NUFFNANG ADS

Friday, September 2, 2011

Pelakon iklan Zizan Nin Aktif Bidang Drama



Kini pelakon iklan komersial Zizan Nin sudah bergelar anak seni selama sembilan tahun, ternyata pelakon yang kini mencecah usia 37 tahun itu sering menjadi pilihan pengarah dan sudah tampil dengan puluhan drama serta telefilem.

Lebih menarik lagi, pada tahun lalu bakat seninya itu lebih teruji apabila membuat kemunculan sulung dalam pentas teater menerusi pementasan Tun Mahathir dan membawakan watak Perdana Menteri Malaysia keempat sewaktu muda.

Kemudian, pada tahun ini pula dia sekali lagi diuji dengan peranan yang cukup mencabar menerusi filem kenegaraan berjudul Tanda Putera yang diarahkan oleh pengarah berkaliber, Datin Paduka Shuhaimi Baba.

“Pada bulan puasa yang lalu saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Tanda Putera di samping Rusdi Ramli. Dalam filem berkenaan saya memegang watak sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

“Walaupun sebelum ini saya pernah memegang watak seorang tokoh yang penting, namun saya menganggap watak sebagai Tun Dr. Ismail ini memberikan cabaran yang lebih besar,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Zizan, antara cabaran paling besar yang terpaksa dilaluinya adalah membiasakan menggunakan tangan kiri sewaktu menulis, menghisap paip dan bermain golf memandangkan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan adalah seorang kidal.

“Apabila ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini, bagi saya ia merupakan satu penghormatan yang cukup besar. Namun, saya tetap memberikan yang terbaik agar watak tersebut dapat memberi kesan kepada penonton,” ujarnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2