NUFFNANG ADS

Sunday, January 5, 2014

Pelakon Nisha Dirr selamat bertunang


Selepas tiga tahun menjalinkan hubungan, pelakon Nisha Dirr, 30, akhirnya selamat melangsungkan pertunangan dengan Edi Khusyairi Ab. Kadir, 34, di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur petang tadi.

Pada majlis itu, Nisha atau nama sebenarnya, Nik Shahri'ah Nik Dir menerima sebentuk cincin emas putih yang disarungkan oleh bakal mertuanya, Datin Norizan Abd. Manaf.

Nisha berkata, walaupun dia dan Edi merancang tarikh pertunangan tersebut kira-kira dua minggu yang lalu, kesudian beberapa pihak yang ingin memberikan tajaan sedikit sebanyak membantu melancarkan majlis yang berlangsung secara sederhana itu.

"Kami berasa sungguh bersyukur kerana diberi tajaan walaupun keputusan untuk melangsungkan majlis petunangan ini dibuat pada saat-saat akhir.

"Alhamdulillah, tempoh dua minggu itu berjaya digunakan untuk merealisasikan majlis pertunangan kami pada hari ini," ujarnya kepada pemberita selepas selesai majlis itu.

Mengulas lanjut Nisha memberitahu, dia dan Edi mengikat tali pertunangan selama setahun sebelum melangsungkan majlis pernikahan.

"Saya dan Edi begitu sibuk dengan jadual kerjaya masing-masing.

"Justeru, tempoh itu akan saya gunakan untuk membuat persiapan majlis perkahwinan sebaiknya," ujarnya lagi.

Pada majlis itu, Nisha turut menerima lima dulang hantaran dan di balas tujuh kepada pihak lelaki.

Antara hantaran yang diterimanya termasuklah telekung dan sejadah, manisan dan biskut.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2