NUFFNANG ADS

Saturday, March 10, 2012

Faradhiya jadi isteri kedua?



Penyanyi dan pelakon, Faradhiya dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemilik rangkaian sebuah hotel terkenal.
Malah, Faradhiya dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Namun kurang manisnya, lelaki berjaya bertakhta di hatinya itu bukan bujang, sebaliknya suami orang. Justeru, ada pihak membuat spekulasi, Faradhiya bakal menjadi isteri kedua.

Tidak lari atau cuba menyembunyikan diri, Faradhiya semasa dihubungi wartawan tidak keberatan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Faradhiya atau mesra disapa Fara mengakui sedikit berang dengan fitnah disebarkan oleh pihak terbabit.

"Saya rasa, tidak perlu takut atau lari bila ada orang berkata mengenai saya. Saya sudah lali dengan gosip mengarut seperti ini. Cuma sudah beberapa tahun saya menjaga reputasi karier dari terlibat dengan cerita negatif. 

"Sepatutnya mereka bertanya kebenarannya sebelum mengeluarkan cerita mengarut seperti itu. Saya tidak kisah jika hati saya tercalar, tapi saya masih ada keluarga," katanya.

Faradhiya berkata, dia mengaku baru mengenali individu dimaksudkan oleh laman web hiburan tersebut, namun kenyataan mengatakan dia bakal berkahwin adalah mengarut.

"Saya akui baru mengenali lelaki dimaksudkan oleh blog hiburan tersebut. Bagi saya, bukan menjadi satu kesalahan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun kenyataan mengatakan saya akan berkahwin dan sekali gus menjadi isteri nombor dua, 200 peratus tidak benar sama sekali.

"Bukan mahu bercakap besar tetapi dari dulu lagi, saya memang minta dielakkan bercinta dengan suami orang. Apatah mahu menjadi isteri kedua dan sebagainya. Apa yang ingin saya tegaskan, saya akan buktikan pada semua pihak bahawa apa yang katakan itu tidak benar dan saya bukan wanita yang suka berkongsi," tegasnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2