NUFFNANG ADS

Friday, September 30, 2011

Juara Raja Lawak Nabil Sudah Punyai Isteri

NABIL dan isterinya, Nazirah Ayub ceria selepas majlis akad nikah mereka di Putrajaya semalam.



Juara Raja Lawak musim ketiga, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil semalam selamat diijabkabulkan dengan Nazirah Ayub di sini selepas mereka menjadi pasangan kekasih selama enam tahun.

Pernikahan tersebut sekali gus menutup kontroversi percintaan Nabil sebelum ini bersama pelakon, Irma Hasmie Ibrahim selain tersebarnya gambar-gambar intimnya bersama pelakon drama Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah, Qasha.

Tepat pukul 5.15 petang, dengan dua kali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM300, Nazirah, 23, sah menjadi milik Nabil, 28.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3.

Nabil menafikan perkahwinannya dengan Nazirah bertujuan untuk menutup kontroversi yang timbul sebelum ini berkaitan hubungannya dengan gadis lain.

“Kami kenal sudah lama iaitu enam tahun tetapi hanya enam bulan yang lalu, barulah hubungan kami menjadi lebih serius.

Thursday, September 29, 2011

Noraniza Idris kembali bergelar isteri



JOHOR BAHRU – Ratu Pop Etnik Noraniza Idris, 43 atau mesra disapa dengan gelaran Kak Ani semalam sah bergelar suri kepada bilal dari Singapura, Jefri Iman Hudi,52 dalam Program Kahwin-kahwin masyur 1Malaysia Negeri Johor di Plaza Angsana, di sini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak tepat jam 2.45 petang yang diwalikan abang Noraniza, Mohd Arshad, 56, dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran.

Kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih mutiara sedondon rekaan Eilla Faizshah dari Butik Busana Cinta@Ratu Cinta.

Detik bersejarah pasangan mempelai yang diadakan secara terbuka dan besar-besaran itu turut disaksikan ahli keluarga terdekat dan sahabat handai termasuk anak bujang Noraniza, Mohd Aliff Haiqal, 22, dan Mohd Alfeeq Haiqal, 17.

Persandingan kedua mempelai akan diadakan di tempat yang sama Sabtu ini dan dijadualkan dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan isteri baginda, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai diadakan sempena Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011 bersama dua pasangan lain dengan Noraniza adalah penganjurnya bersama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Gerakan Belia 4B, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, UDA Mall, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Juwein Ezain Bridal Gallery, Pasific Arena Pte Ltd dan Adabi.

Wednesday, September 28, 2011

Festival Perkahwinan Masyhur 1Malaysia



SENAI – “Festival ini memang idea Kak Ani (Noraniza Idris), malah kertas kerja telah siap sejak dua tahun lalu iaitu sebelum dia kenal dengan bakal suaminya lagi”.

Demikian kata pembantu Ratu Etnik Kreatif berkenaan, Suhana Mohd Safian bagi mengulas mengenai penganjuran Festival Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia yang akan berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Festival berkenaan mencuit perhatian apabila diserikan dengan pernikahan dan persandingan Noraniza bersama pasangannya, Jeffri Hudi yang akan berlangsung pada pada 29 September dan 1 Oktober ini.

“Kak Ani mahu adakan festival berkenaan untuk menarik pelancong datang ke negeri ini dan memartabatkan adat perkahwinan masyarakat Melayu Johor, namun tidak menyangka ianya menjadi majlis perkahwinan buat dirinya,” katanya.

“Pemilihan lokasi pernikahan dan persandingan Kak Ani dan Jeffri di kawasan terbuka bertujuan bagi membolehkan peminat dan orang ramai turut sama menyaksikan hari bersejarah mereka. Kak Ani akan bernikah bersama dua pasangan pengantin yang lain,” katanya kepada wartawan semalam.

Menurutnya, Noraniza yang sememangnya sinonim dengan jiwa tradisional itu mahu menghidupkan kembali adat perkahwinan Melayu Johor.

Suhana berkata, walaupun festival itu berkonsepkan adat perkahwinan masyarakat Melayu Johor, namun ciri-ciri Islamik turut diterapkan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai.

Tuesday, September 27, 2011

Hak penjagaan anak Mr.Mama selesai



Pelakon utama yang membintangi drama bersiri Mr. Mama, Jasmine Mohamad Ashraff bersetuju untuk menyelesaikan secara baik tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) yang dikemukakan terhadapnya oleh suaminya, Muhammad Darren Jibran.

Perkembangan terbaru itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Muhammad Darren, 30, ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Menurut Azmi, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan hadanah ke atas anak lelaki mereka, Muhammad Daniel Jibran yang berusia setahun tujuh bulan dalam prosiding tertutup di hadapan Pendaftar Syarie.

Jelasnya lagi, segala butiran lanjut berhubung penyelesaian secara baik itu akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain, esok.

Beliau kemudian menambah, sekiranya penyelesaian itu gagal, tuntutan hadanah tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan yang dijadualkan bermula pada hari ini.

Jasmine, 31, yang memegang watak 'Suria' dalam drama bersiri itu hadir ke prosiding hari ini dengan ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Abdul Halim Bahari.

Muhammad Darren yang bekerja sebagai jurutera selaku plaintif turut hadir ke mahkamah hari ini. Beliau memfailkan tuntutan hadanah itu terhadap Jasmine, pada 17 Februari lalu.

Dalam tuntutan itu, Muhammad Darren yang menamakan dramatis berkenaan sebagai defendan, mendakwa wanita terbabit telah menafikan hak pengawasan anak mereka terhadapnya dan ibu bapa plaintif.

Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 7 Mac 2009 di Selangor kini dalam proses untuk bercerai.

Monday, September 26, 2011

Ahmad Jais belum sedar

Ahmad Jais cukup populer era 60an.




SHAH ALAM- “Ayah belum sedarkan diri dan doktor memantau rapi keadaannya. Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga dan mendoakan ayah cepat sembuh,” kata Maimun Mohd Jais, 31.

Anak keempat penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh terkenal, Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali Ahmad Jais itu ketika dihubungi berkata, ayahnya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini, sejak dimasukkan tengah malam kelmarin.

Ahmad Jais, 75, dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi DEMC awal pagi Sabtu lalu akibat sesak nafas sebelum dipindahkan ke ICU.

Sunday, September 25, 2011

Kehebatan Konsert Suara Kami

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri bermesra dengan generasi muda di Konsert Suara Kami


Pancaran gemerlapan cahaya sepanjang tentatif acara Suara Kami yang berlangsung seharian di lokasi penuh bersejarah, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, disimpulkan kemas menerusi konsert meganya pada sebelah malam membuka tanda aras baharu biarpun penganjuran pertama acara tersebut.

