NUFFNANG ADS

Thursday, March 29, 2012

Liyana Jasmay kini tunangan orang

Liyana bersama, Fathudin selepas majlis pertunangan mereka, semalam. 


Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan jirannya yang juga ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 28, dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarganya jam 8.30 malam di Tropika Kemensah, di sini, malam tadi.
Liyana, anak bongsu daripada empat beradik tampil menawan dengan gaun labuh warna krim rekaan, Rizman Ruzaini.

Pihak lelaki memilih tema warna kelabu menyerahkan sebentuk cincin pertunangan dan lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak perempuan iaitu kain songket, butang baju Melayu, set haruman, senaskhah al-Quran, kek dan manisan.

Keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.

Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Tam Suhaimi dan ramai lagi.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2