NUFFNANG ADS

Thursday, March 17, 2011

Konsert Silatulrahimi Aznil

Aznil bersama anaknya, Firdaus yang lincah bermain tabla mengiringinya untuk lagu Cari Jodoh daripada kumpulan Wali Band.




“Saya tahu saya bukan penyanyi, tapi Alhamdulillah, ramai peminat yang datang menyokong. Itu yang buat saya sangat terharu,” kata Aznil pengacara yang tersohor Akademi Fantasia
sambil mengesat air mata.

Menurutnyai, konsert malam itu memang tidak sempurna. Masalah teknikal seperti bunyi dan mengaku vokalnya juga tidak menyerlah, namun apa yang membanggakannya, peminat tetap setia, tidak seinci berganjak hanya untuk memberi sokongan kepadanya.

Sokongan padu tersebut telah membuat dia terfikir jika mempunyai peluang, dia tidak menolak konsert yang diadakan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur anjuran RYE Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Astro itu dibawa jelajah negara bagi mendekati lebih ramai peminatnya.

“Insya-Allah jika ada kepercayaan dan permintaan daripada peminat, mungkin saya boleh melakukan konsert jelajah. Hanya, ia akan menjadi konsert jelajah berbayar, bukan percuma. Sebagai seorang hos yang membuat konsert, saya tidak mahu mengajar orang menonton konsert percuma kerana ia akan menutup periuk nasi barisan penyanyi kita,” katanya bersungguh-sungguh.

Namun yang lebih bermakna pada malam konsert berdurasi lebih dua jam itu adalah tanpa sedar, Aznil sekali lagi telah mencipta rekod tersendiri apabila dia berjaya mengumpulkan seisi keluarga untuk berkumpul bersama-sama memberi sokongan kepadanya.

Ia jelas dapat dilihat apabila kebanyakan penonton yang hadir, datang bersama keluarga besar termasuk anak-anak kecil.

Aznil sendiri buat julung kalinya mendedahkan keluarga besarnya kepada umum pada malam tersebut. Menurut Aznil sengaja dia membawa seisi keluarga kecuali ibunya kerana sedang uzur, hadir ke konsert tersebut.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2