Pukauan penonton melimpah ruah, pentas tersergam gah dan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di luar jangkaan antara penangan hebat melengkapkan portfolio stesen penyiaran swasta, Astro.

Umpama kata-kata Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengejutkan 6,000 pengunjung yang membanjiri Stadium Merdeka, bara semangatnya turut mengesankan jiwa belia.

“Apa yang penting saya dapat bersama-sama dengan generasi baharu Malaysia dan saya ingin rasa semangat dan tenaga daripada generasi muda kita,” bertebar ucapan ringkas bak kata-kata semangat yang diikuti gema sorakan keterujaan penonton.

Membuka panggung, Hujan tampil menghadiahkan buah tangan terbaharu menerusi lagu Rumah Kita. Penuh patriotik! Sesuai dengan objektif Suara Kami yang juga meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Walaupun pekarangan utama stadium penuh nostalgik itu diiringi renyai hujan, sesekali tidak mematahkan getar hati belia negara untuk terus berdiri membuktikan sokongan padu.

Kemudian, gabungan tarian K-Pop dan Hip Hop oleh Battle Ruffneck dan Soul Krazy mengisi slot menerusi lagu Who Runs The World, Sexy Chick dan Inspector Gadjet.

Penyanyi dari India, Naresh Iyer dan Chenmayi seterusnya tampil bersama rangkaian lagu Tamil Yethi Yethi dan Kilimanjaro.

Kumpulan yang bakal melebarkan sayap ke Amerika Syarikat, Pop Shuvit tampil pula dengan lagu yang melonjakkan nama mereka, Mara Bahaya, penuh energetik dan momentum mereka selayaknya

Saturday, September 24, 2011

Ahmad Jais dimasukkan ke hospital

Ahmad Jais cukup populer era 60an.




SHAH ALAM - Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad (gambar) atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini awal pagi semalam akibat sesak nafas.

Anak keempatnya, Maimun Mohd. Jais berkata, bapanya pernah mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu dan mengambil alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Bagaimanapun kata Maimun, bapanya dipindahkan ke hospital itu awal pagi semalam kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Hantaran RM24,000 Pernikahan Norman Memey

NORMAN menyarung cincin pada jari Memey sambil diapit oleh Mohamed Danish dan Marissa Dania di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi semalam.



KOTA TINGGI - Pasangan pelakon, Mohammad Norhakim Zaidon, 35, yang lebih dikenali sebagai Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, 23, atau Memey masing-masing sebak dan menangis pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1 di sini semalam.

Pasangan pengantin itu mulai sebak sebaik Jurunikah Mukim Kamdau, Zulkipli Tarmizi membacakan khutbah nikah.

Sebelum itu, dengan sekali lafaz, Norman sah menjadi suami Memey yang menerima mas kahwin RM22.50 berserta wang hantaran RM24,000.

Pasangan itu mengenakan pakaian berwarna coklat hasil sentuhan dan sumbangan Ezuan Ismail.

Dua anak Norman ketika bersama bekas isterinya, Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut berada di sebelah Norman ketika majlis akad nikah yang bermula kira-kira pukul 5 petang manakala anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, 3, tidak hadir.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dengan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam sidang akhbar selepas selesai diijabkabulkan, Norman berkata, perasaan sebak tersebut datang selepas dia terasa kehidupan masa lalunya yang tidak sempurna.

Friday, September 23, 2011

Raudhah bawa belia ke masjid

KUMPULAN Al-Mawlid akan bertemu belia dalam program jelajah Raudhah.



STESEN televisyen TV9 melalui jenama Raudhah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan masjid sebagai hab komuniti bagi para remaja dan masyarakat setempat.

Penjenamaan Raudhah yang membariskan program-program berunsur Islamik seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah, Semanis Kurma, Usrah dan Safiyya kini memperkasakan lagi penjenamaannya melalui penganjuran acara padang dengan nama Raudhah di Raudhah di Hatiku.

Dibawakan oleh Lembaga Zakat Selangor dan dimeriahkan lagi oleh kehadiran HotFM ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial stesen untuk menarik minat remaja mendekatkan diri mereka dengan masjid serta mengenepikan persepsi yang masjid ini hanyalah untuk solat sahaja.

Sesungguhnya kebanyakan masjid di Malaysia ini begitu aktif dan sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti menarik buat jemaah mereka serta masyarakat setempat.

Lokasi pertama Raudhah di Hatiku ialah Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya pada hari Sabtu (hari ini), 24 September 2011 bermula seawal 9 pagi hingga 6 petang dengan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk setiap lapisan umur.

Thursday, September 22, 2011

Marsha masih waras

MARSHA



Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh akhirnya tampil semalam dengan pengakuan dia masih waras dan belum tergamak menelan sehingga 30 biji pil gara-gara dakwaan putus cinta pada 7 September lalu.

Peserta Akademi Fantasia 3 (AF3) yang berusia 26 tahun itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Alibi Music Sdn. Bhd. di sini semalam turut keliru dan terkejut bagaimana dia boleh dikaitkan dengan dakwaan cuba membunuh diri.

"Saya memang baru putus cinta. Tapi kalau benar saya telah menelan 30 biji pil, saya memang sudah mati sekarang," katanya lagi.

Penyanyi itu mengejutkan banyak pihak apabila dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 7 September lalu atas dakwaan mengambil pil secara berlebihan sebelum dibenarkan pulang dua hari kemudian.


Menurut Marsha, beliau minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk bertemu media. Selepas kejadian, saya memerlukan masa yang lebih untuk berehat dan memang mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan apa yang telah berlaku. Jadi hari ini (semalam) sesuai kerana kebetulan pihak Alibi membuat rumah terbuka.

Jadi apa sebenarnya yang telah berlaku. Adakah benar
?

Laporan saya menelan 30 biji pil sebagai cubaan membunuh diri kerana putus cinta itu tidak benar sama sekali. Pada hari kejadian iaitu 7 September, pada pukul 11 pagi saya telah ditemui pengsan di parkir kereta oleh pihak pengurusan kondominium saya.

Menurut doktor, saya pengsan kerana mengalami tekanan darah rendah, bukannya kerana menelan pil secara berlebihan. Tapi pada malam sebelum kejadian, saya memang ada mengambil pil iaitu pil tekanan darah rendah, namun bukan dalam kuantiti berlebihan.

