal, Hattan menafikan gosip mengatakan dia telah menceraikan isterinya, Farah Asyikin, 32, dengan talak tiga selepas hanya seminggu berkahwin pada bulan lalu.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin, 47, berkata, gosip tersebut tidak benar dan berniat jahat.

Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang menulis tanpa bersandarkan etika.

"Menjatuhkan talak tiga adalah perbuatan paling zalim yang dilakukan lelaki kepada isteri.

"Saya tak akan ceraikan isteri dengan talak tiga, semua itu adalah fitnah!," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Thursday, December 1, 2011

Memey Penerima 'Anugerah Artis Wanita Cemerlang '

Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyampaikan Anugerah Artis Wanita Cemerlang kepada Lisa Surihani Mohamed sambil diperhatikan Naib Ketua, Shahanim Mohamad Yusoff pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri Umno 2011 di PWTC, Kuala Lumpur.

Wednesday, November 30, 2011

Isu Saman: Johan terkejut !!




Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.

Walaupun, penonton melihat senario gurauan kedua- dua pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun apabila majlis tersebut tamat ada amarah yang tersimpan di benak Ogy kepada Johan sehingga bekas isteri kepada pelakon Eman Manan itu bertindak untuk menyaman Johan.

Ogy dalam dakwaannya menerusi sebuah akhbar sebelum ini menegaskan Johan sememangnya kurang ajar, bukan setakat bakat dirinya malah arwah ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah turut dipersendakan sesuka hati.

Namun kata Ogy, apa yang paling dia terkilan apabila Johan boleh mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad!

Wartawan berpeluang menghubungi Johan untuk mendapatkan maklum balas pelawak itu mengenai hal saman tersebut.

Johan mengakui terkejut dan hanya mengetahui perkara saman itu melalui sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan tentang perkara itu baru-baru ini.

Malah, dia tidak menyangka tentang isu tersebut kerana dia ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM 24 tamat jika kata-katanya ada mengguris hati Ogy.

Bagaimanapun Johan enggan mengulas lanjut mengenai hal saman itu selagi surat saman tersebut tidak sampai kepadanya.

“Saya terkejut dan hanya mengetahui perkara ini melalui sebuah akhbar yang mengatakan Kak Ogy nak menyaman saya.

“Sewaktu FFM 24 tamat saya ada minta maaf kepadanya jika ada kata-kata yang menyinggung perasaannya. To be fair saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini lebih lanjut selagi surat saman itu tidak sampai kepada saya.

“Tunggulah jika perkara ini masih berlanjutan saya akan bercakap mengenainya kepada semua,” tegas Johan.

Nur Shid’la tinggalkan dunia hiburan

Nur Shid’la.


“Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya,” kata penyanyi, Syella mengenai kontroversi lelaki dinikahinya baru-baru ini.

Pada masa sama, Syella atau nama sebenarnya Nur Shid’la Ahmad Kamarudin meminta kehidupannya tidak diganggu dan dia juga tidak bercadang memberitahu siapa suaminya.

“Biarlah ia menjadi rahsia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Syella berkata, dia pelik mengapa orang ramai sibuk memperkatakan mengenai perkahwinannya yang dikatakan memakan belanja RM15 juta sedangkan dia tidak lagi aktif dalam industri hiburan.

“Saya dilabelkan artis suam-suam kuku tapi tiba-tiba nama saya disebut semula gara-gara perkahwinan mewah saya. Dulu orang tak sebut pun pasal saya. “Apapun tanggapan orang terhadap saya, saya sudah berkahwin dan saya mahu hidup bahagia di samping suami. Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat dengan segera,” katanya.

Menurut Syella, sebenarnya dia tidak berminat memberi komen mengenai perkahwinannya dan siapa suaminya.

