NUFFNANG ADS

Friday, September 5, 2014

Farhan pilih tarikh 10.10.2014

PENGHUJUNG tahun lalu, hubungan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Nur Farhan Azizan dan tunangnya, Ahmad Rashadan Mohd. Suhaimi dilaporkan pernah berantakan.

Bagaimanapun, hal itu dinafikan sendiri oleh Farhan, 30, sambil menegaskan, tali pertunangan yang dijalin dengan jejaka seusianya sejak 12 Februari 2012 itu masih utuh.

Terbaharu, pasangan itu sudah menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada tanggal 10 Oktober depan setelah menjalinkan hubungan cinta lebih lapan tahun.

Ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahan mereka di Kafe Anggun Fusion, Plaza Damas, Kuala Lumpur baru-baru ini, Farhan dan Rashadan menjelaskan lebih lanjut mengenai keputusan tersebut.

" selama ini ramai yang bertanyakan bilakah kami akan mendirikan rumah tangga dan pelbagai rintangan yang telah kami lalui dalam pelbagai fasa hingga hari ini. Alhamdulillah, kami akan bernikah pada pagi 10 Oktober 2014 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis resepsinya pula akan berlangsung pada waktu malam, pada tarikh sama di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Mengapakah kalian mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan berkahwin?

" Terlalu banyak halangan termasuklah dari sudut keselesaan, masa, kerjaya dan persediaan kami berdua. Sebelum ini, Rashadan bertugas di luar negara dan saya pula sedang membina karier di Malaysia. Jadi, masa kami sangat terbatas dan komunikasi juga banyak terjejas. Alhamdulillah, kami berjaya lalui semua dugaan itu dan sepakat untuk berkahwin tidak lama lagi".Jelas Farhan.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2