Wednesday, September 21, 2011

Kisah pelakon tidak jadi menikah

WATIE mengaku Joey sebagai seorang lelaki dan kekasih yang baik, namun dia memerlukan masa untuk kembali berumah tangga.



WATIE atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 35 - Bekas bekas penyanyi kumpulan Elite. Selain dikatakan mempunyai anak luar nikah, Watie juga dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang sehingga menyebabkan perkahwinan Zulkifli Daud dan pasangannya hancur.

Mungkin sudah penat dan bosan dengan kontroversi yang melanda, walaupun wajahnya sering kelihatan di kaca televisyen namun kelibat pelakon itu jarang sekali dilihat di majlis-majlis yang melibatkan media.

Adakah Watie merajuk atau cuba melarikan diri daripada media? Peluang bertemu pelakon berasal dari Grik, Perak itu semasa ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri komedi misteri, Cuak, di Restoran Bora Ombak, Kuala Lumpur, segala isi yang terpendam dijiwanya diluahkan.

"Saya tak melarikan diri atau cuba mendiamkan diri cuma masa jemputan majlis yang melibatkan media saya sibuk dengan jemputan lain dan juga terlibat dengan penggambaran drama.

"Kalau kata saya merajuk mungkin juga sebab saya sudah berada dalam industri seni ini dekat 20 tahun, tapi ada sesetengah media masih mencari cerita kontroversi berbanding kerjaya lakonan saya. Saya tak perlukan lagi kontroversi untuk popular dan dikenali. Bukan niat saya untuk berlagak tetapi ada yang tidak senang dan cuba untuk menjatuhkan saya," katanya yang lega kerana rezeki dalam bidang lakonan mencurah-curah biarpun dirinya dihimpit kontroversi.

Namun begitu, Watie bersyukur terdapat juga media yang masih bercerita mengenai kerjaya lakonannya berbanding kisah kontroversinya semata-mata.

Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki itu juga tidak mahu lagi cerita sensasinya digembar-gemburkan kerana dia tidak mahu orang luar yang tidak tahu kisah sebenar menganggapnya jahat.

Watie juga menyatakan rasa terkilan kerana sering mendapat watak lakonan perempuan gedik dan jahat tetapi terpaksa terima demi menyara anaknya Afif Danial, 7.

Ditanya mengenai hubungannya dengan penyanyi dan pelakon, Zulkifli atau nama glamornya Joey, kata Watie, dia masih dalam dilema sama ada mahu meneruskan hubungannya bersama Joey atau tidak.

Pelakon berzodiak Taurus itu juga memutuskan untuk tidak bernikah dengan Joey kerana terkilan dan tertekan dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas isteri penyanyi lagu Beradu Suratan itu dalam sebuah akhbar awal bulan puasa lalu.

"Cadangnya memang kami ingin bernikah pada bulan puasa lalu tetapi selepas kenyataan daripada bekas isterinya keluar dalam sebuah akhbar, saya terpaksa menolak untuk bernikah dengannya. Saya betul-betul tertekan sampai ambil keputusan tidak bernikah dengannya. Walaupun mereka sudah bercerai tetapi saya masih tidak tahu sama ada perlu meneruskan hubungan ini atau tidak," katanya yang bersyukur kerana Joey tidak marah dengan penolakan itu malah sentiasa memberinya sokongan dalam segala hal.

Menyentuh mengenai hatinya, Watie tidak berbohong memberitahu, dia memang menyayangi Joey. Malah, menganggap lelaki itu begitu baik di matanya.

Tuesday, September 20, 2011

Alleycats terus memukau

Walau tanpa Loga, Alleycats masih hidup bersama David.



Alleycats - pada usia kumpulan yang berasal dari Pulau Pinang itu sudah menjangkau 43 tahun, ternyata kebanyakan lagu-lagu yang dinyanyikan mereka terus menjadi siulan ramai sehingga kini.

Maka, tidak hairan apabila Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan terutama peminat yang merindukan persembahan kumpulan berkenaan secara langsung.

Pada konsert yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 sehingga 18 September yang lalu, tidak dinafikan persembahan yang ditampilkan sangat menghiburkan dengan dendangan lagu-lagu mereka yang masih malar segar.

Lebih menarik lagi, vokalis utama kumpulan itu iaitu Datuk David Arumugam dilihat masih bertenaga untuk menghiburkan peminat yang hadir di kala usianya kini yang sudah pun mencecah 61 tahun.

Menurut David, biarpun kali kedua kumpulannya itu membuat persembahan di Istana Budaya, tetapi dia menyifatkan konsert pada kali ini adalah merupakan hadiah yang cukup istimewa kepada para peminatnya.

"Sudah semestinya saya sangat menghargai sokongan yang telah diberikan sehingga Alleycats masih lagi kekal sehingga kini. Walaupun hanya berlangsung selama tiga hari, harapan kami agar mereka yang menyaksikannya berpuas hati.

"Apa yang istimewanya untuk konsert ini, berdirinya saya di atas pentas bukan sekadar menyanyi, sebaliknya saya turut membuat humor dan mengajak penonton menyanyi bersama-sama agar mereka yang datang akan rasa lebih terhibur dan seronok," ujarnya.

Konsert yang berlangsung selama dua jam, penonton dihiburkan dengan lagu-lagu seperti Senyumlah Kuala Lumpur, Suratan, Jika Kau Bercinta Lagi, Senandung Semalam, Seribu Bintang, Suara Kekasih dan Sampaikan Salam.

Monday, September 19, 2011

Ashraf Muslim menikah di hadapan Kaabah

IMPIAN Ashraf untuk mendirikan rumahtangga pada usia 30 tahun tercapai apabila 'seru'nya sampai tahun ini.



Aktor dan pengacara Ashraf Muslim telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang merupakan bakal seorang doktor pada 1 Syawal lalu di hadapan Kaabah di Mekah.

Majlis persandingannya pula berlangsung dengan penuh meriah bertemakan warna ungu di kediaman keluarga pihak perempuan di Gombak pada Sabtu lalu.

Kata Ashraf yang ditemui pada majlis persandingannya itu: "Saya sudah lama mencari wanita untuk menjadi isteri saya kerana saya memang merancang untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun. Tahun ini umur saya 30 tahun kiranya perancangan saya masih mengikut landasan.

"Saya tidak tahu nak cakap sampai seru ke tidak sebab ketika saya menunaikan umrah, nama Dayana yang muncul di fikiran saya. Itu yang membuatkan saya yakin, dia wanita yang tepat untuk saya, tambahan pula dia rapat dengan keluarga saya, bagi saya itu perkara paling penting."

