NUFFNANG ADS

Tuesday, March 1, 2011

Nor Fauziah: Cerewet bukan besar kepala




MUNCUL tanpa solekan untuk watak Norjinah, karakternya dalam siri rantaian Trilogi Cinta yang ditayangkan bermula awal Januari lalu di saluran TV1, benar-benar memberi impak kepada pelakon yang kian mekar bunganya, Nor Fauziah Mohd. Gous.

Dia yang lebih dikenali sebagai Fouziah Gous pernah sekali menepis label tangkap muat kerana menerima tawaran berlakon dalam apa jua drama dan filem yang menyapanya. Si manis berambut panjang mengurai ini bagaimanapun terus-terusan membuat penampilan untuk pelbagai watak.

Lakonan mantapnya dalam drama terbitan Suhan Movies yang bergandingan dengan Rosyam Nor mengakui watak perempuan yang baik, lemah-lembut serta mudah menjatuhkan air mata itu sangat mencabar.

Fouziah yang ditemui di Garden Cafe, One Utama baru-baru ini, berkata, membawa karakter baik jauh lebih susah berbanding membawa watak jahat seperti mana yang dilakonkan di dalam drama rantaian slot Seram, TV3, Mantera Anjasmoro yang bakal ditayangkan Mac nanti.

"Untuk membawa watak baik sangat susah kerana yang penting emosi kita tak boleh terganggu. kalau tengah penat atau marahkan orang lain, kita kena rileks dulu, ambik nafas supaya tidak terbawa-bawa kemarahan kita di set.

"Malah intonasi suara juga perlu dikawal, takut nanti tanpa disedari tercakap kasar sedangkan karakter yang dibawa itu seorang yang lemah lembut dan penyayang," katanya yang terpaksa berkorban masa selama empat bulan untuk menyiapkan drama tersebut.

Walaupun di awal penerbitan drama rantaian yang diadaptasi daripada kombinasi tiga novel popular daripada penulis yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Abu Salem, Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi itu diawal penerbitannya, drama rangkaian 40 episod itu banyak diperdebatkan sebelum dipersetujui pihak RTM.

Selain itu, kekangan masalah kewangan menyelubungi Suhan Movies apabila drama yang turut dilakonkan oleh Amyza Adnan itu menelan kos RM1.6 juta.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2