NUFFNANG ADS

Wednesday, November 20, 2013

Majlis cukur jambul diganti majlis khatam al-Quran


PELAKON dan juga pengarah, Farid Kamil Zahari, 32, berkata dia tidak bercadang mengadakan majlis cukur jambul buat anaknya, dan majlis itu akan digantikan dengan majlis khatam al-Quran oleh isterinya, Diana Danielle.

Farid berkata, dalam majlis tersebut, dia juga akan memperkenalkan anaknya yang dikenali dengan nama Muhammad kepada umum.

Bagaimanapun jelas Farid, dia masih menunggu waktu yang sesuai untuk membuat majlis tersebut kerana Diana masih lagi dalam proses menghabiskan beberapa juzuk al-Quran.

“Ia memakan sedikit masa untuk Diana belajar disebabkan dia sedang mempelajari bacaan al-Quran.

“Jadi majlis tersebut mungkin tidak diadakan dalam waktu terdekat ini.

"Untuk Muhammad pula tiada majlis cukur jambul, tetapi akan diadakan majlis akikah buatnya. Kiranya dua majlis dalam satu masa,” katanya.

Farid berkata, dia tidak mahu memaksa isterinya mempercepatkan proses itu, bagi memastikan perjalanan majlis itu akan sempurna seperti yang dirancang.

“Saya tidak mahu memaksanya, cukup dia teruskan niat untuk belajar dan khatam al-Quran itu sudah cukup baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farid mengakui teruja melihat anak mereka membesar di depan mata dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada zuriat itu walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2