NUFFNANG ADS

Saturday, March 5, 2011

30 Cent kumpulan tiga kupang

GRUP 30 Cent dari kanan, Hilmi, Seri, Farid dan Azfa. Mereka bergabung atas kecintaan terhadap muzik sehingga melahirkan dua buah single, Aiman dan Mat Rempit.



BAND 30 Cent agak baru dalam industri seni tempatan, namun pengalaman mereka dalam bidang muzik melebihi usia band itu sendiri.

Empat orang ahli yang melengkapkan band itu terdiri daripada Seri Ismail, 33, atau Seri selaku penyanyi, Hilmi Sulaiman, 32, (Helmi/gitar), Azfa Samsudin, 30, (Affa/dram) dan Mohd. Farid Hamdan, 37, (Farid/bass).

Mereka merupakan ahli daripada beberapa buah band lain sebelum bergabung membentuk 30 Cent.

Diketuai oleh Farid, band ini sebenarnya ditubuhkan ketika mereka menyertai TM Got Talent 2010.

Selepas menjuarai pertandingan itu, mereka memilih untuk lebih serius, tambahan bakat mereka juga mendapat perhatian oleh majikan sendiri, Telekom Malaysia Bhd. (TM).

"Awalnya 30 Cent bermula tanpa Seri. Setelah menang pertandingan TM Got Talent, kami perlukan seorang vokalis yang mempunyai suara yang bagus.

"Saya sudah lama mengenali Seri kerana kami menyanyi di kelab Shah Alam bersama-sama, dan semua merupakan kakitangan TM," ujar Farid lagi.

Menceritakan bagaimana mendapat nama 30 Cent, jelas Farid, ia sebagai simbolik kepada usia mereka yang masing-masing dalam lingkungan 30-an.

Sedikit berusia tetapi itu tidak menggentarkan mereka untuk bersaing dengan band-band yang ahlinya lebih muda dan lincah.

"Persaingan tetap ada tetapi orang tetap akan meminati sesebuah lagu jika sedap didengar dan menyentuh hati mereka," ucap Helmi.

Band 30 Cent kini telah mengeluarkan dua lagu single ciptaan Farid sepenuhnya yang berjudul Aiman dan Mat Rempit.

Lagu Mat Rempit yang berkisar kepada nasihat dan kehidupan penunggang motosikal dipilih sebagai lagu kempen program Ride It Right anjuran Penzoil dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Disember lalu.

Bagaimanapun, lagu berkenaan tidak dinyanyikan Seri sebaliknya oleh Black Mentor manakala tajuk lagunya diubah kepada Tunggang Jangan Tunggang-Langgang.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2