NUFFNANG ADS

Sunday, April 25, 2010

Lisdawati Nafi Berpisah Dengan Suami



“Berbuih mulut saya jelaskan setiap kali berdepan soalan sama seperti ini. Apa lagi yang mampu saya katakan. Demi Allah, saya percayakan suami dan kehidupan kami bahagia seperti hari pertama kami berkahwin dulu.

Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 (FFM16) itu yang dihubungi tidak melenting akan dakwaan seumpama itu.

Sebaliknya dengan intonasi tenang, bintang filem Santau itu sekeras-kerasnya menafikan segala khabar angin yang bertiup kencang itu.

Sebelum ini nama Fauzi pernah dikaitkan dengan isu ‘playboy’ dan kononnya berlaku kecurangan, tetapi dinafikan kedua-dua pasangan terbabit.

Terbaru, Fauzi sekali lagi dikaitkan dengan isu sama meskipun mempunyai dua anak iaitu Nur Aini Farhana, setahun 10 bulan, dan Nur Aina Fazneesya, lima bulan, sejak berumah tangga hampir tiga tahun bersama Lisdawati.

“Bukan sekali cerita seperti ini diajukan kepada saya. Malah, saya naik penat untuk bercerita mengenainya yang ada kalanya melangkaui kisah kerjaya saya. Hubungan saya dan suami berada pada fasa kebahagiaan.

“Tidak sesekali saya mempercayai segala gosip atau spekulasi yang timbul kerana ia tidak berasas dan lebih berbaur cemburu.

“Saya ingin mencabar sesiapa saja yang menjaja cerita busuk seperti ini supaya tampil ke depan, bersemuka dengan saya lengkap bersama bukti sahih. Jangan hanya pandai membawa cerita semata-mata,” katanya.

Aktres kelahiran Kuala Lumpur berusia 31 tahun itu tidak menolak kemungkinan wujud unsur cemburu dan dengki terhadapnya atau suami sehingga cuba meruntuhkan kebahagiaan mereka.

Melihat spekulasi yang masih memperkatakan isu sama, Lisdawati yang sebelum ini pernah menjadi juara Sehati Berdansa bersama Fauzi hanya reda dan terus berdoa untuk dikuatkan semangat.

Dia berkata, tiada siapa mampu menghentikan orang daripada terus bercakap.

“Yang wajib dijadikan panduan adalah sikap optimis terhadap suami dan kekal percaya dengan hubungan cinta kami. Bukan mahu berdiam diri atau berlakon tidak tahu menahu, namun saya sudah selidik dan ternyata ia hanya omong kosong yang cuma ingin mengeruhkan keadaan."

Pasangan yang diijabkabulkan pada 9 September 2007 itu bermula daripada perkenalan di set penggambaran.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2