NUFFNANG ADS

Tuesday, March 6, 2012

Linda Jasmine hamil anak ke 2




Tahap kesihatannya Linda Jasmine.kini kurang menentu. Dia tidak sedap badan ekoran beberapa kali terjatuh di atas pentas sewaktu hadir memantau perkembangan produksinya sepanjang tiga minggu latihan dijalankan sebelum ia dipentaskan selama tiga malam berturut-turut pada minggu lalu.
.
Bagaimanapun, Linda yang tidak lokek menguntum senyum masih sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemu bual.

“Pembawaan bayi kali ini paling memenatkan! Penat yang lain macam berbanding sewaktu mengandungkan Qhalif dan Ratu dulu,” ujar Linda membuka cerita.

Berbicara lebih lanjut mengenai usia kandungannya yang kini hampir mencecah usia tujuh bulan, kata Linda dia dijangka melahirkan bayi yang sudah disahkan jantinanya perempuan itu pada 1 Mei ini.
“Saya memang mahukan seorang bayi perempuan, jadi sudah tentu selepas membuat imbasan jantina bayi sewaktu berusia lima bulan, saya cukup gembira apabila mendapat tahu saya bakal melahirkan seorang lagi bayi perempuan,” katanya penuh gembira.

Apabila ditanya tentang pemilihan nama bakal bayi perempuannya itu, wanita yang berusia 40 tahun itu mengaku sudah memilih nama untuk anaknya itu, tetapi kata Linda biar ia menjadi rahsia terlebih dahulu. Ulasnya ringkas: “Nama sudah ada tapi biarlah rahsia dulu, nanti tak ada kejutan.”


“Saya lebih mementingkan tentang cukup minum air, makan vitamin dan makan makanan seimbang selain melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan saya sekarang,” dedah Linda.

Kemudian sewaktu ditanya mengenai diet yang diamalkan selaku juru latih tarian profesional, dia menegaskan bukan individu yang sesuai untuk bersoal jawab mengenai penjagaan kesihatan yang sempurna.
“Kadang-kadang, saya mengamalkan diet melampau kalau mahu kurus, tapi itu dulu sekarang tidak lagi.

Malah saya akui, ketika awal proses kehamilan, saya ada juga menari. Sekarang apabila tengok budak-budak menari terasa gian juga, cuma untuk keadaan sekarang, saya perlu berehat dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan kami berdua,” jelas Linda lagi.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2