Tegas Ashraf, dia sememangnya mahu mencari wanita yang solehah menjadi suri hatinya dan melihat Dayana cukup sempurna untuk dirinya.

"Memang saya berniat untuk cari wanita solehah sebagai isteri, walaupun tidak seratus peratus sempurna tetapi Dayana masih boleh dibimbing dan kerana itu hubungan kami lebih akrab dan kuat," ucap Ashraf sambil menjeling ke arah isterinya.

Bercerita lanjut mengenai pernikahannya yang berlangsung di Mekah pada 1 Syawal lalu, kata Ashraf, pernikahannya dilakukan pada selepas Asar mengikut waktu di Mekah dan pada pukul 9 malam mengikut waktu Malaysia berlangsung dengan sekali lafaz sahaja.

Bagaimanapun, Ashraf yang berada di sana lima hari selepas majlis pernikahan berlangsung, mengakui gementar tatkala menerima Dayana sebagai isteri.

"Selain ayahnya yang menikahkan kami, pernikahan yang berlangsung di hadapan Kaabah membuatkan saya bertambah gementar tetapi Alhamdulilah semuanya berjalan lancar, hanya dengan sekali lafaz, Dayana menjadi isteri saya.

Sunday, September 18, 2011

Azlan And The Typewriter dapat anak perempuan

LAN kini sedang sibuk menyiapkan single terbaharu Azlan & The Typewriter.



Vokalis kumpulan Azlan And The Typewriter, Norazlan Rosle atau lebih mesra disapa Lan, 28 yang kini menanti detik istimewa dalam sejarah hidupnya.

Isterinya, Normala Hassan, 28, kini sudah enam bulan mengecapi kebahagiaan mengandungkan anak sulung pasangan itu setelah selamat melangsungkan perkahwinan pada awal bulan Januari lalu.

Bagi Lan sendiri, cabaran dan nikmat berdepan dengan pelbagai situasi menyambut kelahiran anak pertamanya tidak tergambar dengan kata-kata.

“Syukur Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini sudah berusia enam bulan dan setakat ini tiada sebarang komplikasi.

“Perasaan? Goyang ada, takut dan suka bercampur-campur, ibarat kata orang rosak bapa rosaklah anak,” ceritanya ceria ketika pertemuan ringkas usai majlis perasmian Konsert Suara Kami di Kelab Zouk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertama kali mendapat berita gembira itu, kata Lan, tiada kata-kata boleh diucapkan.

Tambah Lan, kandungan isterinya sudah diimbas menerusi mesin ultrasound dan 80 peratus hasil analisis mendapati kebarangkalian pasangan itu bakal menimang cahaya mata perempuan.

“Kami sudah pergi scan dan kata doktor bayi itu adalah bayi perempuan dan Insya-Allah tarikh jangka kelahiran pada 2 Januari 2012,” luah Lan bersulam senyum.

Saturday, September 17, 2011

Panas !! Kontroversi AIM18

SHEILA MAJID serius ketika ditemu bual wartawan usai sidang akhbar AIM18 yang mengundang suasana tegang di ibu kota, baru-baru ini.



ANUGERAH Industri Muzik tahun ini (AIM18) sejak awal pelancarannya sudah terpalit pelbagai kontroversi. Bermula dengan pengumuman penghapusan kategori album terbaik mengikut genre muzik, pengumuman senarai pencalonan dalam satu sidang media pada Selasa lalu berlangsung dalam suasana tegang.

Banyak pindaan pemilihan dan syarat pencalonan dalam AIM18 dilakukan sehingga ia kurang disenangi pemerhati muzik tanah air. Kekeliruan paling nyata, apabila soal kewarganegaraan antara perkara yang menjadi isu panas.

Secara mutlaknya, AIM18 menetapkan, setiap album haruslah sekurang-kurangnya 60 peratus dihasilkan oleh anak Malaysia, dihasilkan di Malaysia, dan juga berbahasa Melayu. Untuk single pula, ia mesti 100 peratus digubah oleh komposer tempatan dan juga di bawah label tempatan.

Ini bermakna, jika seseorang artis Malaysia itu menyanyi atau menggubah lagu dengan sendiri, tetapi bernaung dengan label luar negara, secara automatik penyanyi itu tidak layak bertanding. Hanya calon atau artis yang bernaung di bawah label Malaysia dan berdaftar dengan Persatuan Industri Rakaman Malaysia sahaja yang layak bertanding.

Itu yang berlaku kepada Zee Avi dan kumpulan Hujan. Biarpun penyanyi dari Malaysia, Zee Avi tidak layak bertanding kerana albumnya diterbitkan oleh label luar negara manakala Hujan terkandas gara-gara salah seorang anggotanya, juga komposer yang menghasilkan lagu-lagu dalam album Hujan, Hang Dimas merupakan warga Indonesia.

Di sebalik kegagalan Zee Avi dan Hujan membolosi AIM, ada nama-nama yang bukan warga Malaysia turut tercalon, sedangkan ada artis Malaysia yang dirasakan lebih layak tidak terpilih. Itulah yang dipersoalkan.

"Artis atau tenaga kerja luar negara masih layak bertanding seandainya mereka bernaung di bawah label tempatan. Sebaliknya, jika seseorang artis Malaysia itu menyanyikan lagu komposer Malaysia, tetapi bernaung di bawah label luar negara, dia masih tidak layak," jelas wakil Persatuan Industri Muzik Malaysia (Paimm) yang bertanggungjawab menghakimi pencalonan AIM18.

Setiap persoalan ada penjelasan namun suara-suara tidak puas hati terhadap AIM18 masih kedengaran. Pihak artis sendiri merasakan sesuatu yang kabur sedang dihadapi apabila Hujan sendiri dinafikan hak pencalonan mereka dalam beberapa kategori individu dan teknikal.

Penyanyi senior, Sheila Majid yang menerima empat pencalonan berharap agar kriteria pertandingan AIM dikemaskinikan dan penganjur harus mencari jalan penyelesaian secara rasional dalam soal syarat yang dikenakan untuk setiap penyertaan.

"Memang banyak bahagian yang kabur terkandung dalam syarat-syarat penyertaan untuk AIM. Ia sering berubah-ubah dan setiap tahun, masalah yang sama dibangkitkan. Soalan yang sama diulang-ulang dan masih terus ditagih penjelasan.

Friday, September 16, 2011

Eira Syazira, Azad Jazmin selamat dinikahkan

Azad dan Eira pada majlis pernikahan mereka, malam tadi.



