NUFFNANG ADS

Thursday, January 2, 2014

'Suatu hari nanti saya masuk Islam' - Akui Stacy

Lima tahun bersama penyanyi Akim Ahmad dengan pengakuan kepada peminat bahawa mereka sekadar kawan rapat, Stacy disoal mengenai perancangannya pada tahun 2014.

Dia juga disoal tentang fasa hubungannya bersama Akim serta kesediaannya menganut agama Islam andai dia jadi berkahwin dengan Akim kelak.

"Isu agama agak sensitif untuk dikatakan. Namun, saya percaya agama merujuk pada satu Tuhan. Saya tidak boleh komen lanjut mengenainya kerana ingin menjaga hati keluarga.

"Namun, jika pada suatu hari nanti saya masuk Islam, ia adalah atas kehendak hati bukan kerana cintakan dia (Akim)," ujar pemilik nama penuh Stracie Angie Anam usai mengadakan persembahan bersama kumpulan KPop Indonesia, SM*SH di Wisma Bentley, Petaling Jaya.

Mengakui Akim banyak bercerita tentang agama Islam setiap kali mereka berjumpa, luah Stacy, sedikit sebanyak dia mulai memahami dan kagum dengan agama tersebut.

Pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam sejak memasuki Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan juga selepas enam tahun bergelar penyanyi turut mendedahkannya mengenai agama Islam.

"Dulu semasa di kampung halaman di Kota Kinabalu, pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian.

"Namun, selepas masuk AF dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya hormat dengan komuniti di sini terutama cara-cara Muslimah berpakaian.

"Sejak itu, hati saya mula terbuka untuk memahami dan mendalami mengenai agama ini dengan lebih mendalam," ujarnya yang turut memberitahu ada dalam kalangan adik-beradiknya yang sudah menganut agama Islam selepas berkahwin.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2