NUFFNANG ADS

Wednesday, March 9, 2011

Suami Zakiah Anas enggan cerai



PETALING JAYA: Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas enggan menceraikan isterinya walaupun dinasihat berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib, 49, memberitahu mahkamah dia bertindak demikian kerana masih sayangkan keluarga dan anak-anaknya. Hakim Syarie Ghazali Ahmad kemudian menegaskan, nasihat yang diberikan termaktub dalam undang-undang syariah mengikut Seksyen 47(14) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

"Ini prosedur, orang dah failkan. Mahkamah ada langkah-langkah yang harus diikuti. Saya nasihat mengikut undang-undang, bukan atas kehendak sendiri," kata Ghazali.

Beliau menetapkan 11 April depan untuk Zakiah dan Mohamad Yusof berbuat demikian.

Zakiah yang hampir 20 tahun menjadi pengacara di TV3 mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Yusof kira-kira 15 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata, Aiman Muzammil, 11, dan Amir Muzhaffar, 9. Zakiah memfailkan permohonan cerai secara baik pada 31 Oktober 2008 sebelum menukarnya kepada permohonan cerai fasakh dan kemudian permohonan cerai taklik sebelum menarik semula semua permohonan itu pada 1 September 2009.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2