NUFFNANG ADS

Saturday, March 31, 2012

Anuar Zain rai Hari Ibu



Penyanyi popular, Anuar Zain, akan menghiburkan ibu-ibu sempena, 'Mother’s Day Gala Night Dinner with Anuar Zain', pada 12 Mei depan, jam 8.30 malam di One World Hotel, Petaling Jaya.

Dianjurkan Dream Music Sdn Bhd, majlis makan malam ini pastinya menjadi saat-saat indah meraikan ibu tercinta bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini.

Menurut Pengarah Urusan Dream Music, Datuk Mohd Fauzi Zakaria, penganjuran majlis itu memberi peluang kepada anak-anak dan bapa-bapa meraikan ibu atau isteri serta keluarga mereka.

“Pada majlis makan malam tersebut, kehadiran para penonton akan lebih bermakna bukan sahaja dapat berhibur bersama penyanyi sensasi Anuar Zain malahan mereka dapat beramal. Ini kerana kami akan menyalurkan sedikit sumbangan daripada hasil pendapatan majlis makan malam tersebut kepada Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Islam Malaysia (PAKIT)”, ujar beliau.

Mengenai persembahan Anuar Zain pada malam tersebut, sudah pastinya beliau menjanjikan persembahan terbaik di samping repertoire lagu yang menjadi kegemaran para peminatnya seperti Cinta Harus Memiliki, Lelaki Ini dan Keabadian Cinta. Pemuzik iringan di bawah pimpinan Faizal Uzir akan didatangkan khas bagi mengiringi beliau sepanjang majlis makan malam berprestij ini.

Majlis ini turut diserikan dengan acara cabutan bertuah. Penonton bertuah akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM10,000. Sesi bertemu peminat turut disediakan bagi melihat secara dekat penyanyi tampan itu.

Tiket-tiket mula dijual pada harga RM1,000, RM600 dan RM500. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dreammusic.com.my

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2