NUFFNANG ADS

Thursday, March 8, 2012

Pertandingan cipta video P. Ramlee



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Arkib Negara Malaysia cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan pertandingan mencipta video P. Ramlee @  Youtube sempena sambutan Hari Seniman 2012.
  
Pertandingan yang memerlukan setiap peserta mengetengahkan bakat nyanyian, meniru aksi atau sketsa berkaitan Seniman Agung itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian  Malaysia Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Pulau Pinang dan Jabatan Kemajuan  Masyarakat (Kemas) Pulau Pinang, demikian menurut kenyataan penganjur di sini hari ini.
  
Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk pemenang tempat pertama, RM700 untuk tempat kedua, RM500 bagi tempat ketiga dan tiga hadiah saguhati RM100.
  
Penyertaan terbuka kepada semua termasuk warga negara asing bagi kategori solo atau berkumpulan. Tempoh setiap video adalah lima minit.
  
Syarat lain ialah setiap peserta yang dipilih sebagai pemenang perlu hadir pada  majlis sambutan Hari Seniman 2012 pada 8.30 pagi 22 Mac ini di Pulau Pinang dan keputusan pengadil adalah muktamad.
  
Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 12 tengah hari 19 Mac ini.

Setiap video mesti dimuat naik ke Youtube dan dihantarkan ke alamat e-mel broadbandutara@gmail.com

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2