NUFFNANG ADS

Tuesday, September 20, 2011

Alleycats terus memukau

Walau tanpa Loga, Alleycats masih hidup bersama David.



Alleycats - pada usia kumpulan yang berasal dari Pulau Pinang itu sudah menjangkau 43 tahun, ternyata kebanyakan lagu-lagu yang dinyanyikan mereka terus menjadi siulan ramai sehingga kini.

Maka, tidak hairan apabila Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan terutama peminat yang merindukan persembahan kumpulan berkenaan secara langsung.

Pada konsert yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 sehingga 18 September yang lalu, tidak dinafikan persembahan yang ditampilkan sangat menghiburkan dengan dendangan lagu-lagu mereka yang masih malar segar.

Lebih menarik lagi, vokalis utama kumpulan itu iaitu Datuk David Arumugam dilihat masih bertenaga untuk menghiburkan peminat yang hadir di kala usianya kini yang sudah pun mencecah 61 tahun.

Menurut David, biarpun kali kedua kumpulannya itu membuat persembahan di Istana Budaya, tetapi dia menyifatkan konsert pada kali ini adalah merupakan hadiah yang cukup istimewa kepada para peminatnya.

"Sudah semestinya saya sangat menghargai sokongan yang telah diberikan sehingga Alleycats masih lagi kekal sehingga kini. Walaupun hanya berlangsung selama tiga hari, harapan kami agar mereka yang menyaksikannya berpuas hati.

"Apa yang istimewanya untuk konsert ini, berdirinya saya di atas pentas bukan sekadar menyanyi, sebaliknya saya turut membuat humor dan mengajak penonton menyanyi bersama-sama agar mereka yang datang akan rasa lebih terhibur dan seronok," ujarnya.

Konsert yang berlangsung selama dua jam, penonton dihiburkan dengan lagu-lagu seperti Senyumlah Kuala Lumpur, Suratan, Jika Kau Bercinta Lagi, Senandung Semalam, Seribu Bintang, Suara Kekasih dan Sampaikan Salam.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2