NUFFNANG ADS

Saturday, March 1, 2014

Hafiz mengaku belum bersedia dedahkan identiti teman istimewa



IBU bapa pendorong kejayaan Hafiz.
.
Bukan berahsia, sebaliknya penyanyi popular Hafiz Suip mengakui belum bersedia untuk mendedahkan identiti teman istimewa yang dikenalinya, sejak empat tahun lalu.

Bagi pemilik nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, dia terpaksa berbuat demikian kerana menghormati permintaan teman wanitanya itu serta keluarga.

“Masih terlalu awal untuk bercakap soal kahwin, tetapi hubungan kami berjalan lancar dan direstui keluarga kedua belah pihak setakat ini.

“Dia masih belajar di sebuah universiti tempatan dan saya tidak mahu mengganggu fokusnya pada pe­ngajian,” katanya.

Hafiz ditemui pada majlis kesyukuran sempena kejayaannya sepanjang 2013 yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lebih bermakna, majlis kesyukuran itu turut dihadiri kedua ibu bapanya, Mohd Suip Mohd Suut dan Halizawati Mohammad Salleh.

Hadir sama, Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin dan Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata demikian ketika mengulas gosip yang mendakwa dia hadir bersama teman istimewanya itu sempena pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013, baru-baru ini.

Apapun, penya­nyi yang menempa nama menerusi lagu Ku Akui dan Bahagiamu Deritaku ini berharap hubungan dengan teman istimewa­nya itu tidak terlalu diperbesarkan pihak media dan peminat.

“Biarlah dia fokus pada pengajiannya dulu. Pada masa sama, saya juga ingin mengukuhkan lagi nama dalam bidang seni,” kata­nya.

Ditanya perancangan untuk berkahwin pula, kata Hafiz, dia mensasarkan sebelum mencecah usia 30 tahun untuk berumah tangga.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh kami akan berkahwin dan saya juga ingin kumpul duit dulu. Saya juga tidak akan merahsiakan berita baik itu dari peminat bila sampai masanya nanti,” kata­nya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2