NUFFNANG ADS

Wednesday, June 19, 2013

Scha ingin doa dapat anak depan Kaabah


Sama cantik sama padan, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari bakal mengerjakan umrah buat pertama kalinya selepas mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Sudah mendaftar dengan sebuah agensi perkhidmatan umrah, akui Scha ketika ditemui pada sesi rakaman program Raya Sakan Bersama FBI di TV9, perkara utama yang ingin dimohon mereka di depan Kaabah adalah supaya dikurniakan anak.

Scha juga mengakui berasa takut dan dalam masa yang sama teruja kerana buat pertama kalinya dia bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu.

Scha dan Awal melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei 2012. Sudah setahun lebih mereka mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan cahaya mata.

" Kami merancang mengerjakan umrah pada minggu kedua atau ketiga Ramadan ini.

" Awal sudah pernah mengerjakan umrah, sebaliknya saya baru pertama kali", jelasnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2