NUFFNANG ADS

Tuesday, March 25, 2014

Black kini mengalami persengketaan dengan isteri??


Penyanyi bersuara lantang Black, 27, memuat naik sekeping gambar bertulis di akaun Instagramnya. Menerusi gambar tersebut, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanifah meluahkan perasaan kecewanya terhadap seseorang.

Antara luahan Black yang mendapat perhatian: “Kami bukan nak harta, kami bukan nak duit. Cuma mahu kejujuran, cuma mahu keadilan.”

Selain itu, dia turut menyelitkan tentang ibu dan bapanya di dalam gambar tersebut berkenaan wang dan keadilan.

Setelah beberapa jam gambar tersebut dimuat naik, para peminat sudah mula membuat spekulasi mengatakan Black kini sedang mengalami persengketaan dengan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khair, 29.

Ketika dihubungi, penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan nyanyian Mentor itu menafikan bahawa dia kini sedang mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Ujar Black, kehidupan rumah tangganya berjalan tanpa sebarang masalah.

Sebaliknya, luahan rasa itu ditujukan kepada beberapa orang ahli keluarga yang sedang mengalami krisis dalaman dengan ibu dan bapanya.

Andaian yang dibuat oleh mereka tidak benar sama sekali. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan isteri saya. Namun, gambar bertulis itu dimuat naik kerana rasa kecewa dengan tindakan beberapa orang ahli keluarga terhadap kedua ibu bapa saya.

Jadi, mengapakah anda bertindak sedemikian?

Sejujurnya, laman sosial bukanlah tempat terbaik untuk melontarkan pandangan mahupun bertelagah. Ia juga bukanlah platform yang sesuai untuk melepaskan ketidakpuasan hati kepada orang lain.

Namun, ini sahaja saluran yang saya ada untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam jiwa saya.

Apa yang sedang berlaku antara ibu dan bapa anda dengan individu-individu yang anda maksudkan?

Masalah antara mereka dan ibu bapa saya telah lama berlaku dan ternyata ia masih berlanjutan hingga ke hari ini. Saya berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepada mereka.

Sebagai seorang anak, saya rasa terpanggil untuk melindungi ibu dan bapa saya.

" Ya, saya harap mereka membaca dan mengerti tentang perasaan kecewa saya. Cuma, ini adalah kali terakhir saya menggunakan media sosial untuk menyampaikan rasa kecewa saya kepada mereka", tegas Black.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2