“Saya juga tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi. Sama ada orang di luar sana mahu percaya atau tidak, terpulang. “Andai kata suami tak hadiahkan kereta mahal pun, saya tak kisah kerana saya sendiri ada banyak kereta. Saya cukup bersyukur apabila dia sudi menyunting saya sebagai isteri. “Bila saya tak kahwin, orang kata saya tak laku tetapi bila saya berkahwin, mereka kecoh pula. Apa dosa saya dengan mereka,” katanya. Syella juga berharap orang ramai tidak mempersoalkan cara dia berpakaian dan masih dianggap seksi, di sebalik statusnya yang kini bergelar isteri orang.

“Suami saya sudah berusia dan dia ada cara sendiri mendidik saya. Suami mahu saya berubah perlahan-lahan kerana katanya untuk membentuk orang lain ke arah lebih baik bukan dengan paksaan. “Jadi usah pertikaikan cara saya berpakaian dan siapa saya kerana apa yang penting suami memahami,” katanya yang memberitahu akan mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami pada Februari ini.

“Tak perlu dihebohkan lagi mengenai majlis perkahwinan saya dan siapa suami saya. Jangan ganggu hidup saya lagi kerana saya pun dah ‘tak ada’ dalam industri ini,” katanya.

Monday, November 28, 2011

Penyanyi rap dikepung kumpulan samseng



Seorang penyanyi rap cedera di kepala dan badan selepas diserang 10 lelaki dipercayai samseng jalanan di Jalan Selangor, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai bagi membeli barangan keperluan harian.

Menurut sumber, ketika tiba di jalan berkenaan, mangsa didatangi sekumpulan lelaki seramai 10 orang menaiki dua kereta dan tiga motosikal.

Sumber berkata, mangsa menyedari dikepung kumpulan samseng terbabit sebaik pintu keretanya ditendang dari luar.

Katanya, mangsa yang sibuk menyiapkan persiapan majlis resepsi perkahwinannya yang bakal berlangsung dua hari lagi keluar dari kereta dan bertanyakan punca tindakan mereka menendang pintu keretanya.

“Akibatnya, seorang daripada mereka merampas kunci kereta mangsa sebelum menyerang dan memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan batu, kayu dan batang besi.

“Mangsa yang tidak tahu punca diserang cuba mempertahankan dirinya, tetapi gagal kerana bersendirian ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan terbabit turut memecahkan cermin depan dan merosakkan pintu serta bumbung kereta Proton Iswara mangsa.

“Serangan itu menyebabkan mangsa cedera di kepala, muka dan badan, malah mangsa memberitahu kumpulan lelaki itu berhenti menyerang selepas dia merayu beberapa kali,” katanya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, mangsa yang juga seorang artis tempatan itu diserang individu tidak dikenali dan tindakan pantas anggota polis berdasarkan maklumat yang diterima, semua lelaki berusia 30-an ditahan di sekitar ibu kota.

Ogy saman Johan - peminat bela Johan

Ogy bersama Johan pengacara Festival Filem Malaysia Ke-24



Berpandukan laporan media Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy)merancang untuk menyaman Johan (Raja Lawak) yang digandingkan sebagai pengacara Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Dakwa Ogy dalam sebuah media kemarin, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Ramai dikalangan peminat kedua-dua pengacara ini menyokong Johan dan ada yang berharap agar Ogy berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan demi menjaga persada seni dan artis Malaysia.

Diantara komen-komen yang dipaparkan di Facebook adalah seperti berikut;


Star Abdul ·
damai aje lah n minta maaf..

Putra Permata Anugerah · Open University Malaysia
Kes 15 tahun dulu dengan A--- A-- pun masih tak settle. Kalau taknak sentap, berundur saja dari dunia seni. Dok rumah. Tak ada siapa nak kacau.

Nursuhana Alauddin · Shah Alam, Malaysia
Setujuuuu!!dia mao kaya cpt kot ya..:)

Mie Razmi Bin Ismail ·
mlm tu aku tgk sama2 over je...x yah nk tuding2 jari cari salah sapa.wat penat turun naik mahkamah je.

