NUFFNANG ADS

Tuesday, April 29, 2014

Adam AF Lafaz talak satu jam 1.05 tengah hari

Tinggal kenangan...

Selepas beberapa kali menafikan berlaku keretakan rumahtangga, penyanyi dan pelakon terkenal, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite akhirnya sah bercerai secara fasakh dengan suaminya, Adam AF sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah di sini (kemarin-Isnin)

Lafaz itu dibuat oleh Adam pada jam 1.05 tengah hari dihadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.

Sebelum itu, Fiza mengemukakan permohonan lisan agar prosiding dijalankan secara tanpa kehadiran wartawan.

"Saya seorang 'public figure' dan tidak mahu masalah rumah tangga diketahui awam," katanya.

Adam kelihatan sebak manakala Fiza yang memakai jubah dan selendang hitam kelihatan tenang.

Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan.

Perkahwinan yang berusia tujuh bulan ini merupakan yang kedua bagi Fiza.

Sebelum ini, bekas penyanyi kumpulan Elite itu bercerai dengan Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2