NUFFNANG ADS

Sunday, March 11, 2012

Sengsara Jadi Juara Raja Lawak



Tidak tahu di mana silapnya, Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kassim, seakan tidak bergemerlapan berbanding rakan lain. Walaupun berjaya bergelar juara, namun ia bukanlah tiket untuk Man melangkah mudah.
Mengakui bukan mudah menongkah arus sebagai anak seni, tidak pernah terlintas di hatinya untuk berundur daripada industri ini.

“Sebelum ini, pernah terlintas di fikiran saya, jika saya menjuarai Raja Lawak, tawaran lakonan akan sentiasa ada. Namun, tanpa disangka, saya harus berusaha sendiri untuk ke arah itu. Kadang kala, saya terpaksa tebalkan muka untuk mendapatkan peluang lakonan.

Jika hanya mengharapkan rezeki datang bergolek, saya tidak akan mampu untuk terus bertahan. Bagi saya, tidak perlulah terlalu demand sangat kerana ia akan merosakkan karier sendiri. Tambahan pula, lambakan pelawak yang ada, kita harus bersaing untuk dapatkan tawaran,” katanya yang kini muncul menerusi drama bersiri, Sopi Sekuriti yang ditayangkan di saluran Astro Warna, bermula 28 Februari lalu, jam 10.30 malam.

Drama komedi 13 episod tersebut turut dibintangi, Sazzay Falak, A Galak, Roy Azman, Afiq Izzudi dan Mohd Nur Hadri.

Mengulas mengenai drama komedi terbitan Skop Production itu, Man berkata, dia diberi peluang sebagai teraju utama. Teruja dengan tawaran dan kepercayaan yang diberi, Man turut berpuas hati dengan komitmen yang diberikan.

Katanya, walaupun hanya drama komedi, ia memberi impak besar kepadanya kerana ini kali pertama diberi peluang memegang watak utama.

“Bukan senang untuk dapat tawaran sebegini. Jadi, peluang yang ada, saya gunakan sebaik mungkin untuk membuktikan kebolehan saya. Dalam drama itu, saya bukan hanya perlu melawak, malah banyak aksi harus saya lakukan. Saya mencabar diri melakukan pelbagai aksi. Saya berharap drama ini menjadi platform kepada saya untuk menonjolkan kebolehan yang ada. Walaupun saya dilahirkan dari bintang realiti lawak, namun saya boleh jayakan watak lain juga,” akhirinya.

Man Raja Lawak 5 Biodata:

Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim.
Nama Tipu: Man.
Umur: 33.
Asal: Kuala Lumpur. Status: Berkahwin.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2