NUFFNANG ADS

Monday, March 3, 2014

Raja Azmi teringat mencuri gelang emas arwah nenek

Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, baru sahaja pulang ke tanah air pada 23 Februari lalu selepas 12 hari menunaikan ibadah umrah di Mekah bersama seorang teman baiknya.

Bertemu dengannya pada majlis pelancaran single pelakon, Arja Lee di Istana Budaya baru-baru ini, Raja Azmi sempat berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah buat kali pertama.

Pertama kali melihat Kaabah di depan mata dan memegang Hajar Aswad, kata Raja Azmi, ia satu pengalaman yang sukar untuk diucap dengan kata-kata.

“Jujur, saya tidak tahu mahu cakap bagaimana perasaan saya ketika di Mekah. Ia mengatasi kata-kata dan merupakan pengalaman terbaik yang pernah saya lalui,” ujarnya.

Antara pengalaman yang menarik dan cukup menyedarkan dirinya ialah ketika sedang berdoa dan memohon keampunan atas dosa silamnya di depan Kaabah. Ini kerana Raja Azmi diingatkan oleh Allah, perbuatannya yang telah mencuri gelang emas arwah neneknya pada zaman remajanya dahulu.

“Saya ada tulis senarai kesalahan yang saya lakukan untuk saya minta ampun dengan Allah. Ketika saya sedang berdoa, tiba-tiba saya diingatkan dosa lama yang saya sendiri sudah lupa.

“Ketika itu saya berusia 19 tahun dan bercita-cita untuk menjadi pramugari. Saya tidak ada duit untuk membeli pakaian. Kebetulan, arwah nenek memang mempunyai barang kemas berpeti-peti.

“Anggapan saya, arwah nenek tidak akan perasaan jika saya ambil satu gelang emasnya. Saya jual gelang emas itu, duitnya saya belanja. Selepas itu, saya langsung lupa sehingga sampai di hadapan Kaabah. Mencuri tetap mencuri dan saya bersyukur diingatkan. Arwah nenek sudah tiada untuk saya minta maaf, jadi saya sedekahkan doa buatnya,” kata Raja Azmi serius.

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi pengalaman yang cukup ajaib dialaminya. Sebelum tiba waktu solat, Masjidil Haram begitu padat dengan orang ramai, namun apabila tiba waktu solat secara tiba-tiba kawasan yang sempit kelihatan sungguh lapang.

“Orang sangat ramai di Masjidil Haram, bayangkan kalau hendak sujud pun saya rasa seperti tidak muat. Ajaibnya, selepas azan, kawasan sempit tiba-tiba jadi lapang. Perkara yang sama berlaku setiap kali waktu solat.

“Satu lagi pengalaman yang tidak boleh saya lupa, jika saya tidak sempat ke Masjidil Haram untuk solat, saya akan solat di tepi kaki lima.

“Waktu itu kaki lima itu rasa sungguh luas, bersih dan saya sungguh khusyuk dalam solat. Selepas itu, apabila saya melalui jalan yang sama, saya terkejut kerana tempat itu agak sempit dan kotor tetapi ketika solat saya tidak rasa semua itu,” ucapnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2