NUFFNANG ADS

Monday, November 18, 2013

Fasha Sandha amal 'jaga pantang'


PELAKON Fasha Sandha mendedahkan dia mengamalkan nasihat dan pantang larang yang diberikan ibunya, tatkala terlibat dengan penggambaran di kawasan hutan atau di rumah kosong.

Dek kerana menjaga pantang atau menjaga tatatertib, akui Fasha dia bersyukur kerana tidak pernah mengalami apa-apa gangguan pelik atau gangguan makhluk halus dari mula penggambaran hingga akhir.

“Penanggal adalah filem seram kedua saya selepas Gong. Alhamdulillah dari Gong sehingga ke Penanggal saya tidak pernah mengalami peristiwa misteri atau mistik.

“Ini kerana saya mengikut pesanan mak saya iaitu minta izin dan jaga tatatertib. Jadi bila sepanjang di dalam hutan, apa saja yang saya buat saya akan minta izin kerana kita pergi ke tempat orang.

“Dalam hutan, pokok-pokok semuanya hidup, tanah pun hidup. Biasanya saya akan cakap:  ‘Saya minta izin. Saya datang sini nak bekerja. Tolong jangan ganggu saya.’ Saya pastikan, tisu pun saya tak buang merata-rata,”  katanya ketika ditemui pada malam previu Penanggal, di e@Curve, baru-baru ini.

Penggambaran Penanggal dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak pada Disember 2011. Ketika itu hanya beberapa bulan saja lagi sebelum Fasha berkahwin dengan Rizal Ashram (Jejai).

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2