NUFFNANG ADS

Wednesday, March 28, 2012

Mahkamah rayuan kekalkan pembebasan Farid Amirul


Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas,  Farid Amirul Hisham Wu Abdullah kini bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada dakwaan mencuri dua buku dari kedai buku MPH Bookstore, tiga tahun lalu.

Tiga anggota panel hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K.N.Segara dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskannya.

Hakim Abdul Malik berkata tidak terdapat bukti bahawa aktor berumur 46 tahun itu dilihat mengambil dua buku dari rak buku di stor itu.

Beliau juga berkata identiti buku di mana Farid Amirul dituduh mencurinya juga diragui kerana pegawai penyiasat tidak menyimpan buku dalam sampul surat di stor di pejabat polis sebaliknya mengembalikannya kepada penyelia kedai buku itu.

Hakim itu berkata juga tidak terdapat tanda pada buku-buku oleh pegawai penyiasat yang sebelum itu menerima buku-buku itu dari pengawal dalaman yang menahan Farid Amirul.
  
"Berdasarkan alasan-alasan itu, mahkamah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan. Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kamu, Farid Hisham Wu Abdullah dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Abdul Malik kepada Farid Amirul yang ketika itu kelihatan menangis.

Pada 17 Dis, 2009, Farid Amirul dihukum penjara dua tahun, denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang mendapati beliau bersalah mencuri dua buah bertajuk "Sistine Secrets" berharga RM89.90 dan "Decoding The Heavens" berharga RM105 dari MPH Bookstore, Mid Valley Megamall, pada 7.15 malam, 27 Mac 2009.

Beliau berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah melepaskan dan membebaskannya pada 24 Sept, 2010.

Di luar mahkamah, Farid Amirul berkata pendapatan dan kredibilitinya terjejas berikutan kes ini menyebabkannya terpaksa bekerja sebagai atendan pam di sebuah stesen minyak di Melaka selama setahun kerana tidak mendapat sebarang tawaran kerja.

Dengan keputusan mahkamah hari ini, beliau berharap orang ramai akan kembali yakin kepadanya.

"Paling penting, ibu bapa saya boleh tidur lena," katanya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai penolong pengarah bagi program televisyen 26 siri "Titisan Darah Pahlawan" yang dijangka disiarkan pada Hari Kebangsaan.-

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2