Wahab Ahmad · Politeknik ungku omar
Mungkin sbb dh kurang glamor.....maka jika ada peluang dn ruang kena ciptakan sesuatu yg mengejutkan.....walaupun kerja bodoh tahap cipan....

Halina Sun
mcm tu pun nak saman...dia lgi truk klu kutuk org...

Odiey East · Bekerja di Jabatan agama islam melaka
susahla manusia yang kecikkkkk nauu atiiii ni...... opennnnla sketttt beb.

Midon Darus · Bekerja di ATM
zaman la ni sikit2 saman..

Tok Janggut
x pro lngsung la Ogy ni x bleh nk trima gue

Sakakikun Iyoda · Bekerja di I-eventmanagement & co. & UKM
xkan r sbb tu nak saman... smua org terhibur jer...... kami smua sokong johan...

Mohd Yusri · Methodist Boys School Sentul
ogy..lu pon mulut leh tahan gak, cermin mulut tu dulu baru nak saman org. sikit pnye hal nak saman. ape lu ingat ayat2 lu dulu tu tak penah menyentuh hati org ke. tapi org lain professional n xde nk saman2. to johan wish u the best.

Roseminati Famin · Sang Nila Utama
be professional lh jgn sikit2 pun nak saman,, saya setuju dgn komen2 yg ada..kadang2 kita pun tak sadar yg kita menyakitkan hati org lain..

Sunday, November 27, 2011

Anuar Zain tenang hadapi kontroversi

WALAU sedang dihimpit banyak dugaan, Anuar yakin ada hikmah yang sedang menanti hidupnya di hadapan.


Anuar Zain dilihat sebagai antara artis lelaki yang mampu mengekalkan identiti tersendiri sebagai seorang penyanyi yang kurang dilanda dengan kontroversi.

Menariknya, sejak akhir-akhir ini nama adik kepada penyanyi popular Ziana Zain itu semakin menjadi sebutan ramai. Bukan disebabkan produk terkini yang dihasilkan, sebaliknya peminat lebih memperkatakan tentang kisah peribadinya.

Ia bermula dengan cerita penyanyi tersebut yang kini tidak lagi menggunakan khidmat pengurusnya, Rohila Tahir bermula pada bulan Oktober lalu setelah lebih 10 tahun bekerjasama.

Ternyata perkara tersebut menjadi tanda tanya ramai pihak terutama di dalam industri sehingga ada yang mengatakan ia berpunca daripada pergaduhan sejak sekian lama.

Anuar jika boleh tidak menjawab perkara yang sepatutnya tidak menjadi satu isu. Namun untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, dia memberitahu tidak lagi menggunakan khidmat pengurus lamanya itu kerana mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing selepas lama bekerjasama.

"Kami mempunyai hala tuju yang berbeza sekarang ini," katanya ringkas sambil memberitahu dia kini cuba menggunakan khidmat pengurus lelaki pula.

Kemudian timbul pula cerita yang mengatakan penyanyi berkenaan tidak mahu menyertai pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik untuk membawakan lagu Sedetik Lebih dan diakui sendiri olehnya dan perkara tersebut telah diberitahu kepada pihak KRU.

Terkini pula apabila kisah tentang dirinya yang langsung tidak berkecil hati walaupun tidak diendahkan oleh pihak penganjur sewaktu berlangsung sidang akhbar selepas tamat acara Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) pada 12 November yang lalu.

Biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cerita kontroversi yang turut membabitkan peribadinya, Anuar menganggap bahawa ia bukanlah satu masalah yang besar buat dirinya.

Mengakui adakalanya sedikit terasa apabila orang ramai lebih gemar memperkatakan tentang dirinya berbanding produk baharu yang dihasilkan, tidak bermakna dia perlu cepat lemah semangat untuk mengharunginya.

