NUFFNANG ADS

Monday, March 14, 2011

Awie muncul sebagai 'LAT' dalam teater

AWIE



Untuk bertemu dan menemu bual Awie pada masa kini memang agak sukar. Jadual kerjanya terlalu padat sejak penghujung tahun lalu. Harus dikejar dengan tekun masa untuk duduk berbicara dengan lelaki ini.

Seperti petang Sabtu lalu, kami bertemu di 'rumah kedua'nya, Istana Budaya. Awie dan produksi LAT Kampung Boy The Musical sedang berkampung di bangunan gah itu untuk memastikan pementasan julung-julung kali teater yang mengangkat kisah hidup kartunis tersohor Datuk Mohd Nor Khalid (Lat) dipentaskan dengan sukses bermula esok malam sehingga 3 April di Panggung Sari, Istana Budaya.

Duduk di hadapan saya, Awie bertanya, apa sahaja yang ingin dibicarakan, ia dibalas dengan semua. Semua, tentang Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43 tahun. Tentang kerjayanya yang semakin tinggi di puncak. Tentang kehidupan peribadinya bersama isteri, Rozana Misbun serta lima cahaya matanya, Puteri Aleeya Antasha, Puteri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rizki dan Qasseh. Tentang kisah dirinya yang dilabel gangster, kaki perempuan serta jatuh bangun dia dalam industri.

Awie mengangguk faham dan sambil menikmati minum petang, kami mula berbicara. Bicara kami dibuka dengan keterujaannya membawa karakter hebat Lat. Mengaku pada awal menolak pelawaan produksi sebelum menerimanya kerana terpaksa, kini emosi itu bertukar menjadi bangga. Dia bangga dan rasa bertuah kerana akan mementaskan karakter seorang genius kartun Malaysia yang sepatutnya diangkat sejak dulu lagi.

"Saya akan menyesal jika saya menolak membawa watak Lat. Jujur, pada awalnya, saya tidak berasa takut. Tetapi kini, perasaan itu wujud selepas menyedari betapa besarnya pengaruh Lat bukan sahaja di Malaysia sebaliknya di mata dunia.

"Jika di Barat orang mengagungkan karakter kartun seperti Bart Simpson atau Archie, di Malaysia kita ada Lat. Sebab itu bila saya perasan tentang pengaruh Lat, saya jadi takut. Tapi Insya-Allah saya akan memberi yang terbaik untuk pementasan ini," katanya penuh teruja.

Untuk menguasai Lat dalam versinya, Awie memberitahu dia mengkaji karakter tokoh kartunis itu dalam kesempatan bertemunya. Namun kata Awie, dia tidak boleh 100 peratus menjadi Lat, tetapi apa yang boleh dijanjikan anak kelahiran Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur ini adalah dia akan menghembuskan roh Lat di dalam jasad Awie apabila naik ke atas pentas kelak

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2