NUFFNANG ADS

Monday, March 28, 2011

3 bintang realiti TV sertai AF9



KUALA LUMPUR: Tiga daripada 12 peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) yang diumumkan petang semalam terdiri daripada bintang realiti TV bukan terbitan Astro.

Pengumuman yang diadakan di AEON AU2 Setiawangsa memperkenalkan Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 24, bekas peserta program Mystar LG musim pertama manakala Mohamad Azri Abdullah (Azri), 23, menyertai musim kedua program sama.

Seorang lagi pelajar yang pernah menyertai program realiti TV ialah Hairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 19, yang pernah menjadi protege Jaclyn Victor.
Bagaimanapun, ketika menyertai program itu Erul tampil secara berkumpulan menerusi kumpulan Evo.

Tidak hanya menampilkan bintang realiti, AF9 turut memperkenalkan adik bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Nur Haidir Muhd (Kay), 22.

Selepas lima kali percubaan bermula musim kelima, tahun ini nasib menyebelahi Kay apabila diterima sebagai keluarga AF9.

Selain itu, Afif mempunyai tali persaudaraan dengan pelakon kacak, Kamal Adli yang muncul dengan filem Kembar Siang.

Melengkapkan kuota enam pelajar lelaki AF9 ialah Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 18, dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 20.

Manakala, pelajar wanita terdiri daripada Lenaber Haidir (Lena), 20, Zulaika Zahari (Laika), 22, Nur Atiqah Shaffudin (Eka), 21, Roshammizah Rosli (Miza), 27, Nur Suhada Jebat (Aida), 18 dan Queennera Francine Francis Kitingon (Nera), 19.

Lebih menarik, semua peserta AF kali ini mempunyai ciri khas suara yang unik serta personaliti tersendiri.

Pada majlis sama, barisan tenaga pengajar turut diperkenalkan. Mereka ialah Syafizawati dan Ning Baizura yang mengendalikan vokal, Adlin Aman Ramlie (seni persembahan), Fatimah Abu Bakar (guru bahasa Inggeris dan motivasi) dan Aris sebagai guru tari.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2