NUFFNANG ADS

Thursday, September 29, 2011

Noraniza Idris kembali bergelar isteri



JOHOR BAHRU – Ratu Pop Etnik Noraniza Idris, 43 atau mesra disapa dengan gelaran Kak Ani semalam sah bergelar suri kepada bilal dari Singapura, Jefri Iman Hudi,52 dalam Program Kahwin-kahwin masyur 1Malaysia Negeri Johor di Plaza Angsana, di sini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak tepat jam 2.45 petang yang diwalikan abang Noraniza, Mohd Arshad, 56, dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran.

Kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih mutiara sedondon rekaan Eilla Faizshah dari Butik Busana Cinta@Ratu Cinta.

Detik bersejarah pasangan mempelai yang diadakan secara terbuka dan besar-besaran itu turut disaksikan ahli keluarga terdekat dan sahabat handai termasuk anak bujang Noraniza, Mohd Aliff Haiqal, 22, dan Mohd Alfeeq Haiqal, 17.

Persandingan kedua mempelai akan diadakan di tempat yang sama Sabtu ini dan dijadualkan dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan isteri baginda, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai diadakan sempena Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011 bersama dua pasangan lain dengan Noraniza adalah penganjurnya bersama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Gerakan Belia 4B, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, UDA Mall, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Juwein Ezain Bridal Gallery, Pasific Arena Pte Ltd dan Adabi.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2