PUTRAJAYA - Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 35, akhirnya bernikah di rumah keluarga Eira di Putrajaya, di sini, malam tadi.

Akad nikah dilakukan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Acheh pada jam 8.50 malam dan dengan sekali lafaz Eira Syazira sah milik Azad dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.

Hadir sama keluarga Azad dan ibu bapanya, Jeffri Abdullah dan Rosidah Kadir.

Eira ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar dan mengharapkan alam rumah tangga mereka berkekalan selama-lamanya. “Alhamdulillah apa yang kami berdua impikan selama ini berjaya direalisasikan walaupun persiapan dilakukan pada saat akhir dan kami bertuah kerana keluarga banyak membantu.

“Kerjaya kami berdua sebagai anak seni memang memberi ruang yang besar untuk pelbagai spekulasi, namun semuanya berjaya kami tepis dengan keputusan mendirikan rumah tangga ini.

“Apa yang penting sekarang percaturan kami berdua untuk membina keluarga bahagia dan terus menyokong antara satu sama lain. Saya sendiri akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan memastikan agar ikatan ini berkekalan,” katanya yang menerima mas kahwin RM300, tetapi wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu mengenakan busana putih rekaan Hairi Tajuddin dan Wanpa malam tadi. Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang kepada Azad yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture.

Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, pihak Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea dan sepersalinan baju Melayu berwarna putih. Malah, sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dikirimkan buat Azad. Manakala pihak Azad membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.

Azad pula yang tampil segak tidak henti melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berdua disatukan dengan ikatan suami isteri. “Eira seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memahami saya dalam apa juga situasi. Jujurnya dialah insan yang tidak henti menyokong kerja dan apa saja masalah yang membebankan saya. Lantas saya percaya Eira adalah permaisuri terbaik buat saya kerana dialah yang melengkapkan hidup saya,” katanya yang merisik serta bertunang pada pertengahan Mei lalu.

Pasangan itu akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.

Masih terkenangkan Saloma

Mariani dan Saloma.



Mariani Ismail, 78, yang merupakan seniwati yang tidak asing lagi dalam industri lakonan tanah air.

Masih kekal aktif di usia emasnya, pelakon filem Ahmad Albab, Tiga Abdul dan Labu Labi itu yang selesa membahasakan dirinya Mummy juga tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.

“Mummy sangat rapat dengan Mama (Saloma), sikapnya yang masih melekat dalam jiwa Mummy sampai sekarang, dia sebenarnya malas membeli-belah.

“Biasanya Mummy yang akan belikan pakaian untuk dia memandangkan ukuran kami hampir sama, dulu pinggang kami lebih kurang saja, Mama 22 inci dan Mummy 24 inci,” ceritanya mengimbau sekelumit kenangan silam dengan kakak tercinta.

Tambahnya yang ditemui pada majlis rumah terbukanya di Saloma Bistro, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tempat itu umpama rumah keduanya dek kerana kenangan yang terlalu banyak antaranya dan Saloma.

“Terlalu banyak nostalgia antara tempat ini (Saloma Bistro) dan Mummy, setiap kali melangkah masuk ke sini Mummy akan teringat kenangan antara Mummy dan Mama,” kata seniwati itu lagi.

Thursday, September 15, 2011

Zizie tetap bersabar belum dikurniakan anak

Zizie disamping suami tercinta Bung Mokhtar



Usia perkahwinan Aktres putih gebu, Zizie Ezette,32 dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin kini hampir mencecah dua tahun, Zizie tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk memiliki cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan berumah tangga.

Ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini, akui Zizie yang kelihatan anggun dalam persalinan ungu, dia dan suami tidak pernah merancang untuk mempunyai anak pada waktu tertentu.

Malah, ungkap Zizie, dia sendiri sebenarnya sangat teruja menjadi seorang ibu. Bagaimanapun, Zizie dan suami menganggap mereka masih belum ada rezeki untuk menimnang anak buat masa ini.

"Saya akui yang kami pernah menjalani pemeriksaan (perubatan) bersama-sama dan keputusan yang diterima adalah masing-masing tidak ada masalah kesihatan yang mampu menghalang kami untuk memperoleh anak.

"Walaupun kami memang inginkan sangat menimang cahaya mata, tetapi itu semua adalah kehendak dan ketentuan Allah. Bagi saya, mungkin ada hikmah di sebaliknya atas situasi yang kami alami ini," luah pemilik nama sebenar Zizie Izette Abd. Samad ini.

Walaupun mengakui sangat gembira dan selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang, Zizie nyata tidak menolak untuk bergelar ibu.

"Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.

Wednesday, September 14, 2011

Filem terbaru 'Raya Tak Jadi'

RAYA TAK JADI mempertaruhkan gabungan Apek dan Johan menerusi watak adik-beradik.



Sebuah filem bertemakan Hari Raya Aidilfitri yang berjudul Raya Tak Jadi telah dihasilkan melalui kerjasama Grand Brilliance dan Line Clear Production.

Merupakan filem bercorak komedi, apa yang membuatkan filem berkenaan bertambah menarik apabila ia menggandingkan dua orang pelawak yang cukup popular iaitu Saiful Apek dan Johan Raja Lawak.

Pada majlis pratonton yang telah diadakan baru-baru ini, Apek yang ditemui berkata dia tertarik untuk berlakon dalam filem berkenaan disebarkan elemen komedi serta kekuatan pada jalan ceritanya.

Menurut pelawak itu lagi, jika watak komedi yang sering ditampilkan menerusi beberapa buah filemnya sebelum ini menjurus kepada lawak slapstik, untuk filem ini dia membawakan watak komedi yang lebih tenang.

“Dalam filem ini saya membawakan watak seorang abang yang mempunyai adik lelaki yang mempunyai penyakit pelupa yang dilakonkan Johan. Walaupun masih membawakan watak komedi, tetapi ia lebih kepada komedi yang beremosi.

“Apa yang boleh saya katakan penonton juga tidak boleh mengharapkan terlalu banyak elemen komedi yang saya tampilkan. Sebaliknya penonton akan lebih terhibur dengan komedi yang ditonjolkan oleh Johan,” ujarnya.

Raya Tak Jadi berkisar tentang Shuib (Apek) mempunyai seorang adik yang pelupa iaitu Bob (Johan). Kekecohan telah berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Haji Ehsan (Datuk Jalaluddin Hassan) yang disangka telah mati di dalam teksi Shuib.

Mereka berdua melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Namun, mayat yang disangka telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang.