Friday, November 25, 2011

AIM 18: memalukan atau melucukan ?

YUNA akan tetap menyokong AIM namun meminta agar kesilapan yang sama tidak berulang demi menjaga maruah dan kreadibiliti anugerah tersebut serta karyawan seni.



Senario paling lucu dalam industri hiburan tempatan sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Bertambah lucu apabila ia datang daripada sebuah anugerah yang dianggap paling berprestij untuk mengiktiraf karyawan sebalik tabir dan pelaku muzik tanah air, Anugerah Idustri Muzik (AIM) - tersilap beri anugerah dan pengiktirafan!

Jika ingin dilihat secara kasar, memang tidak masuk akal langsung apabila AIM yang tahun ini sudah masuk usia 18 tahun boleh melakukan kesilapan paling bodoh untuk jenama besar mereka.

AIM 18 tersilap memberi pengiktirafan kepada kategori Lagu Terbaik yang dimenangi oleh karya penuh Yuna, Penakut. Anugerah itu kini telah bertukar tangan kepada komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.

Padahal, sewaktu majlis sidang akhbar berlangsung usai AIM 18 berakhir lebih seminggu lalu, memang sudah kecoh tentang kemenangan lagu Penakut. Bagaimana sebuah lagu yang tidak menang dalam salah satu subkategori boleh diangkat juara.

Sedangkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah subkategori sama ada Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik atau Lagu Nasyid Terbaik.

Namun pihak penganjur menangkis dan menepis soalan media. Barangkali media cuba membunuh anugerah yang semakin mula nampak banyak kepincangannya ini, penganjur dengan yakin menjawab semua lagu berhak untuk menjadi juara dan seharusnya ia tidak boleh dipertikai kerana ia diadili oleh badan yang cukup profesional.

Apabila pihak penganjur sudah berkata demikian, siapalah media untuk mempersoalkan lagi walau memang diakui, jawapan yang diberikan tidak logik. Malah siapa juga Yuna atau pelaku muzik lain untuk mempertikaikan penjurian profesional.

Baru ingin melupakan kontroversi tersebut, AIM 18 membakar termometer mereka sendiri. Umpama sudah ludah dan menjilat semula, mereka menarik balik pengiktirafan terhadap Yuna. Kata mereka, terdapat kesilapan teknikal yang berlaku terhadap penjurian.

Maka anugerah Lagu Terbaik yang dimenanginya pun dipulangkan. Sesudah dipulangkan, ia kemudian diberi kepada pemenang yang lebih layak mengikut penjurian profesional mereka, Sedetik Lebih.

Yuna yang merupakan mangsa utama terhadap kecelaruan penjurian AIM 18 memberitahu, dia sendiri agak hairan apabila lagu Penakut diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik ketika acara kemuncak yang berlangsung pada 12 November yang lalu.

Thursday, November 24, 2011

Jamal Abdillah buat persembahan di Hotel Permai

Jamal Abdillah


Kemunculan Raja Pop, lelaki bernama Jamal Abdillah di Terengganu untuk membuat persembahan sempena konsert dan makan malam di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 30 November ini begitu dinantikan.

Manakan tidak, tempat duduk sebanyak 50 meja yang disediakan untuk peminat di Permata Ballroom, hotel tersebut sudah hampir penuh ditempah sejak ia dibuka kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Pengurus Besar Hotel Permai, Azman Ali, penganjuran konsert berkenaan dilakukan kerana permintaan ramai untuk melihat penyanyi yang mempunyai aura tersendiri itu dengan lebih dekat lagi.

Paling menarik katanya, pemilihan lagu yang bakal dipersembahkan pula berdasarkan kajian terhadap kira-kira 430 orang peminat Jamal mengenai lagu yang mereka mahu didendangkan penyanyi itu sempena konsert tersebut.

