NUFFNANG ADS

Friday, June 7, 2013

Nora Danish belum sedia berkahwin

Nora (kanan) bergambar bersama peminatnya selepas majlis, semalam.


Aktres jelita, Nora Danish masih belum bersedia untuk ke arah itu dan kini lebih fokus dalam kerjaya serta urusan penjagaan anak tunggalnya, Putra Rayqal, 4.

“Setakat ini Nora tak pernah runsing tentang hal itu memandangkan sebelum ini Nora pernah melalui saat-saat itu dan kini saya lebih fokus kepada kerjaya. Insya-ALLAH bila dibukakan pintu hati dan menerima orang baru saya tidak menolak.

“Dalam masa terdekat ini memang saya tak ada perancangan langsung ke arah itu dan tidak menetapkan umur berapa untuk berkahwin,” katanya kepada media.

Nora ditemui selepas majlis Pencarian Gadis Transformasi produk Fruitale sempena pelancaran krim mandian ulung Fruitale FairWhite UV di Mydin Kubang Kerian semalam.

 Menjawab gosip mengenai kunjungannya ke Jakarta, Indonesia untuk membeli persiapan barang-barang kahwin, menurutnya dia ke negara itu, untuk rancangan muzikal ‘Republik Cinta’ yang dihoskan bersama penyanyi Ahmad Dhani.

 “Bila tahu Nora nak ke Jakarta, ramailah yang pesan macam-macam sebab tahu barangan di sana murah, jadi tentang persiapan kahwin tu tak betullah.

“Setakat ni Nora sibuk dengan aktiviti raya dan puasa dan Insya-ALLAH filem terbaru Lagenda Budak Hotel akan keluar tidak lama lagi dan banyak lagi filem akan menyusul.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2