NUFFNANG ADS

Saturday, March 10, 2012

Zainal Abidin lahirkan 'Kamu'




Penyanyi Zainal Abidin tampil dengan single terbarunya berjudul, Kamu ciptaan lagu dan lirik oleh Ajai.

Mengaku begitu selektif dalam memilih lagu terbaik, penyanyi berusia 53 tahun ini, mengambil masa lama memikirkan lagu yang tepat bagi menjadi single pengenalan buatnya selepas muncul dengan album Puteri pada 2004.

Menyifatkan lagu Kamu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang kekal menemaninya sepanjang 30 tahun berada dalam industri muzik, bekas penyanyi Headwind ini merasakan lagu itu sebagai satu penulisan dan perubahan terbaik yang pernah dinyanyikan.

“Lagu Kamu dihasilkan khas untuk peminat saya yang sekian lama ternanti-nanti kemunculan album baru saya. Malah apabila saya pergi ke mana-mana, peminat pasti bertanyakan album baru.

“Jadi, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang membesar bersama muzik saya dan setia menemani saya selama ini, lagu Kamu didedikasikan khas untuk mereka,” katanya yang cukup berpuas hati dengan hasil kerja Ajai dalam menghasilkan lagu tersebut.

Ketika ditemui di majlis memperkenalkan single terbarunya di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, Zainal yang tampil segak dengan kemeja putih memberitahu, dia sendiri meminta Ajai menghasilkan lagu bagi dimuatkan dalam album terbarunya, memandangkan komposer itu mengetahui kekuatan vokal dan kecenderungannya pada muzik. Tambahan pula, Ajai juga merupakan peminat Zainal sejak penyanyi itu bersama kumpulan Headwind lagi.

“Memandangkan dia (Ajai) tahu minat saya dalam muzik dan mengikuti perkembangan saya sejak bersama Headwind lagi, jadi kami tiada sebarang masalah dari segi mencipta keserasian kerana masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan.

“Lebih-lebih lagi, kami berdua adalah orang yang teliti dalam melakukan sesuatu kerja. Justeru itu, kami begitu mengambil berat soal susunan lagu dan lirik,” katanya yang mengambil masa dua bulan duduk berbincang dengan Ajai.

Menurut Zainal, pada peringkat awal sebelum bekerjasama dengan komposer itu, berlaku sedikit kesukaran untuk Ajai kerana dia ada berpesan supaya tidak memasukkan unsur cinta di dalam album barunya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2