NUFFNANG ADS

Saturday, June 15, 2013

Black hampir putus tunang


Black Mentor sebenarnya mempunyai alasan kenapa dia kurang mendapat publisiti sejak kebelakangan ini.

Mendapatkan penjelasannya, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah berkata, dia tidak pernah lari daripada media. Cuma terdapat beberapa urusan yang membuatkan dia agak sibuk.

Tambahnya, dia tidak mahu terlalu menonjol kerana dugaan bertunang amat berat untuk dipikul lebih-lebih lagi bagi seorang selebriti seperti dirinya.

Black yang ditemui semasa rakaman Rockestra Raya untuk saluran TV9 bersama Amy Search dan Azlan The Typewriter di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini sempat bercerita.

Ujarnya, dia hampir putus tunang ekoran perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.

" Sebenarnya saya bukan lari daripada sesiapa. Selepas bertunang, saya ada banyak jemputan show yang perlu dihadiri sehingga tidak menang tangan.

Lebih-lebih lagi pada masa itu saya sering mengikuti kempen-kempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 tempoh hari. Malah, saya juga sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. Alhamdulillah, kini persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap.

Sudah mahu kahwin rupa-rupanya. Bilakah akan berlangsung hari bahagia Black tersebut?

Itu saya tak boleh beritahu lagi. Saya akan buat sidang akhbar pada 3 Julai ini bagi mengumumkan tarikh perkahwinan saya itu.

Di manakah lokasi dan masa pengumuman itu akan dibuat, saya akan beritahu kelak. Apa yang pasti, pernikahan itu akan berlangsung pada tahun ini juga.

" Saya akui dugaan bertunang amat berat. Tiga hari sebelum PRU-13 berlangsung, saya mengalami kemalangan di Behrang, Perak bersama abang. Kereta BMW saya terbalik dan berpusing. Syukurlah tidak ada kecederaan serius.

Selain itu, saya dan tunang terkena buatan orang. Kami sebenarnya hampir putus tunang. Sebulan selepas bertunang, kami bergaduh hampir setiap hari. Pantang bercakap atau berjumpa, asyik panas sahaja. Tetapi syukurlah, setelah menjalani rawatan alternatif semuanya kembali pulih.

" Kami tidak mengenali individu tersebut. Saya pun pelik mengapa perkara ini terjadi. Mungkin ini dugaan yang perlu dihadapi sejak berdarah manis. Saya pun tidak tahu kenapa perkara itu boleh terjadi kerana kami tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Tetapi tak apalah sebab semuanya sudah selesai." jelas Black.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2