NUFFNANG ADS

Monday, March 5, 2012

Tuduhan Liar: Lisdawati percayakan Fauzi



Semenjak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu, jarang sekali mendengar badai melanda perkahwinan pasangan pelakon, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Jika ada sekali pun, ia melibatkan cerita-cerita negatif beberapa pihak yang seolah-olah sengaja memburukkan nama Fauzi dengan mengaitkannya dengan isu video lucah, mempunyai hubungan sulit dan beberapa cerita negatif lain.

Biarpun begitu, si isteri tetap meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap suami dan menganggap perkara yang berlaku sebagai fitnah orang luar yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka.

Tidak berhenti setakat itu, Fauzi baru-baru ini pula dikatakan mengugut untuk mencederakan seorang pengurus produksi dan rakannya yang didakwa masih belum melangsaikan hutang dengan pelakon itu.

Masih lagi berdiri kukuh di sebelah suami, Lisdawati atau mesra disapa Lisda tampil memberikan penjelasan mengenai hal tersebut.

Menurutnya, Fauzi tidak mengeluarkan kata-kata mengugut sebaliknya hanya meminta hak yang sepatutnya diberikan.

“Sebenarnya sebelum berjumpa dengan pengurus produksi berkenaan, saya ada menemani suami untuk membuat laporan polis mengenai hal penipuan itu.

“Tambahan pula, kami mendapat tahu bukan hanya Fauzi sahaja yang ditipu, malah sebelum ini sudah ramai artis lain yang terkena,” katanya sambil memberitahu si pengurus produksi cuba melarikan diri dengan tidak membalas mesej dan mengangkat panggilan telefon.

Apabila diajukan mengenai hal rumah tangganya yang baru-baru ini kerap dilanda kontroversi, Lisda menganggap perkara itu sebagai dugaan buat mereka suami isteri.

“Kami tidak pernah berniat untuk sengaja cipta kontroversi. Malah, apa yang berlaku adalah ujian untuk kami lebih rapat. Saya percaya dia kerana saya sentiasa ada bersamanya dan kami bahagia bersama,” ujarnya lagi.

Malah menurut Lisda, hubungan mereka bersama anak-anak; Nur Aini Farhana, 4, dan Nur Aina Fazneesya, 3, juga tidak terganggu kerana masalah itu.

“Saya cukup gembira melihat perkembangan Farhana yang kini begitu petah bercakap. Kami telah menghantar dia ke pra sekolah sebagai persediaan awal. Malah, Fauzi juga gemar melayan Farhana yang mempelajari bahasa Cina di sekolah,” katanya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2