Fan page Facebook, "Kami Sokong Liyana Manan"
NurLiyana Abd Manan atau dikenali sebagai Liyana dalam berdepan kontroversi membabitkan suaminya, Romie Razin Adilha dengan pelakon jelita, Hanez Suraya nampaknya tidak dilalui secara sendirian apabila puluhan ribu penyokongnya mula "berkumpul" di Facebook.
Atas dasar menunjukkan sokongan, sebuah fan page Facebook, "Kami Sokong Liyana Manan" telah diwujudkan oleh pengguna Facebook bagi mempertahankan tindakan Liyana dan menyelar perbuatan Hanez yang dianggap sebagai perampas.
Rata-rata pengguna Facebook yang menyatakan sokongan kepada Liyana memuatnaik kata-kata semangat kepadanya untuk berdepan dengan situasi tersebut.
Malah menurut mereka, rakyat Malaysia sentiasa bersama Liyana dan akan sentiasa menyokong beliau dalam menghadapi kontroversi tersebut.
Berdasarkan tinjauan, laman Facebook yang diwujudkan semalam itu telah mencecah 69, 046 like hingga jam 11.30 pagi ini.
Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Situasi bertambah tegang apabila Liyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Bagaimanapun Hanez yang mengadakan sidang media menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan dan meminta agar Liyana memohon maaf setelah melemparkan fitnah ke atasnya.
No comments:
Post a Comment