Bila terkenang raya, masa zaman kanak-kanak sangat meriah. Masa itu suka sangat pakai baju baharu, pergi ke rumah-rumah orang dan kumpul duit raya - cerita Ziana.
"Tahun ini saya menyambut raya di Shah Alam pada sebelah paginya dan kemudiannya pada sebelah petangnya pulang ke kampung halaman saya di Kampung Simpang Merlimau, Melaka,"
Kata Ziana Zain, yang masih kekal anggun dan langsing biarpun usianya sudah mencecah 43 tahun.
Lain nikmat lain bahagianya menyambut Syawal baik sang gerangan bujang atau yang sudah berkeluarga. Biar apapun situasi sambutan lebaran pastinya disambut meriah mengikut acuan masing-masing.
Zaina Zain pada nama sebenarnya Siti Roziana Zain ini jika sebelum berkahwin sambutan lebarannya dibuat di saat-saat akhir namun bila sudah berkeluarga dan memiliki empat orang anak semua persiapan harus dibuat terlebih awal. Tidak lagi mengutamakan diri sebaliknya keseronokan Syawal dibiarkan anak-anak merasai nikmatnya.
"Bila terkenang raya, masa zaman kanak-kanak sangat meriah. Masa itu suka sangat pakai baju baharu, pergi ke rumah-rumah orang dan kumpul duit raya.
"Tetapi bila sudah ada anak kita sediakan dia macam-macam seperti baju melayu, jeans, kemeja serta capal dan biar mereka pula rasa keseronokan hari raya dengan pelbagai juadah dan sambutan raya ke rumah-rumah," kata Ziana mengenai empat orang anaknya iaitu Muhammad Aiman Armin Zaharin dan Muhammad Amar Armin Zaharinserta kembarnya Muhammad Airil dan Siti NurQaseh Armin Zaharin.
Bagi Ziana memadai sahaja dua helai baju raya untuk dipakai sempena lebaran.
No comments:
Post a Comment