NUFFNANG ADS

Saturday, June 29, 2013

Alyah terima Ramli walaupun garang



Penampilan penyanyi Noor Hasliah Abu Hasan atau nama komersialnya Alyah pantas mencetuskan gosip bahawa wanita berumur 32 tahun itu akan menamatkan zaman solonya pada bila-bila masa.

Dia yang ditemui usai rakaman program raya Dikir Stail bertempat di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini semakin menguatkan gosip berkenaan apabila berterusan menyatakan dia sudah terlajak sasaran bergelar isteri selama enam tahun.

“Saya sudah bersedia untuk berkahwin sejak berumur 26 tahun lagi tetapi pertunangan terputus di tengah jalan.

“Saya ini memang keturunan India, tetapi takkan saya nak amalkan resam Hindu untuk meminang lelaki. Jadi, sebagai gadis Islam saya hanya menunggu orang masuk meminang sahajalah,” katanya.

Dia turut mengaku sedang mengenali hati budi dan dalam proses berkawan lagi dengan seorang lelaki. Namun apabila ditanya adakah lelaki itu Datuk Ramli MS, dia hanya tergelak kecil.

“Sekarang saya ikut sahaja perjalanan hidup ini, tidak berharap sangat, cuma mendoakan yang terbaik.”

“Saya masih orang yang sama walaupun sudah berhijab cuma saya berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dan saya masih belajar dari sehari ke sehari,” ujarnya lagi.

Sifat yang dimiliki oleh Ramli MS yang tegas dan garang seperti arwah bapanya menyebabkan dia lebih mudah menerima lelaki seperti itu.

“Arwah bapa saya paling garang di dunia, semasa kecil, saya takut sangat dan sifat itu (garang) ada pada Ramli MS. Jadi saya senang dan tidak menyifatkannya susah buat saya,” ujarnya sambil tersenyum.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2