“Antara lagu yang mendapat permintaan paling tinggi ialah Tidurlah Permaisuri, Derita Cinta dan Di Sudut Kamar Hatiku,” katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Jelasnya, dengan pemilihan lagu-lagu tersebut, peminat akan dapat mendengar denda- ngan lagu kegemaran berdasarkan undian mereka secara langsung daripada Jamal pada konsert tersebut.

Menurut Azman lagi, Jamal akan membuat persembahan selama satu setengah jam yang mana lima buah lagu penuh dan empat buah lagu medley akan disampaikan dalam dua sesi.

Tidak cukup dengan itu, katanya, seorang peminat bertuah akan dinilai oleh pihak penganjur pada malam tersebut dan yang pastinya ia akan meninggalkan kenangan sepanjang zaman.

Katanya, ini kerana peminat tersebut akan diberi peluang berduet dengan penyanyi kesayangan ramai itu melalui lagu Sandarkan Pada Kenangan.

Selain itu tambahnya, bagi pengunjung yang lain, selain bakal dihibur- kan juara Bintang RTM 1979 itu, mereka juga bakal menikmati hidangan makan malam enak yang disediakan oleh pihak hotel.

Dengan tiket berharga RM200, RM250 dan RM300, pengunjung yang hadir dijanji- kan dengan hidangan yang membuka selera dengan hiburan daripada kumpulan residensi Hotel Permai.

Selepas itu, acara sebenar majlis akan bermula dan selain persembahan daripada Jamal Abdillah, majlis akan turut diselitkan dengan acara cabutan bertuah yang melibatkan barangan bernilai lebih RM20,000 kepada pengunjung bertuah.

“Bagi yang kurang bertuah tidak perlu bersedih kerana hadiah misteri akan diberikan kepada setiap daripada yang datang sebagai kenangan.

“Masih ada tempat lagi untuk peminat Jamal, namun mereka harus membuat tempahan dengan kadar segera kerana tempat duduk agak terhad,” ujarnya yang juga memberitahu untuk membuat tempahan tiket boleh menghubungi talian 09-6222122.

Wednesday, November 23, 2011

Eira Syazira nafi bunting pelamin



Majlis resepsi Eira Syazira dan Azad Jazmin yang diadakan Jumaat lalu, di Dewan Kampo, Youth International Centre itu berkonsepkan Melayu-Inggeris Klasik sangat menarik kerana memberikan sentuhan Inggeris, namun masih menerapkan istiadat perkahwinan masyarakat di Kelantan.

Inginkan majlis resepsi seolah-olah fairytale, perancang resepsi itu, Zaha perancang perkahwinan memilih menerapkan konsep heritage iaitu gabungan moden dan klasik disesuaikan dengan busana sentuhan pereka tempatan, Hazwani Othman Hairi Tajuddin menepati cita rasa Eira.

Malah majlis resepsi tersebut berjalan tanpa cacat celanya dan meriah, walaupun hanya dengan kehadiran keluarga dan rakan rapat sahaja.

Namun dalam kemeriahan tersebut, terdengar cakap-cakap orang yang mengatakan Eira kini sudah mengandung. Bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu kerana masih terlalu awal.

Eira yang dihubungi Zass bagaimanapun menafikan perkara itu dan merasakan tidak wajar untuk menyorokkan perkara yang baik.

"Buat masa ini, belum rezeki kami lagi untuk menimang cahaya mata. Eira masih belum mengandung. Jika benar Eira mengandung, untuk apa Eira mahu merahsiakan perkara yang baik.
"Tanda-tanda pun masih belum ada. Jika Eira sudah mengandung, Eira pasti akan berkongsi berita gembira ini pada semua," katanya.

Tidak meletakkan bila mereka akan menimang cahaya mata, Eira berkata, dia akan memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon apabila bergelar ibu bagi memberikan tumpuan kepada keluarganya. Bagaimanapun, dia tidak akan berhenti berlakon kerana itu adalah minatnya.

