NUFFNANG ADS

Tuesday, March 15, 2011

Sarah Ali Muncul Dilayar Lebar..



Pengarah muda Ahmad Idham sedang sebuk mengarah filem barunya berjudul Jangan Pandang-Pandang di Tasik Kenyir, Terengganu.

Perjalanan penggambaran produksi Excellent Pictures yang masuk hari ke-18 itu, wartawan sempat juga merakamkan wajah mulus pelakon baru Sara Ali, yang bakal menjadi ratu filem sepanjang tahun ini.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon bermula Mac tahun lalu sehingga hari ini, Sara telah berlakon sebanyak enam buah filem iaitu Sesuatu Yang Tertinggal, Klip 3GP, Penunggu Istana, Nur Kasih The Movie, Songlap dan terbaru Jangan Pandang-Pandang.

Apa istimewanya Sara sehingga dia berjaya menawan hati ramai pengarah dan penerbit filem tempatan? Dia bukanlah orang yang bercita-cita besar dalam bidang seni, kerana dia terjebak dalam dunia lakonan disebabkan tuah di laman sosial Facebook.

Berbual dengan Sara Ali, gadis berusia 21 tahun yang berbadan kecil molek dan bermata galak itu nyata seorang yang agak menarik. Sekali pandang, karakternya tidak ubah seperti aktres terkenal Sharifah Amani, namun dia ada keistimewaannya yang tersendiri.

Katanya, dia merupakan seorang pelakon gerila kerana terjun dalam bidang lakonan secara tiba-tiba dan melakukan pekerjaan itu tanpa henti sejak ditawarkan menjadi pelakon di Facebook.

“Saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku dalam hidup saya hari ini. Dulu saya seorang penonton filem, sekarang saya pula yang ada dalam filem.

“Kemunculan saya secara tiba-tiba tanpa dirancang, saya sendiri tidak sangka akan jadi pelakon dan tidak pernah berhasrat untuk berlakon. Tetapi bila sudah berlakon, perasaan seronok itu mula hadir dan menyebabkan saya mula berlakon tanpa henti,” jawabnya.

Walaupun telah bergelar selebriti dan profilnya lebih hebat daripada pelakon yang lebih senior, akui Sara dia belum dapat menikmati sepenuhnya status barunya itu.

Ini kerana, belum ada satu pun filemnya ditayangkan di pawagam. Paling hampir, filem Penunggu Istana yang akan ditayangkan pada April dan Nur Kasih The Movie pada Mei depan.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2