Selain Saiful Apek, Johan dan Datuk Jalaluddin Hassan, antara pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut adalah Wan Sharmila, Noreen Nor, Fieka, Ben Tan, Iedil Putra dan Khairi Azlee.

Tuesday, September 13, 2011

Majlis pernikahan Yusry - Lisa jadi tanda tanya ?

HUBUNGAN Yusry dan Lisa sering menjadi bahan sensasi media sejak akhir-akhir ini.



Ada media yang melaporkan Yusry, 38, dan Lisa, 26, bakal berkahwin pada tahun 2012 dan ada juga melaporkan pasangan sama cantik sama padan ini akan bergelar suami isteri menjelang 2013.

Sama ada ia bakal dilangsungkan pada tahun 2012 atau 2013, laporan yang dikeluarkan beberapa media tersebut membuatkan pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu tidak betah lagi untuk berdiam diri.

Sebelum ini, ada laporan media yang mengatakan Yusry mahu mengahwini Lisa pada tahun hadapan, namun Yusry telah menafikan perkara tersebut. Kemudian timbul pula, laporan baharu mengatakan Yusry ingin berkahwin dengan Lisa pada tahun 2013.

Lantas, pertemuan bersama Yusry dan Lisa di rumah terbuka raya abang Yusry, Norman Abdul Halim di Cyberjaya, Selangor baru-baru ini, menjadi tempat jejaka pendiam itu meluahkan segala-galanya secara telus.

“Saya tidak pernah beritahu akan kahwin dengan Lisa sama ada pada tahun 2012 atau 2013. Memang saya akui kami mempunyai hubungan tetapi kami belum lagi membuat sebarang perancangan untuk berkahwin,” katanya perlahan tetapi dengan nada serius.

Suasana tegang seketika itu kembali tenang tatkala Lisa yang berada di sebelah Yusry cuba menenangkan buah hatinya itu.

Ujar Lisa yang tidak putus-putus menguntum senyum sepanjang sesi temu bual itu: “Sekarang kami berdua memang sibuk. Lisa akan sibuk menjalani penggambaran filem baharu berjudul Istanbul Aku Datang manakala Yusry pula sedang merangka untuk filem terbarunya Vikingdom. Jadi, untuk merancang berkahwin dalam masa terdekat ini memang tiada.”

Walaupun keluarga kedua-dua belah pihak sudah bertemu tetapi perancangan ke arah melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat masih tidak ada. Malah, pada majlis rumah terbuka Norman itu, kelibat ahli keluarga Lisa juga turut kelihatan.

Yusry dalam pada itu mengakui akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.

Dia juga menolak dan tidak suka dengan gelaran bahawa mereka sedang bercinta.

“Perkataan bercinta itu seolah-olah macam hubungan kami ini main-main. Saya lebih suka kalau hubungan kami ini disebut hubungan matang,” katanya.

Monday, September 12, 2011

Puteri Sulong Safura meninggal dunia

Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu.



KUALA LUMPUR - Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.

Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.

Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.

“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.

“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa.

Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.

“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.

“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.

Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.

Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.

Sunday, September 11, 2011

Tahun 2011 tuah buat pelakon Tasha Shila

NAMA Tasha Shila kini melonjak naik dengan berkat kerja keras.



Nama pelakon Natasha Sheila Abd. Razak baru sahaja bergelar artis selama dua tahun, namun pelakon yang lebih popular dengan nama Tasha Shila dengan pantas mencuri tumpuan ramai menerusi lakonannya yang memberi impak kepada penonton.

Boleh dikatakan tahun 2011 adalah tahun yang sememangnya memberi tuah kepada pelakon yang berasal Kuala Lumpur itu apabila namanya menjadi sebutan ramai, meskipun lebih dikenali menerusi watak antagonis.

Menurut pelakon jelita berusia 24 tahun itu ketika ditemui baru-baru ini, dia sangat bersyukur apabila namanya kini semakin menyerlah setelah dua tahun bergiat secara aktif dalam bidang lakonan.

"Memang tahun ini dilihat cukup bertuah buat diri saya apabila kehadiran saya dalam industri lakonan sudah mula disedari ramai pihak. Malah, tawaran berlakon juga semakin banyak yang diterima.

"Walaupun kerap membawakan watak yang dibenci penonton, namun saya tetap gembira kerana ia telah memberi impak yang positif sehinggakan saya semakin diterima di dalam industri ini," ujar anak sulung dari tiga beradik itu.

Menurut pelakon yang pernah membintangi filem Ratu The Movie itu lagi, sememangnya dia tidak menyangka apabila pantas mengecap populariti biarpun baru dua tahun bergelar anak seni.

Jelasnya, memandangkan industri lakonan sekarang ini dibanjiri dengan kehadiran ramai pelakon-pelakon baharu, dia sendiri bertekad untuk lebih fokus dalam karier yang diceburinya.

Saturday, September 10, 2011

Faezah bersedia menjaga anak tiri

HANYA dengan sekali lafaz, Heykal dan Faezah sah disatukan sebagai suami isteri.



ATAS kekuatan pertemuan yang telah tersurat, pelakon popular, Faezah Elai, 29, akhirnya sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38.

Hanya sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM1,001, majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 300 jemputan itu menjadi detik paling berharga buat Faezah sebagai wanita.

Pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah hantaran yang diterima. Buku lama juga ditutup kerana di hadapan sudah terbentang fasa baru yang harus diinjak penuh kerelaan.

Faezah sedar, kehidupan mereka akan terus diperhatikan kerana lelaki yang dinikahi itu pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini.

"Niat kami baik. Semoga perkahwinan ini menjadi yang terbaik buat kami," kata Faezah dengan wajah berseri-seri bersalut gaun perkahwinan bernilai kira-kira RM9,000 rekaan pereka fesyen popular, Hatta Dolmat.

Sesuatu yang jelas, Faezah, nekad mahukan sebuah kehidupan berkeluarga, menjadi isteri mithali dan hidup bahagia.

"Bila sudah bergelar isteri, mungkin satu hari nanti saya akan tampil dengan imej bertudung, tapi bukan sekarang. Soal hubungan dengan anak-anak Heykal hasil perkahwinan pertamanya, saya tiada masalah dan sedia berbaik-baik dengan mereka," katanya.

Selepas ini, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang. Sementara itu pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Friday, September 9, 2011

Pengarah Drama Selamat di Ijab kabul

FAEZAH menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 daripada Heykal di George Town semalam



GEORGE TOWN - Aktres dan model terkenal, Faezah Elai dan pengarah drama, Mohammad Heykal Mohd. Hanifah sah bergelar suami isteri apabila mereka selamat diijabkabulkan di dewan Kondominium Platino, Gelugor di sini semalam.

