NUFFNANG ADS

Saturday, November 23, 2013

Amy lebih berhati-hati mencari kawan


ROCKERS terkenal negara, Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman akan lebih berhati-hati memandangkan status muflis yang diterimanya ada kaitan dengan perbuatan khianat sahabat sendiri.

Amy menyifatkan perkara kawan makan kawan merupakan sesuatu yang serius dan tidak mahu ia berulang.

Menurutnya, perkara seperti ini banyak berlaku bahkan ada juga melibatkan saudara mara.

“Apabila kita mula menaruh kepercayaan yang tinggi kepada seseorang, kita akan terlupa untuk mengambil iktibar dan menyebabkan kita tertipu dan dikhianati tanpa disedari.

“Bagaimanapun, saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya yang kecewa dengan sikap rakannya itu.

Amy yang ditemui selepas sidang media konsert Destini mengesahkan status muflisnya seperti yang didakwa, kira-kira dua bulan lalu.

“Dah tiba masa peminat saya harus tahu apa yang berlaku. Sebelum ni tak ada siapa pun tahu cerita sebenar. Malah, kawan-kawan saya pun tak pernah tahu tentang perkara ini,” kata Amy setelah lama berdiam mengenai isu dirinya yang didakwa muflis.

Dalam pada itu, Amy yang mengakui dianiaya sahabat baik sendiri menjelaskan perkara sebenar menyebabkan dirinya menjadi mangsa keadaan.

“Saya dah ampunkan dia. Terpulang kepada dia untuk selesaikan kes ini. Buat masa ini, dia memang langsung tidak berjumpa saya.

“Selama ini saya menyimpan seorang diri tetapi sekarang perlu berterus terang kerana peminat perlu tahu perkara sebenar.

“Sekarang, saya sedang mengumpulkan butiran lengkap berkaitan penganiayaan saya dan sudah mula berbincang dengan peguam. Saya akan mengadakan sidang media berkaitan perkara ini nanti,” katanya.

Sementara itu, Amy turut menganggap perkara yang berlaku merupakan satu daripada pengalamannya dalam mengharungi suka duka kehidupan sebagai anak seni.

“Saya tak tertekan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan. Perkara dugaan seperti ini perlu dilalui oleh semua orang. Saya rasa ramai orang melalui saat bankrap seperti saya. Dan perkara itu tidak menjadi masalah. Saya biasa saja. Asalkan tuhan beri saya kesihatan boleh bangun, sihat, berjalan, menyanyi seperti biasa dan boleh mencari rezeki untuk keluarga, itu sudah baik.

“Saya percaya, akan dapat selesaikan perkara ini dengan izin ALLAH,” katanya yang mengakui pengisytiharan muflis itu tidak sedikit menjejaskan karier seninya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2