NUFFNANG ADS

Tuesday, March 11, 2014

Hafiz akui Izzah kekasih

Penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip lebih selesa untuk mengunci mulut daripada bercerita mengenai teman wanitanya.

Sehinggalah baru-baru ini sebuah portal hiburan menyiarkan foto Hafiz bersama seorang gadis yang dikenali dengan nama Izzah Zie yang juga berasal dari Sarawak.

Mengulas mengenai perkara itu kata Hafiz, dia mengakui sedang berkawan rapat dengan gadis yang dimaksudkan. Namun begitu, dia masih merahsiakan identiti individu tersebut memandangkan statusnya sebagai seorang penuntut universiti.

“Saya tidak menyembunyikan hubungan kami. Kalau ada yang ternampak kami bersama di luar rasanya tiada masalah, cuma saya tidak mahu realisasikan perkara yang tidak benar.

“Bagi saya, kami melalui kehidupan biasa seperti orang lain dan saya ada perancangan sendiri.

“Kata orang, sebelum tamatkan zaman bujang, saya perlu tempuhi pelbagai pancaroba yang ada di depan mata untuk persediaan hari akan datang,” ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar minggu setiausaha A Golden Moment With Hafiz di Restoran Serai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, Hafiz tidak mendedahkan perancangan untuk peringkat selanjutnya dalam perhubungan mereka kerana enggan mengganggu konsentrasi gadis itu.

Sementara itu, Hafiz dijadual akan mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha A Golden Moment With Hafiz yang bakal berlangsung pada 22 April depan bermula pukul 12 tengah hari di Dewan Megah Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Kuala Lumpur.

Penyanyi Adira akan turut berganding dengan Hafiz untuk menyeri- kan acara anjuran COOP Matrade dengan kerjasama AMI Global Sdn. Bhd. (Ami Global) itu.

“Saya akan menyanyikan 10 buah lagu hit saya antaranya Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, Ku Akui dan sebuah single terbaharu berjudul Kesimpulan.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2