NUFFNANG ADS

Saturday, March 12, 2011

Epik Melayu wajah Inggeris

MERONG MAHAWANGSA diangkat menjadi subjek malangnya disifatkan kurang jiwa oleh penonton.



EPIK Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terletak kepada mitos dan separuh sejarah. Ramai menanti-nantikan HMM untuk beraja di panggung-panggung berikutan cakap-cakap yang mendakwa ia epik blockbuster yang terhasil daripada kos jutaan ringgit. Filem itu mewah dengan CGI (imej janaan komputer) di bawah pimpinan Yusry KRU selaku pengarah.

Walaupun ia sebuah epik Melayu, HMM ialah sebuah filem Melayu yang bercita rasa tinggi. Ia mempertaruhkan Stephen Rahman Hudges sebagai Merong Mahawangsa. Hero kacukan Inggeris-Melayu itu mencipta nama sebagai Hang Tuah dalam pementesan teater Puteri Gunung The Ledang The Musical (PGLTM).

Kemudian muncul juga nama-nama seperti Gavin Stenhouse yang berasal dari Britain, Hendrik Norman (Sweden) dan Craig Fong.

Craig yang merupakan warga Australia pernah membintangi filem Spinning Gasing. Itu adalah tuntutan watak dan pilihan yang dibuat sangat munasabah.

Sifat mewah HMM berjaya menjadi faktor penarik, tambahan pula pelakon-pelakon hebat tanah air, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Jehan Miskin, Ummi Nazeera dan Khir Rahman mudah dijual sebagai pelakon berkarakter.

Ringkasnya penceritaan HMM mengambil watak Merong Mahawangsa sebagai pelayar tidak berumah tetapi mengaku berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.

Dia akhirnya dipilih sebagai pengiring Putera Marcus dari Rom untuk belayar ke satu pelabuhan tidak beraja untuk berkahwin dengan Puteri Maharaja China dari Dinasti Han.

Kepada pembaca hikayat, jangan cepat berharap untuk melihat kesaktian dalam HMM, kecuali keris Pak Kesum yang dikatakan mampu menikam tubuh Taji dan Kemawas yang tidak lut dek senjata. Tiada unsur sakti seperti burung Geruda atau Jentayu dalam filem ini, ia sebaliknya ditukar menjadi puak Geruda dan nama kapal milik Merong.

Barangkali HMM karya terbaik KRU Studios setakat ini dan filem ini wajar dibanggakan anak Melayu. Secara teknikalnya, warna, suasana purba beribu-ribu tahun lampau dan kostum yang digunakan, ia hampir-hampir tidak menunjukkan kecacatan. Di sebalik kemeriahan visual itu, HMM masih tidak boleh lari daripada kelemahan. Paling ketara, terjemahan emosi dan lenggok bahasa Melayu Merong (Stephen) adakalanya mengganggu fokus.

Nakalnya, Stephen layak secara fizikal tetapi gagal jiwa untuk menangkap emosi penonton sebagai pemerintah ulung. Dibandingkan dengan Khir Rahman sebagai Kamawas, Stephen tetap kalah. Ramai penonton pulang dengan dialog Kemawas berbanding dialog yang terletus oleh Merong selaku subjek cerita.

Bagaimanapun, Ummi Nazeera yang naif sebagai Embuk mencuri perhatian.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2