NUFFNANG ADS

Wednesday, March 16, 2011

Pelakon Eira bercinta dengan Azad ?



EIRA SYAZIRA, si gadis lemah lembut ini lebih suka bercerita mengenai karier berbanding kisah cintanya bersama pelakon Azad Jazmin. Dia mengaku bercinta, namun kata Eira, untuk beberapa waktu terdekat ini, dia belum punya apa-apa perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Selebihnya, Eira tidak berani untuk bercakap banyak.

Dia merasa ceria apabila ditanya tentang perkembangan karier. Terutama tentang trademark ‘minah air mata’ buat dirinya yang sudah sinonim. Eira tersenyum saat diajukan soalan itu, malah dia agak bersetuju apabila diberi jolokan seperti itu.

Bagi Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, mengalirkan air mata semasa bersandiwara di hadapan lensa kamera bukan perkara mudah untuk dilakukan oleh seorang pelakon kerana ia memerlukan mereka menghayati watak yang diberi dengan mendalam.

Benar, ia bukan mudah. Tetapi bagi Eira, dia sudah terbiasa dengan watak sedemikian. Malah akuinya, selepas 10 tahun menjadi pelakon, dia menerima baik jolokan dramatis air mata yang diberikan kepadanya oleh para peminat.

Sementelah katanya lagi, memang banyak penerbit dan pengarah memberi kepercayaan kepadanya untuk memainkan watak seperti gadis teraniaya dan memerlukan dia bermain dengan emosi sehingga mengalirkan air mata.

“Sebenarnya penerbit dan pengarah drama kini sering menawarkan Eira watak sebegitu kerana kata mereka Eira telah sinonim dengan babak-babak air mata.

“Selain itu, peminat-peminat Eira juga sangat meminati lakonan Eira apabila tampil dengan watak mengalirkan air mata. Mereka juga terasa kesedihan itu dan turut menangis apabila menonton lakonan Eira,” ujarnya yang mengatakan dia ada bertanyakan pendapat peminat melalui laman web sosial Facebook dan Twitter miliknya.

Biar selesa dengan watak air mata, jauh di lubuk hatinya, Eira menyimpan hasrat untuk keluar daripada kepompong air mata. Sebaliknya dia teringan mencuba karakter antagonis bagi menguji kemampuan diri sebagai pelakon sejati.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2