Faezah, 29, dan Mohammad Heykal, 38, dinikahkan oleh Jurunikah Kawasan A, Timur Laut, Abdullah Yahya kira-kira pukul 3.35 petang sambil disaksikan lebih 300 ahli keluarga terdekat.

Pelakon tersebut yang ditemui sejurus selesai majlis akad nikah, melahirkan rasa syukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan baik dan kini sudah bergelar isteri kepada Mohammad Heykal selepas hampir setahun menjalin hubungan cinta.

Thursday, September 8, 2011

Marsha cuba bunuh diri, telan 30 biji pil ??

Marsha Milan Londoh
.



PETALING JAYA - “Berita penyanyi Marsha Milan Londoh cuba menelan 30 biji pil bagi cubaan membunuh diri tidak benar dan spekulasi liar. Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul,” kata Afeeq Abdul Wahab, 25, teman rapat Marsha ketika dihubungi bagi mengulas kejadian penyanyi berusia 28 tahun itu yang dikejarkan ke hospital pagi Rabu lalu.

Afeeq berkata, Marsha dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas rebah di parkir kediamannya di Jalan Klang Lama akibat tekanan darah rendah. “Marsha mengalami kemalangan sebelum itu mengakibatkan cedera dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.

Ketika itu Marsha keluar sendirian membeli makanan di kawasan berdekatan kondominiumnya.

“Dia masih boleh memandu hingga ke rumah sebelum rebah. Saya percaya ia disebabkan trauma atas kemalangan yang berlaku memandangkan tidak pernah berdepan masalah sebegitu
“Spekulasi kononnya dia menelan 30 biji pil untuk membunuh diri dan apa saja gosip tersebar tidak tepat dan mungkin ada pihak menyalah anggap tindakannya dengan mengambil ubat bagi mengurangkan penyakit tekanan darah rendah,” katanya.

Sebelum itu desas-desus mengatakan Marsha cuba membunuh diri kerana marahkan teman lelakinya juga ahli perniagaan kerana mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Wednesday, September 7, 2011

Kenangan sambutan raya artis

KILA, Miera dan Fathia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.



Bukan kisah kontroversi mereka yang ingin kembali diungkitkan pada bulan yang mulia ini. Sebenarnya, Miera Liyana Kasmi, Nur Fathia Abd. Latiff dan Syakila Nisha Jahangir atau lebih mesra dengan panggilan Kilafairy ingin berkongsi kenangan menarik ketika menyambut Aidilfitri.

Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi mengenai isu baju yang dipakai sehingga mengundang kritikan ramai, Miera Liyana mempunyai kenangan tersendiri yang sukar untuk luput dalam ingatannya.

Menurutnya, ia merupakan sebuah kejadian yang agak buruk, tetapi sangat melucukan untuk dikenang kembali terutama apabila setiap kali umat Islam menyambut hari raya.

“Kira-kira dua tahun yang lalu sewaktu malam menjelang satu Syawal, ketika ahli keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan raya, saya pula telah mengalami kemalangan motosikal.

“Pada masa itu, saya menunggang motosikal superbike milik ayah dan dia pula menjadi pembonceng. Akibat tidak dapat mengawal motosikal tersebut, akhirnya saya telah melanggar pasu bunga dan terjatuh,” ujarnya.

Cerita Miera lagi, dia agak bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang teruk selain luka-luka kecil sahaja, sementara ayahnya pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemudian pada hari raya pertama ramai rakan yang datang beraya termasuklah seorang rakan lelaki yang memang saya minat dalam diam. Ketika itu memang rasa malu sangat sebab keadaan yang luka-luka, sedangkan rakan-rakan yang lain semuanya cantik dengan pakaian raya," ujarnya.

Sementara itu, Kilafairy yang merupakan anak penyanyi terkenal Rohana Jalil pula pernah menyambut 1 Syawal dengan pergi memancing bersama beberapa orang abang sepupunya sewaktu berusia 14 tahun.

Tuesday, September 6, 2011

Shahir AF8 sakit mental ??

Shahir AF8




KAMPAR - Selepas hampir dua bulan ‘ghaib’ dan didakwa sengaja menyembunyikan diri di kampung, penyanyi terkenal, Shahir AF8 yang menyambut hari lahirnya ke-23 kelmarin, bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi meneruskan perjuangan seninya hari ini.

Ibu juara Akademi Fantasia Kelapan (AF8) itu, Mahanom Osman, 45, yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata Shahir bercuti panjang hampir dua bulan akan kembali ke Kuala Lumpur bagi meneruskan kegiatan seni termasuk menyambung rakaman lagu terbarunya.

“Pelbagai spekulasi mendakwa Shahir sakit, kecewa cinta termasuk sakit mental hingga dilihat keluar dari rumah dalam keadaan berjambang dan tidak terurus tidak benar.

“Tuduhan melulu itu penganiayaan, namun kami tetap tabah. Shahir akan meneruskan perjuangan seninya seperti dirancang dengan Astro Entertainment Sdn Bhd berikutan dia masih mempunyai baki kontrak lebih setahun,” katanya.

Wanita terbabit yang cukup lemah-lembut memberitahu anak sulungnya itu sudah bertemu pihak Astro bagi membincangkan jadual kerja seninya pada Ramadan lalu.

“Dia (Shahir) anak yang baik dan cukup taat. Saya yakin dia mampu berjaya dalam bidang seni. Segala pertanyaan berhubung kehilangannya bakal terjawab melalui sidang media yang diatur kelak pihak Astro di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, Shahir yang kini tubuhnya berisi selepas bercuti panjang tidak pernah menyisihkan diri daripada orang ramai sebaliknya menerima kunjungan peminat yang beraya ke rumah mereka.

“Terbaru lebih 30 ahli kelab peminatnya dari Kuala Lumpur dan Singapura datang ke rumah kami Jumaat lalu untuk menyambut hari raya bersama-sama selain meraikan hari jadi Shahir,” katanya.

Monday, September 5, 2011

Pelakon Tetamu Malam Dicekup, Positif Dadah



KUALA LUMPUR - Seorang pelakon pembantu berusia 32 tahun yang membintangi puluhan drama dan beberapa telemovie ditahan polis di sebuah kelab malam di Jinjang, di sini, selepas ujian air kencing mendapati dia dan tiga rakannya termasuk seorang wanita positif dadah, kelmarin.

