NUFFNANG ADS

Tuesday, June 18, 2013

Adam Corrie cari guru agama


SETELAH memeluk Islam pada 13 Julai 2007 lalu, pelakon, Adam Corrie Lee akui masih giat mendalami ilmu agama sehingga ke hari ini.

Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon filem KL Gangster ini kelihatan sangat bahagia bersama isterinya, Fazima Mohd Fuad meskipun belum dikurniakan cahaya mata.

“Saya tak pernah putus mencari ilmu dan tak pernah berhenti belajar. Cuma, saya mencari seorang guru yang faham saya. Faham kelebihan dan kekurangan saya.

“Saya tak boleh belajar dengan orang yang panas baran, yang suka marah-marah. Jika orang itu endah tak endah pula, juga tak boleh dan saya lebih bimbang jika orang yang  terlalu lemah lembut,” katanya kepada wartawan.

Dalam pada itu, Adam akui sehingga kini masih belum bertemu guru yang sesuai.

“Saya belum jumpa lagi tetapi salah seorang saya dah jumpa, isteri saya dan adik ipar saya.

“Ibu mertua saya pula selalu ingatkan saya agar jangan berhenti mencari dan jangan berhenti belajar. Saya ingat pesan dia dan saya tak pernah putus asa,” katanya.

Bercakap soal anak, Adam percaya Allah akan memberikannya yang terbaik.

“Kami dah berkahwin empat tahun lebih. Rezeki dari Allah, kami hanya berdoa dan tak pernah putus berdoa, kami akan berusaha dan ikhtiar.

“Saya tahu Allah akan beri kami yang terbaik. Cuma jangan putus asa, teruskan berdoa. Insya-Allah Allah akan kurniakan zuriat pada kami,” katanya.

Menyentuh kerjayanya sebagai pelakon, Adam berharap diberikan peluang untuk mencuba watak yang lain.

“Sebenarnya saya tak ada pilihan. Saya tak boleh memilih watak. Kalau saya memilih watak bermakna rezeki tak masuk. Nak tak nak, saya kena terima juga watak yang diberi. Cuma, saya harap mereka bagi saya peluang untuk membawa sesuatu watak yang belum pernah saya cuba.

“Supaya saya boleh mengembangkan watak dan orang luar boleh terima saya...yang Adam bukan hanya boleh bawa watak ‘gangster',” katanya

Menafikan dirinya bosan dengan watak samseng, Adam cuma mahukan kelainan.

“Saya bukan bosan bawa watak ini (samseng), cuma, saya nak cuba watak yang berlainan. Sebelum ini, ada beberapa produser yang sudah mula berani memberi saya watak-watak berlainan seperti mualaf.

“Saya terharu dan dalam telemovie terbaru, Aida Aris memberi saya peluang dalam Aku Bukan Julaibib, itu salah satu watak yang berbeza buat saya,” katanya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2