NUFFNANG ADS

Thursday, March 24, 2011

Yahya Sulong tetap tidak dilupakan

Diantara rakan-rakan artis yang sudi melawat Pak Yahya dikediamannya.



DULU kita pernah disajikan dengan keletah pelawak dan pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong yang membuatkan seisi keluarga bergelak ketawa apabila menontonnya di kaca televisyen mahupun layar perak.

Namun, kini setelah usia semakin meningkat, kesihatannya juga terjejas menyebabkan Yahya atau lebih mesra dipanggil Pak Yahya, 84, tidak dapat lagi menyumbang tenaga kepada industri seni yang pernah menjadi sumber rezekinya suatu ketika dahulu.

Aktor veteran yang sedang uzur ini sedang menderita penyakit seperti asma, sakit jantung dan sukar bernafas yang membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke hospital.

“Sudah tiga kali Pak Yahya dimasukkan ke hospital dan ini pun dia baru keluar. Kesihatannya semakin terjejas. Kadangkala Pak Yahya menjadi pelupa dan berperangai seperti kanak-kanak semula,” jelas isterinya, Datin Alisah Ali, 64, yang setia bersengkang mata demi menjaga suami tersayang.

Jika sebelum ini Pak Yahya menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri, namun disebabkan berhadapan dengan masalah kewangan, Pak Yahya terpaksa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berdekatan dengan rumahnya.

Bagi meringankan beban kewangan yang dialami Pak Yahya, Biro Pemuzik Profesional, Persatuan Karyawan Malaysia yang dikelola oleh Aznan Alias telah bertandang ke rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyampaikan sumbangan.

Karyawan telah menyampaikan sumbangan berupa cek yang bernilai RM2,000 bagi menampung sebahagian perbelanjaan harian dan kos perubatan hasil daripada kutipan tabung Music Aid yang telah ditubuhkan setahun lalu.

“Kami memilih Pak Yahya sebagai penerima sumbangan ini kerana beliau juga dahulu merupakan seorang pemain drum yang disegani dan berbakat di sekitar tahun 70-an.

“Pak Yahya ialah penerima kesembilan yang mendapat sumbangan yang bertujuan untuk membantu pemuzik yang sedang dalam kesusahan dan tidak dapat membuat persembahan lagi,” jelas Aznan lagi. Turut hadir ialah Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez serta beberapa rakan artis yang termasuk Ayati Tasrip dan Ibnor Riza.

Pak Yahya yang terharu dengan sumbangan meluahkan: “Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sumbangan ini. Apabila sembuh kelak, insya-Allah saya mahu kembali menyumbang bakat kepada industri seni.”

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2