NUFFNANG ADS

Thursday, March 10, 2011

Tawaran hebat Sinar, Era FM

Majlis ramah mesra AMP Radio Network, Astro bersama media untuk memperkenalkan sembilan stesen radio di bawah naungannya baru-baru ini.



KEMUNCULAN begitu banyak stesen radio swasta semenjak sedekad yang lalu dilihat telah merancakkan industri muzik di negara ini. Ia telah memberi kelebihan kepada para pendengar yang mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih stesen radio yang dirasakan mampu memenuhi selera mereka.

Selain menyajikan lagu-lagu terkini dan diminati ramai, stesen-stesen radio swasta juga turut tampil dengan penyampai radio yang menampilkan gaya penyampaian yang lebih segar dan ceria.

Bagaimanapun, strategi untuk memikat pendengar tidak lagi bergantung kepada penyiaran lagu dan penyampai radio semata-mata. Kini, langkah terbaru yang diambil ialah dengan menganjurkan program dengan tawaran hadiah yang lumayan.

AMP Radio Network yang menjadi naungan kepada beberapa stesen radio swasta terkenal seperti Era FM dan Sinar FM turut tidak ketinggalan untuk menghasilkan program menarik untuk para pendengar.

Sinar FM yang kini merupakan stesen radio swasta nombor satu negara misalnya telah memperkenalkan program yang dikenali sebagai Perkataan Pertama Di Sinar.

Pengurus Program Sinar FM, Rostam Said berkata, program berkenaan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM75,000 yang boleh direbut oleh pendengar stesen radio tersebut.

Jelasnya, program yang berlangsung sepanjang bulan Mac itu hanya memerlukan pendengar mengingati perkataan pertama sesebuah lagu. Mereka hanya diberi 10 saat untuk memberitahu apakah bait pertama lagu yang akan diputarkan oleh penyampai.

“Sekiranya pendengar berjaya memberi jawapan tepat, sebanyak RM350 akan diberikan. Sekiranya gagal, jumlah wang tersebut akan dicampurkan dengan jumlah wang tunai di slot yang berikutnya.

“Selain itu, akan ada satu segmen bonus setiap hari dan para pendengar akan berpeluang untuk memenangi RM1,000 lagi sebagai tambahan pada RM350 yang diperoleh,” ujarnya.

Bagi Era FM pula, mereka turut tidak ketinggalan untuk menambat hati pendengar setia dengan memperkenalkan peraduan yang dikenali sebagai Aznil vs Muzik.

Menerusi peraduan yang bermula sejak 28 Februari lalu itu, para pendengar berpeluang untuk memenangi hadiah harian berupa produk Singer bernilai RM2,000 setiap hari.

Untuk menyertainya, para pemanggil perlu menjadi pemanggil pertama dan kemudian mereka dikehendaki menjawab soalan sama ada berkaitan tentang diri Aznil atau muzik.

Selain Sinar FM dan Era FM, stesen radio swasta yang turut bernaung di bawah AMP Radio seperti My FM, Hitz FM, Mix FM, X FM, Lite FM dan THR FM turut menganjurkan program menarik mereka untuk pendengar setia.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2