NUFFNANG ADS

Wednesday, June 5, 2013

Stacy berazam turunkan berat badan


Penampilan penyanyi popular, Stacy Angie pernah dikritik peminat kerana  berat badannya meningkat secara mendadak.

Malah kemunculannya dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 yang lalu ketika mendendangkan lagu Pelangi Senja jelas memperlihatkan susuk badannya semakin berisi.

Namun sejak akhir-akhir ini, Stacy kelihatan kembali langsing.

“Sebelum ini berat saya 53 kilogram. Ketika itu saya jarang berpeluang untuk menari.

“Disebabkan itulah badan saya semakin berisi.

“Ramai yang menegur bentuk badan saya dan daripada situ saya berazam untuk kuruskan badan,” katanya.

Menurut Stacy, hasratnya untuk menguruskan badan sempena azam tahun baru itu mula diatur dengan menjaga cara pemakanan.

“Setiap kali bermain badminton atau futsal, saya tidak akan ambil makanan berat tetapi sekadar minum sup sahaja.

“Walaupun lapar, saya tahan saja sebab nak kuruskan badan,” katanya sambil ketawa.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2