NUFFNANG ADS

Tuesday, November 5, 2013

Adam, Fatin nikah 21.12.13


Laman sosial Instagram, kelihatan pelakon muda, Fatin Nur Afifah Shamsudin yang dahulunya pernah popular menerusi filem Tentang Bulan, bersama Adam Shah, secara terbuka berkongsi kisah hidup mereka.

Foto-foto yang dimuat naik tersebut sudah cukup menceritakan kisah dua pelakon ini yang mereka kini sedang saling bercinta.

Ketika bertemu dengan mereka pada majlis pencalonan Anugerah Skrin 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini, pasangan kekasih tersebut hadir bersama.

Adam dan Fatin ternyata sudi berkongsi kisah gembira, malah mereka berterus terang tentang majlis pertunangan dan pernikahan mereka yang bakal berlangsung sekali gus pada bulan Disember ini.

Kata Fatin, Saya sudah lama kenal Adam sebelum dia mula berlakon dalam drama Juvana lagi, namun mula rapat dan bercinta pada awal tahun ini.

Ditanya bilakah kalian bakal melangsungkan pertunangan dan pernikahan?

Menurut Adam, Pada mulanya perancangan kami ingin bertunang terlebih dulu pada tarikh 21 Disember ini dan bernikah pada bulan April tahun hadapan. Namun, disebabkan oleh bapa Fatin yang akan berangkat ke luar negara atas urusan kerja, jadi kami awalkan pernikahan pada tarikh 21 Disember itu.

Setelah berbincang dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak kami akan melangsungkan pertunangan pada pagi hari tersebut disusuli majlis khatam al-Quran.

Majlis akad nikah pula pada sebelah petang selepas waktu Asar yang bertempat di rumah keluarga Fatin di Puchong.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2