NUFFNANG ADS

Tuesday, June 25, 2013

Bade tak halang cinta Albab-Sakinah

Albab dan Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah kini dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda, Syamil Equan atau dikenali sebagai Albab yang merupakan anak kepada pasangan pengarah hebat, Bade Hj Azmi dan Eirma Fatima.

Ternyata, sikap 'gila-gila' yang dimiliki gadis itu tidak sedikit pun menjadi penghalang buat dirinya diterima baik oleh kedua ibu bapa cinta hatinya itu.

Turut memberi respons yang sama seperti isterinya, Bade mengakui dirinya menerima seadanya sikap pelakon itu ketika di minta mengulas mengenai kontroversi yang dialami Sakinah.

"Saya tidak ada sebab untuk tidak menerima Sakinah sebab saya sudah lama mengenalinya. Tentang video itu bagi saya tidak ada masalah memandangkan usianya juga masih muda.

"Bagi saya Sakinah ni memang seorang yang kelakar. Saya sendiri pun tidak tahu apa kelebihan Albab sampai Sakinah terpikat dengannya," katanya ketika di temui pada set penggambaran filem 'Sindiket' di Unit Udara Polis Sabah, Kota Kinabalu Sabah.

Tambah Bade, dia sudah lama mengenali Sakinah ketika bekerjasama untuk sebuah drama.

"Saya memang sudah tahu mengenai hubungan mereka berdua. Saya kenal Sakinah dan kami pernah bekerjasama dalam drama 'Planet Kiara' dan mungkin sejak itu mereka mula bercinta.

"Bercakap mengenai hubungan ini, saya memang tidak ada masalah. Saya lihat Sakinah lebih matang berbanding Albab dan tidak ada sebab untuk saya menghalangnya," jelasnya.

Nama Sakinah terpalit dengan kisah kontroversi setelah video 'panas' yang dimuat naik menerusi 'Keek' mendapat kritikan hebat daripada masyarakat.

Walaupun merestui hubungan anak terunanya, namun sebagai seorang bapa, Bade berharap agar pasangan itu tahu batasan dan tidak alpa dengan kisah percintaan mereka sehingga menjejaskan karier masing-masing.

"Dulu saya sendiri pernah mengalami pengalaman yang sama. Biarlah mereka merasai pengalaman itu sendiri.

"Walaupun saya merestui hubungan mereka, tapi saya sangat berharap hubungan itu akan membuahkan sesuatu yang positif. Jangan pula kerana asyik bercinta, sampai menjejaskan disiplin masing-masing pula nanti”, ujarnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2