Antara drama dibintanginya ialah siri seram, Nek Nak arahan Jurey Latiff Rosli siaran Astro Ria yang turut menampilkan pelakon veteran, Wan Maimunah dan Mimi Rahzia.

Selain itu, pelakon terbabit yang lebih dikenali dengan penampilan imej ganas pernah berganding dengan aktor terkenal seperti Ady Putra, Beego dan Norman Hakim menerusi telemovie Tetamu Malam (TV2) dan Rambut (TV1).

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu, semua suspek dibawa ke balai polis selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan positif.

Menurut sumber polis, serbuan dilakukan di premis hiburan itu pemeriksaan rutin yang biasa pihak berkuasa dalam membanteras penggunaan dadah di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan, pelakon terbabit dan beberapa rakannya cuba melarikan diri, namun gagal selepas premis berkenaan dikepung.

Sunday, September 4, 2011

Erti Hari Raya Buat Ziana Zain

Bila terkenang raya, masa zaman kanak-kanak sangat meriah. Masa itu suka sangat pakai baju baharu, pergi ke rumah-rumah orang dan kumpul duit raya - cerita Ziana.



"Tahun ini saya menyambut raya di Shah Alam pada sebelah paginya dan kemudiannya pada sebelah petangnya pulang ke kampung halaman saya di Kampung Simpang Merlimau, Melaka,"
Kata Ziana Zain, yang masih kekal anggun dan langsing biarpun usianya sudah mencecah 43 tahun.

Lain nikmat lain bahagianya menyambut Syawal baik sang gerangan bujang atau yang sudah berkeluarga. Biar apapun situasi sambutan lebaran pastinya disambut meriah mengikut acuan masing-masing.

Zaina Zain pada nama sebenarnya Siti Roziana Zain ini jika sebelum berkahwin sambutan lebarannya dibuat di saat-saat akhir namun bila sudah berkeluarga dan memiliki empat orang anak semua persiapan harus dibuat terlebih awal. Tidak lagi mengutamakan diri sebaliknya keseronokan Syawal dibiarkan anak-anak merasai nikmatnya.

"Bila terkenang raya, masa zaman kanak-kanak sangat meriah. Masa itu suka sangat pakai baju baharu, pergi ke rumah-rumah orang dan kumpul duit raya.

"Tetapi bila sudah ada anak kita sediakan dia macam-macam seperti baju melayu, jeans, kemeja serta capal dan biar mereka pula rasa keseronokan hari raya dengan pelbagai juadah dan sambutan raya ke rumah-rumah," kata Ziana mengenai empat orang anaknya iaitu Muhammad Aiman Armin Zaharin dan Muhammad Amar Armin Zaharinserta kembarnya Muhammad Airil dan Siti NurQaseh Armin Zaharin.

Bagi Ziana memadai sahaja dua helai baju raya untuk dipakai sempena lebaran.

Saturday, September 3, 2011

Greysie - kucing kesayangan Zizan dan Juliana Evans

ZIZAN membawa Greysie bertemu mata dengan sahabatnya, Juliana di sesi fotografi promosi Hantu Bonceng



PERCINTAAN Juliana Evans dan Zizan Raja Lawak sudah lama bertebaran di Internet. Namun kedua-duanya mengambil sikap jujur bahawa mereka hanya kenalan dan masih menyemai cinta.

Sewaktu sesi fotografi diadakan, Zizan membawa buah hatinya bernama Greysie - kucing kesayangannya yang kadangkala pemalu dan terkadang aktif.

Bila ditanya kenapa dibawa, jawapannya jujur, Juliana mahu bertemu mata dengan kucing penghibur kala sunyinya itu. Kemahuan sahabat dituruti. Siapa kata mereka bercinta, kalau begitu, bukan?

“Mana ada kami bercinta? Memang tidak betul sama sekali tetapi saya mengaku rapat dengannya. Kami pernah keluar bersama selepas penggambaran filem tetapi bersama rakan-rakan yang lain termasuk pengurus Zizan, Marina. Dia juga kawan saya,” kata Juliana.

Ujar Zizan yang kini semakin menjadi pilihan pengarah, tiada istilah cinta lokasi yang wujud antara mereka.

Rapat memang rapat namun jarang ada sesi pertemuan yang dibawa-bawa keluar selain di lokasi.

Penzahiran cinta ini dapat dilihat keserasiannya melalui filem Hantu Bonceng yang memasuki pawagam pada Rabu lalu. Kedua-duanya membawa watak utama dalam filem arahan Ahmad Idham ini.

Friday, September 2, 2011

Pelakon iklan Zizan Nin Aktif Bidang Drama



Kini pelakon iklan komersial Zizan Nin sudah bergelar anak seni selama sembilan tahun, ternyata pelakon yang kini mencecah usia 37 tahun itu sering menjadi pilihan pengarah dan sudah tampil dengan puluhan drama serta telefilem.

Lebih menarik lagi, pada tahun lalu bakat seninya itu lebih teruji apabila membuat kemunculan sulung dalam pentas teater menerusi pementasan Tun Mahathir dan membawakan watak Perdana Menteri Malaysia keempat sewaktu muda.

Kemudian, pada tahun ini pula dia sekali lagi diuji dengan peranan yang cukup mencabar menerusi filem kenegaraan berjudul Tanda Putera yang diarahkan oleh pengarah berkaliber, Datin Paduka Shuhaimi Baba.

“Pada bulan puasa yang lalu saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Tanda Putera di samping Rusdi Ramli. Dalam filem berkenaan saya memegang watak sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

“Walaupun sebelum ini saya pernah memegang watak seorang tokoh yang penting, namun saya menganggap watak sebagai Tun Dr. Ismail ini memberikan cabaran yang lebih besar,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Zizan, antara cabaran paling besar yang terpaksa dilaluinya adalah membiasakan menggunakan tangan kiri sewaktu menulis, menghisap paip dan bermain golf memandangkan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan adalah seorang kidal.

“Apabila ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini, bagi saya ia merupakan satu penghormatan yang cukup besar. Namun, saya tetap memberikan yang terbaik agar watak tersebut dapat memberi kesan kepada penonton,” ujarnya.

Thursday, September 1, 2011

Aziz M Osman dikurniakan anak sempena Hari Kemerdekaan

Pengarah terkenal, Aziz M. Osman, 48, dan isteri, Putri Salbainum Lokman, 22. bergambar bersama cahaya mata mereka, Puteri Nur Azzara yang dilahirkan pada 11.17 malam 31 Ogos, di Kuala Lumpur.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2