NUFFNANG ADS

Tuesday, April 15, 2014

Isu tudung: Raja Azmi tak kisah dikritik

Penerbit Raja Azmi sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu.”

Kenyataan yang dikeluarkan pada satu temu bual dalam sebuah program hiburan mengenai kesediaannya bertudung selepas menunaikan umrah baru-baru ini telah menerima pelbagai reaksi negatif.

Ada yang beranggapan, kenyataan Raja Azmi yang juga selesa dipanggil Kak Mi itu sebagai kurang waras dan cetek ilmu agama.

Sementelah memakai tudung atau menutup aurat itu merupakan suatu kewajipan yang nyata untuk setiap wanita beragama Islam.

Perintah memakai tudung sememangnya jelas seperti yang dinyatakan dalam suruh An-Nur ayat 31 yang menyatakan setiap wanita beragama Islam mestilah bertudung meliputi dada dan kedua telapak tangan.

Ulama juga telah bersepakat bahawa isu pemakaian tudung merupakan perkara wajib seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis.

Namun, wanita berusia 55 tahun itu tetap dengan pendirian dan menegakkan kenyataannya sebagai tidak bersifat semborono.

Dia dengan tegas juga memberitahu lebih menitik beratkan soal solat lima waktu, berbanding memakai tudung atau menutup aurat.

" Saya tetap dengan pendirian saya, mungkin orang ramai salah faham berhubung isu tersebut.

" Pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu.

Adakah anda tidak bersedia untuk memakai tudung?

Saya telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai tudung. Namun, buat masa ini saya akan bertudung pada masa tertentu sahaja. Insya-Allah, saya berusaha untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit demi kebaikan saya.

Apakah tindakan yang diambil untuk kebaikan diri anda pada masa akan datang?

Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2