Tuesday, November 22, 2011

Datuk Sharifah Aini buat kerja amal


Datuk Sharifah Aini boleh juga digelar penyanyi amal. Ini kerana percaya atau tidak, penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah itu sehingga kini sudah terbabit dengan 3,000 acara amal sepanjang 42 tahun pembabitannya sebagai anak seni.

Bagaimanapun, sejak dua tahun yang lalu Kak Pah yang memulakan karier sebagai penyanyi ketika berusia 14 tahun itu sudah mula menganjurkan sendiri acara bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Sehingga sekarang saya telah menganjurkan sebanyak lima acara amal dengan memberi bantuan kepada lima buah sekolah tahfiz serta rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang. Sasaran saya buat masa ini adalah untuk membantu 15 buah sekolah.

“Jadi pada 17 Disember ini saya akan menganjurkan sebuah lagi acara yang dinamakan majlis Makan Malam Amal Tiga Sahabat untuk memberi bantuan kepada sebuah sekolah tahfiz dan anak yatim lagi,” jelasnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Ujar Kak Pah, dua buah sekolah yang akan dibantunya itu adalah Madrasah Tahfiz Tahsin Al-Quran yang terletak di Puchong, Selangor serta rumah anak yatim Baitul Ehsan di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, jumlah sumbangan yang akan diserahkan itu nanti adalah berdasarkan keuntungan setelah ditolak semua kos perbelanjaan untuk acara tersebut yang akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

“Untuk menganjurkan acara-acara amal sebegini, biasanya saya memerlukan kos sekitar RM170,000. Setelah ditolak bayaran kepada pemuzik dan penyanyi undangan, maka selebihnya itu akan diserahkan kepada mereka,” ujarnya.

Menariknya tentang acara amal yang dianjurkan kali ini, Kak Pah menerusi syarikatnya iaitu Seri Dewi Production Sdn. Bhd. turut mengundang dua orang penyanyi popular dari Indonesia iaitu Grace Simon dan Dewi Yull.

Monday, November 21, 2011

Kemenangan Libas dipertikai



Syabas buat Gafim kerana berjaya menganjurkan FFM 24 meskipun disulami pelbagai kontroversi sejak dari perancangan FFM 24 berjalan. Malam itu, kebanyakan calon yang diramalkan menang berlandaskan prestasi dan kualiti namun satu anugerah telah mengundang kontroversi.

Anugerah yang dimaksudkan adalah untuk kategori Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh filem Libas menerusi karya Martias Mohd. Ali yang mana ia merupakan filem pertama arahan Presiden Gafim sendiri, Jurey Latiff Rosli.

Apa yang dipertikaikan bagaimana filem ini boleh memenangi Cerita Asal Terbaik sedangkan pengarah dan penerbitnya terang-terangan mengakui mereka mengambil sedikit idea daripada filem Hong Kong, Shaolin Soccer dan sekadar menambahbaik untuk dihasilkan menjadi filem Libas.

Apabila ditonton, memang filem itu mirip dengan filem Shaolin Soccer, cuma ia seolah-olah ditukar wajah untuk disesuaikan dengan selera Malaysia sahaja. Jurey yang ditemui pada sesi sidang media FFM24 bagaimanapun berharap kemenangan Libas untuk kategori tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana ia terletak di tangan juri yang memilih.

"Saya bukan calon kategori Cerita Asal Terbaik, syarikat MDAG Marketing yang menghantar filem itu kerana ia layak bertanding. Juri yang memilih untuk filem Libas menang, saya tidak ada kena mengena dengan penjurian," balas Jurey.

Kemenangan filem Libas untuk kategori Cerita Asal Terbaik telah mengalahkan empat filem yang lain iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (arahan Mamat Khalid), Khurafat (Syamsul Yusof), KL Gangster (Syamsul Yusof) dan Nur Kasih The Movie (Mira Mustaffa).

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2